Pembuka Bicara

Kesetiaanmu Kuhargai

Penyambut tetamu

Penyambut tetamu
Bismillahirrahmanirrahim...Assalammualaikum semua.Selamat datang dan aHLAN wasahlan ke blog ala2 Diari Hikayat Putera Nazrin ini.hahaha...Blog ini mengandungi kisah-kisah menarik,dan cerita-cerita suka dan duka dalam layaran kehidupan saya....Siapa yang x berkenan dengan blog ni,bley blar skrg eh ataupun tekan close terus.....huhu (x masal)..sekian terima kaseh!!..teruskan membaca dan selamat menziarahi blog saya ini...ngeh3...

Dimulakan Dengan...

Monday, November 15, 2010

Tangisan Dalam Perpisahan


Assalammualaikum pembuka hikayat..
Semoga semuanya dalam keadaan sihat...
Kesebakan dada mcm ner nak rawat...
Almaklumlah perpisahan tu kan sebuah hakikat..
marilah saksikan saya berhikayat...
hmmm....

Saya baru sampai di rumah ni sebenarnya.huhu...alhamdulillah...Terima kasih kepada Saudara Razi kerana sudi menghantar saya bersama2 Saudara Hafiz (roomate saya) dan saudara Najib pulang ke kg halaman masing2. Mereka pulang ke Pontian dan Johor Bahru...saya pula pulang ke Tangkak Johor yg mana ia merupakan lokasi yg agak dekat dari Bangi dan hanya mengambil masa perjalanan 1 Jam Setengah sahaja.Ya, memang sekejap...Tak jem..pandu pon secara laju...so cepat sampai lah...credit to Razi..lalala...Mereka telah berekfes nasi goreng pedas di rumah saya.Saya suka dan gembira kerana mereka sudi ke rumah saya...pastinya saya akan menanti kedatangan sahabat2 lain juga untuk bertandang ke rumahku ini...

Terima kasih kepada Daus,Hakim dan 'abang' yg sudi dan bersusah payah menhantar kami ke kereta razi dan menyaksikan keberangkatan pulang kami!!very nice very sweet...dah mcm nk hntar org gi Mekah je aku tgk...(kata2 Razi)...masing2 sebak waktu tu walaupun tgh tersenyum~

Sebenarnya setelah berlalunya peperiksaan Pengajian Islam 2 semalam, seperti biasa kegirangan dan kebebasan segar sangat jelas terpancar pada riak2 wajah saya dan teman2 lain.merdeka katanya!!!kata saya pula bagaimana???hmmm...

Tujuan sebenar entry ini dilakukan ialah untuk bercerita dan berhikayat tentang perkara2 yg berlaku semalam pada sebelah malam dan pagi tadi....(malam sebelum nak balik kampung)...

Sememangnya perpisahan itu sgt sayu dan sebak untuk dihadapi kan???Sehingga sekarang mata saya masih merah dan bersinar kelembapan...Asyik2 teringat sahaja pada dia dan dia serta mereka...Tambahan pula perpisahan itu tercanai menerusi 2 insan ataupun sekelompok insan yg kita sayangi dan rindui.Tidak kunafikan kesedihan itu sentiasa ada di atma ini bila bercakap tentang perpisahan...(teringat pula pada lagu Syahir-kebahagiaan dalam perpisahan,lagu tentang Kita,dan Sebuah pertemuan yg begitu mendalam maknanya)..Byk lagu yg berkonsepkan perpisahan,kasih sayang bermain2 di gawang minda ini...ooohhh~

Saya sayang abg2 semester 8 sgt sgt!!!

batch itulah yg saya kagumi,rapati,dampingi,sayangi,hormati,mesrai,ketawai,tangisi dan banyak lagi...Saya memang x boleh tipu diri sendiri jika saya katakan bahawa jiwa dan chemistry yg paling serasi dgn saya selepas batch saya ialah batch Sem 8/2010/final sem..
batch yg paling saya suka dan sgt selesa bila berkawan dan berbual2...gurauan melampau,gelak tawa besar tanpa rasa malu pun dgn batch sem 8 ni...

Abg Shahrel...Abg Alif Kassim....Abg Nan...Abg Yasir...Abg Ashraf...Abg Shahrin...Abg Faiz Molek..Abg Pok Nik...Abg Jang...Abg Amru...dan yg lain2...

biarpun jarak umur dan kesenioran itu agak jauh sedikit..itu bukan penghalang bagi saya,namun itulah peluang sebenar bagi saya mengenali mereka,memahami mereka,menghargai mereka,menghormati mereka,menggembirakan mereka dan banyak lagi...gembirakah mereka???hahaha....sgt2 seronok berkenalan dan berkawan dgn abg2 sem 8 ni!!!

Malam semalam saya telah meluangkan sisa-sisa masa saya dan serangkum ruang atmosfera saya bersama 2 org abang tersayang saya...mereka berdua sgt2 bermakna bagi diri saya..Jika saya sebutkan namanya di sini,sudah pasti ade segelintir pembaca blog ini mengenalinya..(sebenarnya dah ade dinyatakan namanya di atas).

Mereka berdua membawa aku kepada suatu dimensi yg aku sendiri tidak pernah lalui selama ini.Bila rasamu itu rasaku dan Bila Rasaku Ini rasamu...pastinya apa yg engkau rasa aku pun merasainya juga...serius!

Abg Shahril

Kesebakan,kesedihan,terasa akan kehilangan,terasa perpisahan,dan terasa kesayuan yg amat mendalam adalah antara emsoi yg kami rasai tatkala itu.Pastinya saya sebagai seorang insan yg berjiwa sensitif dan beremosi tinggi begitu mudah untuk saya mengalirkan air mata bercahaya yg pastinya penuh makna.Ya,penuh makna..Lebuhraya perhubungan kami sebagai abang dan adik sepanjang saya berada di IPG Kampus Pendidikan Islam ini walaupun sedetik tetap terasa begitu pantas berlalu dan semestinya meninggalkan mercu tanda bermakna bagi diri saya.Bukan konsep kekasih dan cintan cintun yg saya maksudkan,akan tetapi konsep adik beradik,dan abang adik yg saya cuba interpretasikan di sini.Dia nyanyikan untukku lagu bertemakan perpisahan..kesayuan untukku di kala aku mahu lelapkan mata..Syahdu sungguh,lantas mengalir jua air mata ini.Terkaku.Tidak berkata-kata.Terkelu lidah.Redho.Pandang ke depan.

Abg Alif Kassim

Dia pula sering kali nyanyikan aku lagu2 nasyid di depanku...asyik nasyid,nasyid je!!!aku suke...ape yg die suke insya'Allah aku suke...(kendurkan janji kita dgn melafazkan kat Insya'Allah)..betol x bang???...dia mendidikku dgn berhemah dan tenang...senyumanya mendamaikan...kemerahan matanya meresahkanku namun membahagiakan jika dihayati tujuannya...

hmmm...kalau nak dipuji kebaikkan mereka berdua ni sampai esok pun x habis aku menaip ni...so sikit2 pujian je kat sini...secukup rasa!!

Masa begitu pantas berlalu,terasa deras sekali dirasai.Mengapa??inilah hakikat yg perlu kita sama2 lalui agaknya...senyumanmu yg bersulamkan kesayuan itu tidak boleh menipu diriku untuk aku fahami apa yg tersirat di hatimu wahai abang...Usah bersedih sgt ye...

Pertemuan--->Perpisahan---->Pertemuan

Katamu,perkenalan kita singkat.Bagi saya yg singkat dan sekejap itu sudah cukup untuk saya merasai kegembiraan,merasai kesenangan,merasai gelak tawa,merasai rindu,merasai tangisan,merasai suka duka,merasai kasih,merasai sayang dan banyak lagi.
Sayang dan Rindu lebih berharga bila tiada...

Aku sayang kedua-dua abangku itu.

Kita saling berkongsi cerita dan rahsia.Banyak rahsia engkau yg aku tahu.Dan ada juga rahsiaku yg engkau ketahui.Engkau mendengarnya dgn penuh tenang dan memahami.Biarpun ada sengketa kecil yg berlaku antara kita dulu,namun bagi saya semua itu pengajaran bagi saya dan telah menambahkan rasa sayang dalam diri kita sebenarnya...Engkau semakin memahami~

Motor AGL dan KCH acap kali kurenungi.Kereta BFG juga.Namun kini sudah tiada kereta itu.Perpisahan juga timbul di situ antaramu dgn keretamu...huahuahuahua....Ku menemanimu menjual keretamu itu...ya kan???

Aku tidak cemerlang bermadah indah mengukir aksara2 mutiara cantik untukmu.Cukuplah sekadar sayang,rindu,menghargai,ingatan,doa tulus,keikhlasan,perkongsian,dan kebersamaan singkat kita itu untuk aku ingati sampai bila2.

Selepas ini,kau berdua akan meninggalkan bumi IPG KPI ini dengan penuh keberatan.Berat juga untukmu tinggalkanku di sini.Aku rasa apa yg kau rasa.kau menangis aku menangis.Aku gembira engkau gembira.Senyumanmu senyumanku juga.Tak begitu??Indahnya hubungan sayang adik beradik ini.Aku tak pernah rasa memiliki abang,tiada abang kandunglah katakan...huhu...(kasihan),,,kau berdualah yg memaknakan erti adik abang bagiku di sini dan semestinya untuk selamanya.kaulah penyeri kaulah lagu....(teringat lagu Aizat-Pergi)

Aku tidak akan melupakanmu.Aku akan ingati dan laksanakan apa yang kau nasihatkan.
Jaga diri...jaga diri...jaga diri...
Ya!!!aku akan menjaga diri aku dengan sebaik-baiknya.


Pada masa yang sama,aku pun menyayangi dan sesekali tidak akan melupakan teman2ku iaitu Firdaus,Hakim Najmi,Haziq jaafar,Razi,Akmal poland,Hafiz (roomateku) dan yg lain2.Apalah makna kebahagiaanku jika tiada kalian.Untuk korang,nak apa semua pun boleh...Tak kisah...Kita berkongsi bilik sepanjang proses wiring dilakukan..keserabutan bilikku aku abaikan dulu.Yg aku pentingkan ialah keriangan persahabatan kita,kebersamaan kita,gelak tawa beso kita,gurauan kasO kite dan banyak lagi yg kita lakukan bersama.Aku sayang dan rindukan semua itu!!!Kita akan berjumpa lagi dalam semester 1 PISMP tahun depan ye..sem depan....

Aku akan menyambung cerita suka duka ini dalam keluaran yg seterusnya.Aku sudah penat menaip dan perlukan rehat pastinya!!!Aku akan terus berhikayat dan bercerita di sini!!!

Family saya semua ade kat rumah ni...gembira saya!!!
diorang tgh sbuk2 kat dapo tu haa...saya pulak hadap laptop..hahaha...

SAYA SAYANG SAHABAT-SAHABAT SAYA!!!

SAYA SAYANG ABG SAYA!!!

SAYA SAYANG ABANG-ABANG SEMESTER 8!!!

AKhir kata daripada saya:::



4 comments:

Mohd Zulfikri said...

:(

Putera Nazrin said...

jgn sedih sgt ye...

shah_reel said...

dik..
pesanmu tuk ku masih terdengar di telinga..
"abg jgn sedey2 taw.."

dik..
skrg..
abg tabahkan diri abg..
tuk hadapi suma nie..
senyumanmu yg dlu itu akan terus menjadi nadi ceriaku..
bila ku sedey..
akan ku kenang dan ku bayang dirimu..
pasti, aku kan tersenyum kembali..

tima kasih ats segalanya..

"Andai mampuku menyentuh awan, akan ku pinjamkan 1 bintang dan pancar seriang gemilang kepadamu.."

dik..
kaulah BINTANGku itu..

^.^

Putera Nazrin said...

nice quote and meaning from u abg rel...