Pembuka Bicara

Kesetiaanmu Kuhargai

Penyambut tetamu

Penyambut tetamu
Bismillahirrahmanirrahim...Assalammualaikum semua.Selamat datang dan aHLAN wasahlan ke blog ala2 Diari Hikayat Putera Nazrin ini.hahaha...Blog ini mengandungi kisah-kisah menarik,dan cerita-cerita suka dan duka dalam layaran kehidupan saya....Siapa yang x berkenan dengan blog ni,bley blar skrg eh ataupun tekan close terus.....huhu (x masal)..sekian terima kaseh!!..teruskan membaca dan selamat menziarahi blog saya ini...ngeh3...

Dimulakan Dengan...

Sunday, March 13, 2011

Teks Pidato Integriti Saya (Jgn Curik!)

Pendidik Pembentuk Jati Diri Bangsa Berintegriti

Oleh: Mohamad Nazrin bin Abdullah

Dato’ Seri Abdullah bin Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 pernah berkata “Modal insan bukan setakat mempunyai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, tetapi ia juga mencakupi aspek peribadi serta akhlak yang tinggi perlu ada pada seseorang itu”. Dalam nada yang serupa,integriti telah mengajar sekalian anak watan Tanah Melayu menuai kudrat membebaskan nusa. Maka benarlah kata Yusuf Al-Qhardawi kerana integriti banyak bangsa menjadi dewasa.

Salam aspresiasi saudara pengerusi, saf kehakiman penuh berintegriti, dif-dif kehormat yang dihormati, seterusnya hadirin dan hadirat yang diberkati, Assalamualaikum warahmatulhiwabarakatuh, salam ceria ikatan murni.

Pendidik pembentuk jati diri bangsa berintegriti. Begitulah indahnya alunan gabungan aksara yang membentuk tajuk pidato saya pada hari ini. Sebelum lidah melontar madah, sebelum tangan tarikan gaya, izinkan saya mendefinisikan tajuk pidato saya pada hari ini. Secara intelektual, frasa pendidik bermaksud orang yang mendidik iaitu guru. Manakala pembentuk jati diri pula bermaksud membentuk sifat atau ciri unik yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang. Seterusnya bangsa berintegriti pula ialah bangsa yang jujur dan telus. Ironinya, pendidik pembentuk jati diri bangsa berintegriti diertikan sebagai pendidik yang membentuk sifat istimewa yang menjadi teras keperibadian seseorang supaya menjadi bangsa yang jujur, dan telus dalam apa jua keadaan.

Bagi mengulas dan mengupas perihal ini, saya akan mengemukakan 4 komponen utama dalam pidato saya pada hari ini.

1. Pendidik bersahsiah, peribadi cemerlang.

2. Pendidik kreatif, menjana revolusi minda.

3. Pendidik mendukung wawasan negara, memperkasa negara.

4. Pendidik berilmu, melonjakkan negara di pentas dunia


Sidang pendengar budiman yang saya muliakan sekalian,

Bagaimanakah dikatakan pendidik bersahsiah membentuk jati diri bangsa?Pendidik bersahsiah merupakan komponen saya yang pertama. Apa yang boleh diperkatakan ialah pendidik seharusnya mempunyai pekerti mulia seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru. Hal ini juga merupakan salah satu pendekatan untuk pendidik mendekati murid. Pendidik yang prihatin, ramah serta sopan santun merupakan salah satu gaya anggun untuk membolehkan murid mendekati seseorang murid itu. Justeru, ungkapan pendidik sebagai role model oleh masyarakat adalah amat sesuai. Pendidik yang bersahsiah mampu melahirkan modal insan yang sempurna dari aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek. Seandainya pendidik itu sendiri yang pincang, maka sesuailah dengan pepatah ini “kalau guru kencing berlari, tidak hairanlah jika murid kencing berlari”.

Seterusnya, komponen saya yang kedua ialah pendidik berinovatif, kreatif dan kritis khususnya dalam bidang sains dan teknologi. Hal ini bertepatan dengan elemen keenam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu unsur intelek. Objektifnya ialah untuk melahirkan bangsa yang sentiasa meneroka sesuatu perkara yang baru dan mencabar. Maka, pendidik hendaklah bersedia untuk menimba ilmu dan kemahiran baru berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran serta sanggup melaksanakan inovasi dalam pembelajaran di bilik darjah.

Sidang hadirin tonggak kegemilangan negara sekalian,

Komponen saya yang ketiga pula ialah pendidik mendukung wawasan negara. Kementerian Pendidikan Malaysia telah merangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dengan matlamat melahirkan modal insan yang berupaya menyesuaikan diri dengan persekitaran global yang acap kali mengalami transformasi. Sekolah Wawasan yang dicanai kerajaan bertujuan untuk menghapuskan jurang perkauman dan sekaligus memupuk semangat patriotisme yang tinggi. Sekolah Wawasan merupakan pengumpulan tiga buah sekolah dalam satu kawasan iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil.Justeru, bagi menjayakan matlamat perpaduan antara kaum, maka sesuailah dengan pepatah Melayu “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”.

Setelah tamat komponen ketiga,kita beralih pula kepada komponen saya yang terakhir iaitu pendidik yang berilmu dan beramal. Menurut perspektif agama, kerjaya guru dianggap sebagai ibadah. Hal ini kerana tugas pendidik adalah untuk menyampaikan ilmu dunia dan akhirat kepada murid sebagai pedoman hidup. Kita tidak mahu menjadi pendidik yang hanya mengharapkan gaji setiap bulan secara membabi buta semata-mata. Fikir-fikirkan. Maka, ingin saya jelaskan di sini bahawa tujuan pendidik adalah untuk melahirkan modal insan yang diperlukan oleh negara pada masa hadapan. Bagi mencapai Wawasan 2020, modal insan yang dimaksudkan ialah modal insan yang berilmu, berkemahiran dan berketerampilan.

Sidang pendengar yang saya kasihi sekalian,

Pada penghujung bicara,jelas tertera, tatkala kita jadikan integriti sebagai budaya dan pegangan, maka impaknya bangsa yang dulu tertiarap dimamah, kini kembali tegak bermaruah. Sebagai rakyat Malaysia suka untuk saya ingatkan , pada hari ini, impian kita adalah untuk menjelmakan bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang bukan bangsa yang kecundang, pincang dan terbuang . Ingat, jangan biar ayam direban disambar helang, jangan biarkan padi di tangan menjadi lalang, mari bangkit dan sama-sama berjuang ke arah negaraku yang semakin gemilang.Sekian, wabillah hitaufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


4 comments:

^cahaya_harapan91^ said...

salam..mohon izin share..

aku yang mahu bermula semula said...

salam,,,entry yang memberangsangkan,,,mohon copy,,,trima kasih!! :)))

Wen Alexx said...

salam sejahtera.izinkan sy merujuk pidato ini..?thank u^^

Nurul Azreen said...

Mohon share. Thanks