Pembuka Bicara

Kesetiaanmu Kuhargai

Penyambut tetamu

Penyambut tetamu
Bismillahirrahmanirrahim...Assalammualaikum semua.Selamat datang dan aHLAN wasahlan ke blog ala2 Diari Hikayat Putera Nazrin ini.hahaha...Blog ini mengandungi kisah-kisah menarik,dan cerita-cerita suka dan duka dalam layaran kehidupan saya....Siapa yang x berkenan dengan blog ni,bley blar skrg eh ataupun tekan close terus.....huhu (x masal)..sekian terima kaseh!!..teruskan membaca dan selamat menziarahi blog saya ini...ngeh3...

Dimulakan Dengan...

Saturday, March 26, 2011

PBS Hari Kelima (Terakhir)

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum bunga yg layu
pada musim luruh...
yang dulunya mekar di sinar suria
bila sudah kering pasti akan gugur
seperti cinta kita yg jelas ternyata
semakin lama oh semakin rekah
menimbulkan tanya apa mungkin kita
temu kebahagiaan....dalam perpisahan....

wow!! menyanyi pulak aku kat sini....
bukan apa...hari terakhir PBS lah katakan....
pastinya aku akan sedih kalau dah nak berpisah dgn bdk2 sekolah ni semue...
baru je 5 hari dah mula rasa rindu pd bdk2 ni semue...

mana taknya pengalaman PBS pertama tu...
tak pernah2 masuk kelas untuk kelas ganti sekolah rendah...
senang kata segala-galanya macam mustahil
dan semuanya adalah pertama kali....

bila sebut pasal perpisahan
pastinya aku akan sinonimkan dengan lagu feberet aku
iaitu lagu Shahir AF8-Kebahagiaan Dalam Perpisahan...
sungguh memilukan apabila kita berpisah dgn org2 yg kita sayang...
sungguh.....

baiklah..
sekarang kita x nak jiwang2 sgt...
sekarang ni aku nak cerita cket apa yg ada kat sekolah time hari jumaat tu....
pagi2 siap awal2 dgn memakai baju Melayu kale purple aku...
agak smart jugaklah...tapi aku rimas lah dgn sampin x gune tu!!!
x suke....


pada setiap hari Jumaat, waktu pertama iaitu pada jam 7.15 pagi ialah
waktu Budaya Pembacaan Al-Quran....

Tetapi ada 3 kategori pengasingan murid-murid untuk
waktu Budaya pembacaan Al-Quran tersebut...

  1. Murid-murid Tahap 1 baca Iqra' di dalam kelas masing2 dengan bimbingan guru...
  2. Murid-muris Tahun 4 & 5 baca Yaasin di kantin secara tartil dan bersama-sama...
  3. Murid-murid Tahun 6 baca Yaasin di Surau....

Murid-murid Tahun 6 sedang khusyuk membaca Yaasin
di Surau....


Murid-murid Tahun 4 & 5 sedang
tekun membaca Yaasin di kantin dengan bimbingan guru di hadapan....


Bacaan Yaasin Tahun 4 & 5


Murid-murid Tahap 1 pula
membaca Surah-surah pilihan di kelas masing-masing....
Ini kelas Darjah 3 kalau x silap...
kalau silap maksudnya ni kelas Tahun 2....
hihi....


Sempat menangkap gambar bangunan sekolah
dari tingkat 3 bangunan lama....
Sangat kondusif dan menyamankan....


Untuk hari terakhir PBS ni, kami guru2 PBS
tidak diberikan kelas ganti....
So, kami hanya melepak di bilik mesyuarat dan jalan2 berjumpa
murid-murid kesayangan tu semua....
Secara seriusnya aku rasa lain kat hati ni...
Rasa macam nak nangis kot...Entah ler der....
Tak macho ar nangis....Pulak....
Aku tak suka dgn perpisahan dgn insan2 tersayang...

Nampaknya aku dah jatuh sayang dgn murid2 sekolah ni....
Tibe2 je teringat pada kata2 seorang murid lelaki Tahun 4 Arif rasanya...
" Cikgu, ajarlah kitorang lagi nanti..."

Budak2 lain pun ada cakap....
"Cikgu, nanti datang ar sekolah ni lagi jumpe kitorang...."

Dan banyak lagi....

Dan aku tahu ini semua adalah situasi sama yg dihadapi oleh guru2 PBS dan prektikum yg lain
seluruh Malaysia....

Tapi yg paling aku x tahan sekali...
ramai yg kata aku kacak lah, hensem lah....
macam susah aku nak terima hakikat itu...
hakikatkah?ataupun apakah???

biase2 jer kot....

hari ini hari Sabtu (26 Mac 20111)...ade jer murid2 yg berhubung dgn aku
menerusi Facebook dan handphone....Thanks a lot kids....
Aku pon pernah merasai zaman seperti itu, dulu....
Tapi x de ar canggih macam korang ade facebook sejak Tahun2 lagi....
Aku ada Facebook pon masa masuk maktab...dasyat!!!

Time nak balik tu...
Suram je aku rasa bile tgk murid2 pulang nak balik ke rumah....
Sedihnyer...esok2 kita dah x jumpe dah.....
Tak pe lah.....


Kenangan Bersama Guru-guru PBS yg lain....

Laki dari kiri-aku, Faiz Othman (IPG Kampus Batu Lintang), Shamsul (IPG Kampus Ipoh), Hazman (IPTHO), dan Khairul Hamzi (IPTHO).

Pompuan dari kiri- Wani (IPTHO), Izati (IPTHO), Nadiah (IPTHO), dan Hazirah (IPTHO).




PBS 1 di SK SRI TANGKAK yg SANGAT-SANGAT BERMAKNA
DAN BEST!!!!

TAKKAN AKU LUPAKAN SAMPAI BILA-BILA!!!!

SEGALANYA ADALAH PERTAMA KALI.....



Sekian....




No comments: