Pembuka Bicara

Kesetiaanmu Kuhargai

Penyambut tetamu

Penyambut tetamu
Bismillahirrahmanirrahim...Assalammualaikum semua.Selamat datang dan aHLAN wasahlan ke blog ala2 Diari Hikayat Putera Nazrin ini.hahaha...Blog ini mengandungi kisah-kisah menarik,dan cerita-cerita suka dan duka dalam layaran kehidupan saya....Siapa yang x berkenan dengan blog ni,bley blar skrg eh ataupun tekan close terus.....huhu (x masal)..sekian terima kaseh!!..teruskan membaca dan selamat menziarahi blog saya ini...ngeh3...

Dimulakan Dengan...

Saturday, March 12, 2011

Refleksi KKP EDU 3101

بسم الله الرحمن الرحيم

Ke Kampung Miri bawa jerami,

Singgah di kota membeli tapai,

Falsafah dipelajari pendidikan difahami ,

Tugasan dilaksana manfaat dicapai.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah Subhanu Wata’ala dan junjungan besar Nabi Muhammad kerana pada hari ini saya masih lagi diberikan peluang untuk bersama sahabat-sahabat dalam satu penyatuan yang sama iaitu menuntut ilmu dunia dan akhirat. Tanpa belas kasih sayang dan keizinan-Nya, sudah tentu saya dan rakan seperjuangan saya iaitu saudari Siti Farhani binti Abu Bakar tidak berjaya menyempurnakan tugasan Kerja Kursus Pendek Falsafah dan Pendidikan Kebangsaan ini. Memang benarlah kata pepatah Melayu, “Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.” Begitu juga dengan kami, jika kami tidak mencanai usaha membentuk gagasan kerjasama yang utuh, sudah tentu tugasan ini berlangsung ala kadar asalkan siap sahaja. Saya dan Farhani tetap ingin melaksanakan tugasan ini dengan cemerlang agar matlamat tugasan yang ingin dicapai akan terlaksana.

Istilah kerja kursus begitu sinonim sekali dengan kehidupan seseorang pelajar.Saya acap kali mendengar keluhan rakan-rakan saya dek timbunan kerja kursus yang melambak . Kebanyakan pelajar akan keluh-kesah tatkala berhadapan dengan tsunami tugasan di IPG ini. Namun, bagi saya semua itu adalah perkara normal dan perkara wajar yang harus dilalui oleh seseorang pelajar. Apa gunanya belajar kalau tiada kesusahan, apa gunanya nak berjaya kalau tak nak berkorban,dan apa maknanya jika kita nak berjaya, pemikiran negatif selalu sangat bersarang di minda? Dalam Islam sendiri ada menekankan bahawa kesenangan itu muncul setelah kesusahan. Jadi, saya tak nak mencampakkan diri saya ke dalam pemikiran negatif dalam melaksanakan tugasan ini. Pengurusan masa seseorang pelajar itu adalah yang paling dominan dan signifikan bagi menyiapkan tugasan-tugasan agar tiada tekanan negatif dan rengekan jengkel yang berbunyi, dan menyumpah serana KKP yang tidak bersalah itu.

Bagaimanakah tugasan ini dihasilkan? Izinkan saya berkongsi ceritanya di sini ya. Pada 21 Februari 2011, saya dan rakan-rakan PISMP Semester 1 yang lain telah diberikan taklimat tugasan kerja kursus pendek EDU 3101 (Falsafah dan Pendidikan Kebangsaan) oleh Ustazah Normah binti Idris selaku Penyelaras Subjek EDU 3101 di Dewan Besar Nik Mahyudin Musa. Kami diberikan penerangan secara terperinci mengenai soalan-soalan tugasan tersebut.Sesi soal jawab turut diadakan ketika taklimat berlangsung.

Tugasan ini merangkumi matlamat dan elemen-elemen yang ada di dalam FPK.Selain itu, terdapat juga peranan sekolah dalam merealisasikan FPK dan implikasi FPK terhadap sistem pendidikan negara. Beberapa hari selepas taklimat diberikan, kelas saya PISMP 1.03 telah membuat pengundian untuk pembahagian pasangan kerja kursus. Saya telah digandingkan dengan saudari Farhani. Sejak daripada itu, kami masing-masing hanya mengumpul maklumat-maklumat yang berkaitan dengan FPK sahaja dari buku-buku dan internet. Saya akui bahawa terdapat banyak bahan dan maklumat yang diperoleh.Tidak susah.

Selepas itu, saya telah membuat sedikit perbincangan dan pembahagian sub tugas dengan Farhani melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS). Kerja kami menjadi mudah dan pantas setelah membuat perbincangan melalui teknologi moden itu.Alhamdulillah.

Terdapat beberapa halangan tertentu yang menyebabkan tugasan ini disiapkan lambat sedikit dan terpaksa ditunda tarikh penghantarannya. Halangan yang pertama ialah Kursus Bina Insan Guru (BIG) Fasa 1 Siri 2. Kelas PISMP 1.03 telah dimasukkan dalam kumpulan BIG tersebut yang mana telah diadakan pada 27 Februari sehingga 2 Mac 2011 (4 Hari). Pada 3 Mac 2011 pula telah dianjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan 2011 dan saya terlibat dalam satu acara kejohanan.Sungguh memenatkan dan saya perlu berehat panjang sepanjang hari tersebut.Pada 3 dan 4 Mac pula terdapat gangguan elektrik di Kolej Kediaman Blok B, jadi terdapat halangan untuk saya melaksanakan KKP dengan baik dan selesa.Pada masa yang sama juga, terdapat beberapa KKP dan projek lain yang perlu disiapkan juga.Bertindih-tindih.Kesihatan saya pula terganggu, demam dan sakit kepala.Namun begitu, saya jadikan halangan-halangan tersebut sebagai sebahagian daripada lumrah kehidupan dan perkara-perkara positif sahaja. Kesemua halangan itu juga memberikan saya 1001 manfaat sebenarnya.

Saya telah membahagikan masa dan kerja-kerja saya dengan bijak. Saya tidak suka menangguh kerja sebenarnya.Pada hujung minggu iaitu pada 5 Mac 2011 saya melaksanakan sub tugasan saya iaitu matlamat dan elemen-elemen yang terkandung dalam FPK itu sendiri. Bagi saya, untuk mencari maklumat tentang perkara-perkara ini sangat mudah. Sudah banyak maklumat dan rujukan yang terhidang, hanya tunggu masa untuk dimakan sahaja.1 hari pun boleh siap kalau nak.Kalau saya cepat-cepat siapakan KKP ini, bolehlah saya fokus kepada KKP yang lain pula, dan kepala saya pun akan menjadi sedikit lapang, tidak berserabut.Sebelum terlupa, pada 26 Februari 2011 telah diadakan Seminar Falsafah Pendidikan dan Kanak-kanak Abad Ke-21 yang diadakan di Dewan Besar Nik Mahyudin Musa anjuran Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Pendidikan Islam dan yang terlibat ialah para pensyarah JIP dan para pelajar PISMP Semester 1 Ambilan Januari 2011 .Penceramahnya ialah Dr.Tajul Ariffin Noordin mantan Pensyarah Fakulti Pendidikan UKM.Beliau adalah orang hebat dalam bidang falsafah dan pendidikan.Seminar tersebut juga sedikit sebanyak membantu pelasanaan kerja kursus ini. Akhirnya, sub tugasan saya berjaya disiapkan pada hujung minggu tersebut dan hanya perlu digabung dengan sub tugasan Farhani dan perlu dikemaskini dan membuat perbincangan sedikit sahaja lagi.Dan siap dan boleh dicetak.

Antara manfaat yang diperoleh daripada Kerja Kursus Pendek EDU 3101 ini ialah saya dapat mengamal dan menghayati prinsip-prinsip Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam perkhidmatan perguruan pada masa akan datang.Selain itu, saya dapat faham tentang FPK dalam usaha mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek melalui aktiviti yang dicadangkan.

Akhir sekali, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Saidon bin Mat selaku pensyarah pembimbing EDU 3101 PISMP 1.03 yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami semua. Tidak dilupakan juga,Ustazah Normah Idris dan Puan Syarifah selaku pensyarah kami sewaktu sesi ‘match lecture’ diadakan. Tidak sah rasanya jikalau saya tidak mengucapkan sekalung apresiasi terima kasih kepada rakan-rakan PISMP 1.03 dan rakan-rakan PISMP Semester 1 ambilan Januari 2011 yang telah banyak berkongsi maklumat pelaksanaan tugasan kepada saya selama ini.Jasa semua orang ini akan saya kenang sampai bila-bila dan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.Sekian, terima kasih.


No comments: