Pembuka Bicara

Kesetiaanmu Kuhargai

Penyambut tetamu

Penyambut tetamu
Bismillahirrahmanirrahim...Assalammualaikum semua.Selamat datang dan aHLAN wasahlan ke blog ala2 Diari Hikayat Putera Nazrin ini.hahaha...Blog ini mengandungi kisah-kisah menarik,dan cerita-cerita suka dan duka dalam layaran kehidupan saya....Siapa yang x berkenan dengan blog ni,bley blar skrg eh ataupun tekan close terus.....huhu (x masal)..sekian terima kaseh!!..teruskan membaca dan selamat menziarahi blog saya ini...ngeh3...

Dimulakan Dengan...

Wednesday, March 23, 2011

PBS Hari Pertama Cikgu Nazrin

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan ketentuan Qada' dan QadarNya saya diberi peluang untuk menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah Siri 1 (PBS) di Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak,Ledang Johor. Niat awalnya ingin melaksanakan PBS di Kuala Nerang,Kedah (umah Hakim Najmi), tetapi di saat-saat akhir saya bertukar fikiran dan bercadang ingin melaksanakan PBS di Tangkak sahaja. Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak jadi pilihan!



Itu sebagai pengenalan kepada diari PBS hari pertama Cikgu Nazrin....

Saya bangun tidur pada pukul 6.00 pagi untuk menyiapkan diri dan mandi serta menunaikan Solat Subuh (x pernah2 bangun awal,hik3). Saya bertolak ke SK Sri Tangkak pada jam 7.45 pagi dengan memandu kereta Savvy milik Kak Long saya.Memandangkan Kak Long saya tgh pantang bersalin, jadi saya pinjam lah kereta dia sampai bile2...EH!! silap2...pinjam sampai dia
habis pantang la...

Ingatkan saya seorang sahaja yang buat PBS di SK Sri Tangkak, rupa-rupanya
ada 9 orang yang buat PBS di sekolah yang sama. Yang menariknya ialah mereka adalah muka2 yg saya pernah nampak sebelum ini..Siapakah mereka???Nanti saya akan ceritakan ya..



Sampai sahaja di sekolah, saya dan rakan2 PBS yang lain pun terus join Majlis Perhimpunan Hari Isnin di dataran perhimpunan. Kami duduk di atas kerusi merah yang disediakan untuk kami. kami disambut oleh guru-guru dengan penuh hormat dan gembira. Manakala murid2 SK Sri Tangkak kelihatan begitu teruja, jakOn, pelik dan tertanya-tanya siapakah kami ini.Guru barukah? pelawat kah? menteri kah?? sepuluh persoalan bermain-main di benak minda mereka.


Dalam perhimpunan, kami guru2 PBS diperkenalkan di khalayak..

  1. Shamsuri (dari IPG Kampus Ipoh-bekas murid SKST-muka pernah nampak)
  2. Faiz Othman (dari IPG Kampus Batu Lintang-bekas murid SKST-pernah jumpa kat IPIS sempena batch marking JPP 2010)
  3. Khairul Hamzi (dari IPTHO-senior Form 1-3 saya ketika di SMK Bandar Maharani Muar)
  4. Hazman (dari IPTHO-bekas murid SKST-pernah bermain dgn dia dan kembar dia ketika zaman kanak-kanak)
  5. Nazrin (dari IPG Kampus Pendidikan Islam-saya la tu)
  6. Nurulizati (dari IPTHO-pernah satu kelas darjah khas dgn dia-pernah amek lesen motor dan kereta sama2 dgn dia)
  7. Hazirah (dari IPTHO-asal Melaka-saya x kenal)
  8. Syazwani (dari IPTHO-bekas murid SKST
  9. Nur Nadiah (dari IPTHO-kawan kepada Naemah classmate aku-asal Terengganu)
Huh!! tak sangka mereka pun sama2 wat PBS dgn aku kat sini....lega sikit sbb ade ramai kwn2 PBS..


Setelah tamat sahaja majlis perhimpunan, kami dibawa ke pejabat untuk menulis nama di buku khas yang disediakan.Kemudian kami bergerak ke bilik mesyuarat untuk sesi Taklimat Bersama Guru Besar, GPK HEM,Guru2 mentor..



Ketika taklimat, kami diberi penerangan tentang latar belakang sekolah, kemudahan sekolah, sistem sekolah,peraturan sekolah, perkara2 berkaitan oleh GB (Tuan Haji Ngarisan bin Jurimin).Kemudian kami berta'aruf antara satu lain.Kami juga bersoal jawab tentang sebarang permasalahan ataupun persoalan.GPK HEM namanya Puan Hajah Aishah...Guru mentor pula Tn Hj Shahruddin dan Puan Norhanita.

Selepas taklimat tu kami jalan2 sekitar sekolah dan bersarapan di kantin bersama-sama. Selepas itu, saya bersama Hamzi,Hazirah dan Nadiah melepak di Bilik Khas j-QAF. Kami melihat sesi Pengajaran & Pembelajaran Agama Islam j-QAF Tahun 1. Kami juga berborak-borak dan berkolaborasi dengan Ustazah Maslina binti Maan dan Ustazah Norsuzira binti Abdul Wahid. Ustazah2 ni memang lawak,garang, sempoi dan sporting habis!! macam-macam yang kami borakkan sampailah waktu balik....


Hah!! lupa nak cakap...SK Sri Tangkak ni agak besO, cantik giler, luas, ramai murid, ramai guru, byk blok, bersistem dan byk lagi. Tapi kan yang paling unik dan special sekali kat sekolah ni kan pasal sistem loceng diorang. kenapa dgn loceng diorang??


Beratur tahap 1 selepas rehat...


Sistem loceng kat sekolah2 kan biasanya gune loceng yg berbunyi griiingggg~~~~
Tapi kat SK Sri Tangkak ni gune bacaan2 doa sebagai loceng waktu mereka...peh, bagus sangat tuu...sangat unik, dan kreatif....idea sistem ini dijana oleh ustazah Norhasikin (sepupu aku tuu)

hah!! saya ade cerita lagi....

Mula2 ingatkan dtg sekolah ni mungkin ramai yg x kenal saya...rupe-rupenye ramai yg kenal setelah saya mengatakan bahawa saya ni adik kepada Cikgu Mardiana (GPK SK Payamas)...so, cikgu2 kat SKST ni pon terkejut setelah mendengar pengakuan saya itu...hehehe....famous jugak akak aku ni ek....aku pulak tumpang populariti die...huhu...agak ramai gak lah cikgu2 sekolah ni yg mudah nak kenal aku disebabkan Cikgu mardiana akak aku tu ha kwn2 diorang jugak...hmmm...


Loceng 1.10 tengah hari berbunyi selawat....
Murid2 dan Cikgu2 pon boleh balik....

Cikgu2 PBS perempuan kena datang kol 4 petang untuk training bola jaring,haha...

Gambar2 sgt banyak...so, aku x larat nak upload byk2...sebahagiannya aku ada masukkan kat folder photos PBS 1 SK SRI TANGKAK di laman Facebook aku tu ha...kalau nak tengok sepenuhnya tengoklah kat laptop aku nanti...

Di hari pertama, tak byk perkara menarik yg berlaku...tapi aku dah mule rase excited untuk menanti hari2 seterusnya.....tungguuu.........hari ke-2,ke-3 pasti lebih menyeronokkan!!!sebab aku type cerite ni mase hari ke-3 PBS....lalala....

AKU LANGSUNG TAK MENYESAL WAT PBS KAT SK SRI TANGKAK NI HA!!!
SANGAT-SANGAT BEST!!!! BAHAGIA MENGALAMI PENGALAMAN-PENGALAMAN RELIEF KELAS NI SEMUA!!!

Relief kelas???

Hehehe...Ya, relief kelas...
Kelas sape??
Kite tunggu PBS Hari Ke-2,Ke-3 dan seterusnya...


3 comments:

najwamr said...

cikgu pakai baju cam pengawas.
psst!ade budak 4A suke cikgu!
ramai!!!

Putera Nazrin said...

kalau suke cikgu...sentiasalah berhubung kat fb ni ha...kem salam kawan2 taw fatin...

najwamr said...

ok