Pembuka Bicara

Kesetiaanmu Kuhargai

Penyambut tetamu

Penyambut tetamu
Bismillahirrahmanirrahim...Assalammualaikum semua.Selamat datang dan aHLAN wasahlan ke blog ala2 Diari Hikayat Putera Nazrin ini.hahaha...Blog ini mengandungi kisah-kisah menarik,dan cerita-cerita suka dan duka dalam layaran kehidupan saya....Siapa yang x berkenan dengan blog ni,bley blar skrg eh ataupun tekan close terus.....huhu (x masal)..sekian terima kaseh!!..teruskan membaca dan selamat menziarahi blog saya ini...ngeh3...

Dimulakan Dengan...

Showing posts with label ::IsLamkU::. Show all posts
Showing posts with label ::IsLamkU::. Show all posts

Saturday, February 26, 2011

Perarakan Maulidur Rasul

Tanggal 25 Februari 2011,
IPG Kampus Pendidikan Islam bersama JPP 2011 telah
menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432 Hijrah.
So, majlis dimulakan dengan agenda perarakan dari astaka belakang ke
Masjid As-Shafiee....

Sesi perarakan diserikan dengan selawat ke atas junjungan besar
Nabi Muhammad S.A.W...
bersama sepanduk kelas masing2....
cantik2...lawah2...bermakna...dan ada banyak style....


Ini kelas saya punya pasukan perarakan..
PISMP 1.03 Ambilan Januari 2011
Pengkhususan Pengajian Agama Islam...
(gambar curi dari Facebook Chekgu Alan,hehehe)


Sempat bergaya amek gambar sekejap....
Siap ade bunga manggar lagi...
Dah rase mcm majlis perkahwinan plak...
Org sibuk2 berselawat,tapi ape yg aku buat???


First time pakai baju Melayu kale hitam...
Sungguh panas...
Tapi kelihatan hensem kOt~
Terima kasih kepada Abg Khomeini yg sudi dan baik hati
memberi pinjam bajunya kepada saya....

Akhir kata daripada saya...

Rasulullah Ikutan Sepanjang Zaman...
Hidupkan Sunnah Walau Di Mana Anda Berada....

Buat amalan Sunnah dapat pahala.
Tak buat, Rugi besO....

sekian Terima kasih~



Monday, December 6, 2010

Tahun Baru Hijrah


Dengan penuh rasa rendah diri,
Putera Nazrin ingin mengucapkan

Selamat Tahun Baru 1432 Hijrah kepada semua sahabat2,teman2 seperjuangan,
kenalan2 yg mengenali diri ini dan semua umat Islam di seluruh dunia ini.


Semoga dengan tahun baru ini,kita akan terus berjuang dan berusaha untuk memberikan yg terbaik dalam segala pa yg kita lakukan.

Sama-samalah kite mendefinisikan makna Hijrah itu dengan cemerlang!!Hijrah bukan setakat dengan mulut dan perkataan tetapi tindakan!!



Sehari sebelum 1 Muharam 1432 Hijrah itu,aku dilanda wabak selesema dan demam panas...Panas sungguh badanku ketika itu....Aku pun mengadu kepada teman2 tercintaku,iaitu HaziQ (Azq Itchi),Abg Alif kassim,Abg Aril dan Daus Garfield....Mereka sgt2 mengasihaniku dan mendoakan kesembuhanku....mereka juga menasihati aku agar mkn ubat....ya,aku makan ubat dan berehat secukupnya.....Aku percaya bahawa sakit ini berpunca daripada hujan yg sentiasa turun pada waktu petang....Aku ni x boleh kena hujan sikit,mesti pening kepala dan demam....Putera raja lah katakan...sensitif sgt....hehehehe....
Aku sgt sygkan teman2 tercintaku itu...Merekalah yg berjaya membuatkan aku menangis kerana perpisahan,kerinduan,keikhlasan dan ketulusan dalam satu ikatan ukhuwah yg sgt2 mulia.....Ya Allah,x pernah aku rasai tangisan ini bila berteman.....

Dah lama aku x rasa sakit....Bile dah sakit aku sgt gembira...Gembira????!!!
Ya,aku gembira kerana aku memandang sakitku ini dari sudut yg sgt2 positif....
Sakit ini sebagai penghapus dosa....
Sakit ini sebagai ingatan Allah kepadaku agar aku mengingatinya....
Sakit ini sebagai penyuci diri dan jiwa agar dapat mulakan tahun baru Hijrah dengan penuh kesucian...huuuuu...
Sakit ini sebagai medan tarbiyah untukku mengenali dan mengingati semula tentang 2 nikmat yg seringkali manusia lekakan,iaitu nikmat kesihatan dan nikmat masa.....
hargailah waktu sihat dan waktu lapang dengan bijaksana....

Alhamdulillah....


Kita semua menyambut Tahun Baru Hijrah 1432. Bagi kita umat Islam, alangkah ruginya jika kita tidak menyambut ketibaan tahun baru Islam ini dgn penghayatan kisah Hijrah Rasulullah saw. Alangkah ruginya jika kita lebih mengagungkan ketibaan tahun baru Masehi 2011 daripada tahun Islam kita sendiri. Jika bukan kita umat Islam yg mengimarahkan tahun Islam ini, maka SIAPA LAGI????





Monday, September 6, 2010

Aidilfitri

Semoga ramadhan yg berlalu tidak dilupakan buat selamanya...
Saya tetap merinduimu bulan yg terasa sgt singkat ini....
Semoga amal2 kite diterima sbg ibadah yg dirahmatiNYA....
Semoga aku akan berjumpa dgn Ramadhan akan datang...ameeennn...


Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin....



Tuesday, August 10, 2010

HikaYat Ramadhan

RAMADHAN YG DINANTI KINI SUDAH DATANG~


Kewajipan Berpuasa

Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )

" Wahai orang-orang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.."


Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manafaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.


Keutamaan Ramadhan

Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan pusa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manafat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia didunia ini.

Antara Fadhilat dan Kelebihan Berpuada dibulan Ramadhan.

1. Pintu Langit dibuka
2. Pintu-pintu Syurga Di Buka


Fadhilat yang lain-lain

1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
6. Setiap kali sijud orang yang berpuasa, dikurniakan seribu tujuh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puloh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.


Ahlan Ramadhan

Dengan bismillah saya mulakan...
Asslammualaikum semua...
Semoga semuanya dlm keadaan yg ceria dan diberkati hendaknya....

Malam ni dah 1 Ramadhan....
sukenye saya....

semoga Ramadhan ini memberikan saya seribu makna dan
mengharapkan lebih baik daripada yg lepas2....

ramainya org kat masjid tadi....
meriah.....colourful...moga istiqomah....
tarawikh penambah seri ramdhan sudah pastinya.....
sebuah wadah penambah kekuatan dan medium rehat...ye...medan berehat....

Ya Allah....aku nak 30 juzukRamadhan ini,mudahkan.....
Aku nak puasa aku,ibadah aku berkualiti....ku harapkan dan kucuba yg terbaik....

Ramadhan bulan beribadah
bulan kerahmatan dan keampunan
para malaikat merendahkan sayap
untuk menghitung pahala berganda


Pintu syurga dibukakan
ditutup pintu neraka
dibelenggu syaitan yang durjana
dihentikan azab di pusara

bersyukurlah pada rahmat-Nya
(Ya ramadhan)
dikurnia bulan yang mulia (ya ramadhan)
beruntunglah bagi mereka yang
mendapat keberkatannya-Nya(ya ramadhan)
tiap satu pahala ibadah
tujuh puluh ia digandakan
10 akhir ramadhan
dikurniakan lailatul Qadar
malam yang terbaik
diumpamakan seribu bulan


Wednesday, May 5, 2010

lemah + lembut


Di sini saya nak kongsikan sepotong hadis mengenai sifat lemah lembut...bagus ke kalau kite memiliki sifat tersebut??jom baca kat bawah ni...


Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut nescaya ia akan memperolehi kebaikan dalam semua hal.”

-Riwayat Muslim-

Huraian

1. Lemah-lembut adalah akhlak yang mulia yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada hamba-nya. Oleh itu orang yang memiliki sifat lemah lembut adalah orang yang sangat beruntung.

2. Melatih diri untuk dapat memiliki sifat mulia ini dapat dimulakan dengan menahan diri apabila marah dan mempertimbangkan baik buruknya sesuatu perkara sebelum bertindak.

3. Orang yang lemah lembut melambangkan orang yang sentiasa sabar dan tenang (tidak tergesa-gesa). Namun sifat lemah lembut ini lebih baik diseiringkan dengan ketegasan agar seseorang itu tidak mudah dipermainkan atau diperbodohkan oleh orang lain.

4. Rasullullah s.a.w adalah contoh orang yang paling lemah-lembut dan paling baik dalam pergaulan. Sesiapa yang melihat baginda dari jauh akan berasa gentar tetapi sesiapa yang bercampur atau bergaul dengan baginda tentu akan menyayangi baginda disebabkan oleh sikap lemah lembut baginda itu.


Renung-renungkan dan selamat beramal...sekian terima kasih...



Sunday, January 24, 2010

BeStnYeR bErisTigHfaR

Jiwa bagai dilanda suatu macam rasa,
Tenang,sayup,serta melemahkan 'sesuatu' yang keras dalam diri ini.
Ku yakin dan percaya setiap yang rumit ada petunjuk jalan mudah sebagai jalan terbaik yang ditentukan oleh Allah Subhanu Wata'ala kepada diri kita.

Pada kali ini,Tuan Blog ini ingin berkongsi sesuatu, yang barangkali boleh memberikan kita sesuatu pengajaran dan ingatan serta pengetahuan...

Astaghfirullah al-azim....
Astaghfirullah al-azim....
Astaghfirullah al-azim....

Menurut Sebuah Hadis:


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.

Subhanallah...bukan susah sangat nak beristighfar..mudah sahaja,bukan??
Ambillah kesempatan ini,dan peluang ini untuk banyakkan beristighfar...
Bukan untuk sesiapa,tetapi untuk diri kita sendiri jugak...


1. Islam menggalakkan kita agar memperbanyakkan beristighfar, selalu bertaubat kerana sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada dosa. Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda merupakan seorang rasul yang maksum atau dipelihara daripada dosa besar dan kecil.

2. Orang yang sentiasa beristighfar kepada Allah akan merasakan dirinya sentiasa dekat kepadnya-Nya. Bahkan akan timbul perasaan tenang dan dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa atau lemah.


3. Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar. Oleh itu bagi mengelakkan hati daripada lalai seseorang itu hendaklah sentiasa membanyakkan istighfar. Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya keampunan daripada Allah itu akan berlaku.


Sekian Terima Kasih



*sekalung apresiasi kepada laman web I Luv islam kerana telah berjaya menggoda diriku untuk membaca bahan ilmiah anda ini.banyak manfaat dan ilmu pengetahuan di situ!!terima kasih banyak-banyak!!



Friday, January 1, 2010

Transformasi Dalam Hijrah


++HijRah,Kesabaran,Pengorbanan Dan Tindakan++
++
++
++
++++
"Langit tidak selalunya cerah, sulam malam tak berbintang, itulah lukisan alam, begitu aturan Tuhan,"Indah lirik lagunya semerdu suara sang penyanyinya...
Kita perlu menerima bahawa suasana alam sentiasa berubah-ubah,ada kalanya ceria dan ada kalanya muram. Namun,adakah dengan berubahnya suasana alam,pendirian kita juga mesti berubah?(ertinya berubah daripada keinginan untuk mencapai matlamat kepada perasaan malas yang akan membinasakan diri sendiri)
++++
++++
Tahun baru Islam sudah beberapa hari berlalu dan umur kita pula semakin meningkat,sedangkan apabila bertambahnya peningkatan umur maka jangka hayat kita hidup di dunia yang sementara ini semakin hari semakin singkat. Entah esok,entah lusa atau mungkin dalam masa satu saat lagi kita akan dijemput oleh-Nya untuk kembali pulang.
++++
++++
Dan tiada sesiapa pun mampu menghindarkan diri daripada kematian sebagaimana firman Allah :"Tiap-tiap jiwa akan merasai mati dan hanya makhluk jua yang mempunyai jiwa(roh atau dalam bahasa ilmu Ushuluddin dipanggil jauhar) dan roh adalah baru dijadikan-Nya daripada tiada kepada ada,maka yang mati hanya makhluk.Allah tetap Maha Hidup Kekal."
++++
++++
Dalam perjalanan hidup ini, terkadang kita merasa penat dan letih ditambah pula dengan perasaan duka yang melemahkan jiwa,apatah lagi jika apa yang kita inginkan tidak dapat dicapai? Pastinya perasaan sedih dan keputus asaan akan lahir dalam jiwa. Namun adakah apa yang kita anggap baik untuk kita itu terbaik bagi Allah? Dan mengapa Dia tidak memperkenankan keinginan dan doa yang kita rasakan terbaik untuk kita? Sebelum persoalan di atas dijawab, ada satu lagi persoalan utama yang perlu kita jawab dahulu. Siapa yang menjadikan kita?Pasti jawapannya adalah Allah; Tuhan Pencipta Alam. Jika Allah yang menciptakan kita, maka Dia tahu yang mana baik dan yang mana buruk untuk kita. Oleh yang demikian terjawabnya persoalan di atas.
++++
++++
Sesungguhnya setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah yang terkandung di sebaliknya kerana Allah yang menciptakan kita dan Dia tahu apa yang terbaik dan apa yang akan membinasakan hamba-Nya.
++++
++++
Allah berfirman:"Mungkin kamu membenci sesuatu padahal itulah yang baik bagimu,dan mungkin kamu suka pada sesuatu padahal bahaya bagimu,dan Allah yang mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."(Surah Al-Baqarah:216)
++++
++++
++++
Selagi sang bayu masih bertiup meskipun hembusan bayunya pilu dan mendukakan, selagi matahari masih memancarkan cahayanya meskipun kadangkala cahayanya suram seketika apabila dilitupi sang awan, kita perlu terus berjalan dan terus berusaha meskipun kita diuji dengan kegagalan, musibah dan ujian yang membuatkan air mata sentiasa mengalir. Teruskan perjalanan kita, insyaAllah selagi mana kita berusaha, berdo'a dan bertawakkal kepada Allah, pasti Dia akan membantu kita. Sabar adalah sumber kekuatan dan teman sejati kita.
++++
++++
Sayyidina Umar Al-Khattab pernah berkata:"Jika engkau sabar, maka hukum Allah tetap berjalan dan engkau mendapat pahala,dan apabila engkau tidak sabar, tetap berlaku ketentuan Allah sedang engkau berdosa."
++++
++++
Ingatlah bahawa Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan apa yang mampu ditanggung oleh hamba-Nya. Pasti setiap takdir yang kita lalui ini menunjukkan bahawa kita mampu menghadapinya.Begitulah apa yang dihuraikan oleh Dr. Fadzilah Kamsah ketika menasihati seorang lelaki suatu waktu dahulu. Dan teruskanlah penghijrahan kita ke arah kejayaan dan kegemilangan yang diredhai-Nya, moga-moga perjalanan kita pada tahun ini lebih baik dari tahun-tahun lalu. Ketika peristiwa hijrah, generasi para kekasih Allah merasai keperitan, kesengsaraan dan kelaparan. Jika mereka yang paling dikasihi Allah itu pun terpaksa bersusah payah merancang dan berkorban demi mendaulatkan Islam, maka sudah tentu kita hari ini perlu bersedia untuk berkorban jika kita benar-benar mencintai agama kita.
++
++
++
Semoga dengan artikel ini,sedikit sebanyak dapat menyedarkan diri kita
tentang hakikat Hijrah itu sendiri...
++
++
++++
++
++
++++



Thursday, November 5, 2009

akan tiba..

“Macam mana ni,peperiksaan dah dekat sangat. Ana tak habis ulangkaji lagi.. Habislah ana.. mesti tak dapat jawab. Gagallah ana nanti..”

“Peperiksaan?... ala.. Janganlah cakap tentang hal ni.. saya takut..”

“Mestilah belum bersedia.. Aku rasa kalau aku cuba sedaya upaya pun, aku tahu, tak akan sempat aku habiskan ulangkaji semua subjek tu…”


Inilah luahan-luahan yang sering dan mungkin selalu kita dengar apabila menjelangnya peperiksaan. Apabila menjelang peperiksaan, hati semakin berdebar-debar.

Tahap kerisaun mula meningkat. Pemikiran pun mulalah memikirkan pelbagai perkara-perkara negatif yang mungkin akan terjadi. Pemikiran itu kemudiannya pula ditafsirkan oleh otak dan diubah kepada gambaran-gambaran.

Ana, yang juga merupakan salah seorang mahasisiwi amat memahami keadaan yang digambarkan di atas dan turut jua melaluinya.

Peperiksaan adalah lumrah kehidupan. Kita sememangnya tidak dapat melarikan dirinya. Walau apapun jua, jika kita masih lagi memegang “title” sebagai seorang pelajar atau mahasiswa,mahasisiwi, peperiksaan itu memang tidak dapat dielakkan.

Ya,benar, kita tidak dapat lari darinya, tetapi, tidak mustahil kita tidak dapat mencuba untuk menghadapinya dengan sebaik-baik kemampuan kita. Peperiksaan bukanlah sebuah beban.

Peperiksaan merupakan kayu ukur untuk mengukur sejauh mana tahap pemahaman kita akan sesuatu perkara yang sudah dipelajari.

“Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran”
( surah Al-Asr: 1-3)

Masa itu ibarat pedang, sekiranya kita tidak mencatasnya, ia pula akan memotong kita. Masa ibarat senjata tajam yang bernilai apabila dimanfaatkan dengan sebaiknya, tetapi sebaliknya akan berlaku sekiranya masa dibazirkan begitu sahaja.

Menurut teori as-Syahid Imam Hasan Al-Banna, masa merupakan kehidupan. Sesiapa yang mengisikan masa dengan hal-hal yang tidak berfaedah, maka dia telah membuang kehidupannya. Hidupnya seperti tiada erti dan nilai.

Masa kian suntuk. Peperiksaan semakin hampir. Bagaimana kita hendak menghadapinya? Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk kita mencuba melakukan yang terbaik dalam peperiksaan adalah dengan menggunakan masa yang singkat itu untuk melakukan ulang kaji pantas.

Berikut adalah langkah-langkahnya:

1. Semak bahagian yang sukar. Fahami dan kuasai topik tersebut. Buat latihan yang berkaitan dengan subjek tersebut dan semak jawapannya. Lihat dan fahami rangka jawapan yang diberi

2. Bagi topik yang mudah, bukanlah perlulah diabaikan. Tetapi, buat banyak latihan dengan pantas. Ini dapat menambahkan keyakinan pada hari peperiksaan itu nanti

3. Ulang kaji kembali nota-nota ringkas yang dibuat sebelum ini. Jangan baca nota yang panjang lebar. Ini dapat mengelakkan perasaan panik apabila melihat isi kandungan yang banyak yang perlu dibaca

4. Jangan terlalu bimbang atau resah. Teruskan mengulangkaji dengan kaedah yang betul. Selain mengulangkaji pelajaran, masa yang masih lagi ada itu, haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyiapkan diri dari segi fizikal,emosi, mental dan rohani.

Persiapan fizikal termasuklah dengan mengambil makanan yang seimbang dan mengikut waktu makan yang betul. Hal ini dapat menjaga kesihatan dan turut memberi tenaga dan stamina kepada badan untuk terus mengulangkaji pelajaran. Aktiviti-aktiviti riadah juga tidak patut diabaikan.

Dari segi mental pula, fikirkan yang positif dan yakin pada diri. Percaya bahawa kita telah berusaha dan kita yakin untuk menghadapinya. Fokuskan diri pada apa yang diinginkan dan buang perasaan risau dan resah. Elakkan daripada memikirkan perkara negatif yang dapat terjadi.

Emosi turut juga terganggu apabila menjelang peperiksaan. Maka emosi kita turut juga perlu disiap sediakan untuk bertempur di medan peperiksaan nanti. Kawallah emosi dan cuba elakkan daripada melibatkan diri dengan konflik-konflik yang dapat menjejaskan “mood” belajar kita.

Muhasabahlah diri selalu dan fikirkan setiap kejadian ada hikmahnya. Dekatkan diri kepada-Nya dengan amalan-amalan solat-solat sunat, dan membaca Al-Quran.

Sesunggunhnya Allah mengatakan hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang. Dari segi rohani adalah dengan memperkukuhkan lagi hubungan kita dengan Maha Pencipta.

Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Maka berhubunglah dengan-Nya dan panjatkanlah doa kepada-Nya dengan seikhlas-ikhlas hati dan serendah-rendah diri ini sebagai hambanya.
Berdoalah agar dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

Seelok-eloknya, sebelum mula ulangkaji, maka lakukanlah ibadat solat taubat dan hajat, pinta moga mudah memahami dan mengingati pelajaran tersebut. Selain itu, pohonlah restu dari ibubapa dan guru.

Jangan melukai hati mereka. Percayalah wahai pejuang di medan pertempuran peperiksaan, kerja yang dilakukan hari ini akan menyelamatkan kita hari esok. Tiada yang dilakukan di dunia ini sia-sia kecuali perkara yang sia-sia itu sendiri.

Maka gunalah masa yang suntuk ini dengan sebaik-baiknya. Jadilah seorang penuntut ilmu yang cekal hatinya, yang teguh pendirian dan azamnya, yang tidak mudah dipatahkan dengan cabaran yang menimpa. Jadilah seoarng penuntut ilmu yang patuh dan tunduk kepada Yang Maha Pencipta, yang mempercayai dengan sebulat keyakinan akan kekuasaan Azza Wa Jalla yang menentukan segala-galanya.

Usahlah resah dan gelisah, tetapi bangkitlah, wahai mujahidin, mujahidah. Janganlah gentar dalam berjihad menuntut ilmu dalam mencari keredhaan-Nya. Study itu jihad. Selamat berjaya dalam peperiksaan.

Saturday, October 31, 2009

Kursus Perkaderan Pendakwah

Dah selesai check in,
kami bergegas mendapatkan bilik
masing2...
1 bilik 2 orang...
ana bersama Amar dpt bilik B415...
Penginapan memg 5 bintang cm hotel..
sgt bez!!


Zul dan ana sempat bergambar sejenak
di perkarangan kaunter
utama asrama...



Masjid di Institut Latihan Islam Malaysia.
Perasan x langit mase tu cantik??
Mcm nk hujan kn??
Memg dh nk ujan pon mse tu...
Mase tu jam 5.30 ptg kot...
Hujannye turun mse lps Maghrib....
(tu pon nk cerite ker??)
* tangkap gambo dari dlm bas...



Sekitar ILIM..
Memang mesra alam dan kondusif....
dh le 'comey'...(pinjam perkataan Husna Classmate ana)



Pintu Masuk ILIM
*ILIM ni dekat je dgn IPG Kampus Pendidikan Islam ana sbnrnye..
Jln kaki pon kejap je sampai....
Tapi kami naek bas,seolah2 mcm jauh sgt je tmptnye,padahal sekangkang kucing je...
ape??kucing??
gurau je...sekangkang kera lah...
=========================


ana bersama Amar...
dh xde Izzudeen,Amar plak jd bezfren ana,
haha..



Kali ni ana nk cerita cket pasal kursus yg kami pergi,
baru2 ni.
Berikut adalah butiran lanjut mengenai kursus tersebut:

Nama Kursus : Kursus Perkaderan Pendakwah
Tarikh : 30-31 Oktober 2009
Hari : Jumaat-Sabtu
Masa : 4.00 petang (30/10) - 5.30 petang (31/10)
Tempat : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi,Selangor
Anjran : Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
*Bahagian Pengurusan Dakwah*



++Pendahuluan++

Akidah merupakan perkara yg amat penting dalam kehidupan seorang muslim.Tanpa akidah yang mantap generasi pelajar Islam berada di ambang bahaya.Krisis keyakinan akidah dalam kalangan umat Islam terutamanya golongan belia dan remaja harus dipandang serius.Program kesedaran dan pemantapan harus digiatkan bagi menangani gejala keruntuhan akidah yang kian berleluasa ketika ini.

Semoga dengan adanya kursus ini akan dapat melahirkan peserta yang memahami dan menghayati akidah Islam dan mempertahankannya daripada anasir perosak.


++ObjektiF++


  • Memberi keyakinan kebenaran kitab suci Al-Quran dan ajaran yang diturunkan oleh Allah S.W.T.
  • Menanamkan rasa cinta terhadap diri Rasulullah melalui penghayatan terhadap sirah.
  • Menyedarkan para peserta tentang kebenaran ajaran Islam melalui pendekatan perbandingan agama.
++Kenapa kami perlu menghadirinya??++

  1. Mengetahui method berdakwah dengan non-muslim/penganut kristian.
  2. Membantu mengekang pengaruh gerakan kristianisasi melalui kemahiran berdialog dan berhujah.
  3. Memahami cara berinteraksi dan berdakwah di peringkat lapangan.



kamal,acap dan piJan. tgh borak pasal pe ntah!!??

*tgh jmuan ringan mse ni...



++Apa pendekatan yg digunakan??Nak tahu x??++

Program ini menggunakan pendekatan perbandingan agama khususnya Kristian dan Islam.Para peserta dibekalkan dengan senaskhah Bible semasa sesi LDK yg dijalankan.Melalui program ini,peserta akan didedahkan dengan perkara asas yg perlu diketahui tentang ajaran Kristian dan isi kandungan kitab Bible yg ada pd hari ini secara praktikal..


Uwais bersama Zul sedang meneliti kandungan
kitab 'Bible'....



begitu juga dengan Amar...
*mase ni tgh LDK...
memang byk sgt yg ana dpt tahu mase LDK.
Antaranya,ana dh tahu cmner nk cari ayat dan surah dlm Bible,dan dapat mengesan
perbezaan fakta,dan banyak lagi ar....


++Tajuk-tajuk Modul Kursus??++

  1. Praktikal Dakwah
  2. Asas Ajaran/Sejarah Kristian
  3. Pengenalan:Bible
  4. Fakta Pertentangan.


++Penceramah++

Ustaz Abdullah Din



Bangunan Asrama
kt ILIM...
Cantik sioot~
Kalau tinggal kt cni 10 tahun pon xpe..
(pinjam ayt Atikah classmate ana,hehehe...)



berborak-borak dgn peserta dari
Malaysia Multimedia University (MMU)...
umur mereka 20-an...
ana 18 thun...
muda kn??
hahaha....
*mase ni tgh minum petang...



Asyraaf kawan ana sorang ni sedang tekun
dengar ceramah kt dpn...
ana ni tgh mengantuk,,sbb tu xde keje lain
'tangkap' gambo org je tahu!~
ngeh3....



kawan2 muslimat ana...
Adah,Ina,Reha,achiQ piQa,FaNi@osCar,HusNa..
*Fani,,sori yep terpanggil anti dgn glrn Oscar...
kalau anti x ksh,bguslah...
huhuahua....

*maaf,gambar kawan2 muslimat yg lain x sempat ana nk upload...



Luahan kata hati ana::

  • "sebelum ni aku x pernah pegang kitab Bible,x pernah tahu dan lihat sendiri kitab tu,tapi sekarang dh tahu dh...malah dh tahu corak kandungannye cm ner...susah nk djelaskan dgn kata2 ar!!!..."
  • "...keyakinan aku trhdp Al-Quran ade penambahan..tidak dinafikan..kwn2 pon same jgk kn???"
  • "...Walaupun singkat sahaja program ini diadakan,namun tetap padat dgn ilmiah,especially tentang ajaran Kristian..."
  • ..."Perbandingan antara Quran dan Bible jelas bila kite wt LDK mse tu...."
  • ..."dh tahu cara nak mencari fasal,surah dan ayat dlm kitab tu..."


ASTAGFIRULLAH AL AZIM..


Fikir-fikirkan,renung2kan....



p/s:memang mantap program tu..tapi ana mcm hilang fokus cz ngntuk n dok dlm kesejukan aircond tahap melampau!!huahua....

Saturday, October 24, 2009

Rahsia Solat di Awal Waktu!!


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?





Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.




Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Wallahualam.


-sumber: iLuvIslam-



p/s: dah lama x bukak website tersebut =(




Saturday, October 17, 2009

Al-fatihah buat rakan seperjuangan...

Al-fatihah buat Allahyarhamah Humairah Jalil...
yg telah kembali ke Rahmatullah pada 17 Oktober 2009/28 syawal 1430H..
arwah telah menghembuskan nafasnya yg terakhir pd wktu ptg,
di Hospital An Nur Kajang,
akibat penyakit Asma..


arwah berasal dari Batu Pahat,Johor...
merupakan rakan seperjuanganku yg belajar di Kelas PPISMP 1.01,,
walaupun aku tidak sempat mengenalinya...
namun perasaan ini seolah-olah telah mengenali dirinya berkurun sudah,
apatah lagi bagi mereka yg rapat dgn arwah...=(
sama-samalah kita tabah dengan pemergiannya..
Allah lebih menyayanginya...
setiap yg hidup pasti akan pergi,,begitu juga dgnku,
kamu,mereka,kita semua...takkan terlepas dari kematian...


Takutlah...
Risaulah....
Jgnlah leka....
bangkit....
Mohonlah...
pintalah....
Tunduklah pada DIA...yang Satu.....
Bukan 1 Malaysia yg diagungkan....
Kejarlah Satu Matlamat---
Allah-syurga-akhirat-amal soleh-kebaikan dunia akhirat...


++++++++++++++++++++++++++++


p/s: Ya Allah...aku rasa sgt3 bersalah padaMu...


Sunday, August 23, 2009

Sebelum Terlewat...

Salam Ramadhan,
Selamat Berbuka Puasa,
Selamat Bersahur..


Rebutlah pahala2 bulan Ramdhan
yg sarat dgn kemuliaan,ibadah dan keampunan ini ye..

Rugi kalau x rebut...
Menyesal kelak tiada gunanya lagi..
Selagi hayat di kandung badan,kejarlah ia sebelum
ia hilang di pandangan..
Penghayatan Ramadhan perlulah dijana
oleh kita sebagai ummah..
(ihya' Ramadhan),
Saratkan ia dengan bacaan Quran,ibadah2 sunat
(tarawih dan sebagainya)..
amalan mulia di bulan Ramadhan,
Allah gandakan 70 pahala..
Betapa pemurahnya Allah Taala kn??

Fikir2kan,Renung2kan,Amati2kan...dan
Selamat........Menjalani Ibadah Puasa..

Aku tahu aku x sempurna,
Aku tahu aku byk dosa,
Tapi aku masih belajar,
dan terus menjadikan frasa "Terbaik"
sebagai nakhoda pemikiran hatiku...
Berserta dgn energi dlm diri dan dipraktikkan...
(xnk aku ckp byk,nanti menyempang plak)

Ramadhan ini seronok kn?
Ramadhan ini menyenangkan kn?
Ramadhan ini ada segala-galanya...
Ramadhan ini membuatkan kita gembira..

Sebab tu lah i fallen in luv with Shahri Ramadhan..
huhuhu...

kt cni aku sempat cipta sebuah pantun 2 kerat :

Permatang Pauh banyak ikan,
Salam Ramadhan aku ucapkan..

hehehe...



Thursday, June 25, 2009

AL-DuA' SaLLaHuL MukmiN

Assalammualaikum semua..
Kali ini terdetik di benak atma dan gawang minda Naz, nak masukkan dan lampirkan beberapa definisi dan informasi tentang DOA (sumber daripada internet) .Pepatah Arab ada mengatakan "aL-Dua' saLLaHuL mUkmin"..yg membawa maksud "doa itu senjata mukmin"..(ingat lagi tu~huhu..) Setiap hari kita berdoa,namun begitu,sejauh manakah kamu faham tentang definisi doa,tujuan berdoa,matlamat berdoa dan sebagainya..
semoga informasi ini memberi manafaat kepada semua,baca pon dh dpt pahala,apatah lagi apabila kita memahami,mengamalkan,menyebarkan dan seterusnya...
Betapa PEmUrahNya yaNg MAHA KUASA kan kwn2??alhahmdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah
cHeck iT oUt!!

Pengertian Doa Dan Intisari
Doa merupakan ibadah rohaniah yang paling besar ertinya dalam Islam, di mana setiap insan akan merasakan betapa tingginya penghargaan dan pergantungan dengan kebesaran dan keagongan Allah S.W.T., setelah dilakukan usaha dan ikhtiar kemudian melakukan permohonan dengan penuh khusyu’ dan tawaduk, disertai dengan hati dan jiwa yang tenang dan mengharapkan sesuatu dan Allah Yang Maha Agong. Kerana Dialah tempat kita memohon ampun dan kemaafan. Firman Allah:"Engkau sahaja (Ya Allah) kami sembah. Dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan". (al-Fatihah ayat 5)
Kalimah "doa" ialah kalimah yang banyak sekali terdapat di dalam al-Quran dan mempunyai pengertian yang banyak pula. Mengikut pengertian ulama’ "doa" itu bermakna permohonan, ibadah, memuji, percakapan, meminta pertolongan dan sebagainya sesuai dengan tujuan susunan kalimah yang’ diucapkan.
Sabda Rasulullah s.a.w. "Doa" itu adalah ibadah. .:(Riwayat Ahmad)
Firman Allah S.W.T "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada inereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka): Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku maka hendaklah mereka menyebut suruhan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." (al- Baqarah ayat 186)
Berdoa Merupakan Perintah Allah
Sebagaimana yang telah digambarkan dalam al-Quran, Firman Allah:
Maksudnya:
"Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, menyerulah Ia kepada Kami (dalam segala keadaan), sama ada Ia sedar, berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu)" .(Surah Yunus ayat 12)
Berdoa bukanlah sekadar hanya menyampaikan permohonan dan keinginan yang terkandung di dalam hati ke hadrat Ilahi, tetapi berdoa itu merupakan perintah Allah, juga suatu ibadah rohaniah. Doa ialah suatu media yang menghubungkan antara manusia dengan Tuhannya dan merupakan cara kita berkomunikasi dengan Allah S.W.T. Oleh kerana itu tidaklah layak kita menghadapkan "doa". kepada selain daripada Allah, hal ini telah dinyatakan oleh Allah S.W.T. di dalam firmannya:
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dan Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudanat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dan orang-orang yang berlaku zalim (terhadap din sendiri dengan perbuatan syfrik itu) ." (Surah Yunus ayat 106)______________________________________________________

Doa ialah suatu media yang menghubungkan antara manusia dengan Tuhannya dan merupakan cara kita berkomunikasi dengan Allah S. W. T. Oleh kerana itu tidaklah layak kita meghadapkan "doa" kepada selain daripada Allah
Tetapi sebahagian manusia telah lupa tentang kedudukan "doa" sebagai otak ibadah. Oleh itu tidak hairanlah ramai di antara manusia te!ah sesat mengharapkan doa kepada se!ain daripada Allah bagi keperluan hajat yang di luar kemampuan mereka sendiri. Mereka memohon dengan melakukan pemujaan kepada tempat-tempat yang dianggap keramat dan kepada orang-orang yang dianggap sebagai wali serta mempunyai kelebihan dan sebagainya Kepercayaan kepada kuasa-kuasa kesaktian melalui amalan-amalan ilmu kebatinan juga tennasuk kepercayaan terhadap dukun-dukun atau bomoh-bomoh yang mendakwa mendapat ilmu kedukunan daripada mimpi-mimpi ataupun orang-orang halus mela!ui amalan cara menurun dan sebagainya, ilmu-ilmu yang seperti mi bukan berasal dad ilmu Islam. Orang-orang Islam hendaklah menjauhinya daripada terjebak atau tertipu dengan penye!ewengan aqidah daripada orang-orang yang mengambil kesempatan untuk kepentingan diii dan sebagainya.
Doa Nabi-nabi dan Rasul-rasul
Di dalam al-Quran dan hadith Rasulullah s.a.w terdapat banyak keterangan ayat-ayat yang menyuruh supaya manusia berdoa kepada Allah S.W.T.
Dengan demikian nyatalah bahawa berdoa itu merupakan perintah agama dad Allah S.W.1’. ianya juga merupakan suatu ibadah, malah berbagai-bagai doa yang pernah diucapkan oleh para nabi dan rasul di kala mereka menghadapi situasi dan masalah dapat dilihat dalam al-Quran, firman Allah seperti berikut:
Maksudnya:
"Dan di antana mereka pula ada yang (berdoa dengan) benkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka." (Surah al-Baqarah ayat 201)


"Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalud dan tenteranya, mereka berdoa dengan benrata: "Wahai Tuhan kami limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendinian kami, serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir." (Surah al-Baqarah ayat 250)

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bendoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku jadikanlah (Negeri Mekah) kami, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dan pelbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antana mereka, Allah benfirman:
"(Permohonan itu ditenima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan memberi juga Ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan mengheretkannya) keazab neraka dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali." (Surah al-Baqarah ayat 126)
Rasulullah Mengajar Kita Berdoa
Jika kita melihat kepada sunnah Rasulullah s.a.w., maka setiap detik dalam kehidupan kita setiap had bermula dad waktu pagi hinggalah kepada waktu petang seterusnya dad malam sampai kepada subuh Rasulullah s.a.w. telah mengajar kita bagaimana cara-cara untuk berdoa serta diamailcan dengan memberikan tontonan doa-doa yang hams dibaca oleh umatnya seperti doa hendak tidur, doa hendak makan, doa untuk mandi, doa ketika mengenakan pakaian, doa keluar rumah dan masuk rumah, doa ketika di atas kenderaan, doa ketika ditimpa musibah, doa apabila mendapat sesuatu kebaikan malah masuk dan keluar tandas pun ada doanya.
Kekuatan Jiwa
Jika dinilai dan aspek psikologi berdoa itu mempunyai pengaruh yang amat besar terhadap perkembangan kejiwaan. Berdoa membuatkan jiwa kita kuat dan tenteram, menambahkan semangat berjuang (al-jihad) dan memberikan penghargaan kepada manusia yang berdoa itu.
Pengaruh doa amat luas sekali, di mana berdoa itulah yang mendorong manusia untuk mencapai suatu cita-citanya, mengatasi segala macam aneka bentuk kesulitan yang merintangi di jalan kehidupan yang dilaluinya.
Kata-kata doa yang diucapkan dan lubuk hati dengan penuh kusyuk yang hanya dipohonkan (ditujukan) ke hadrat Allah Yang Maha Kuasa akan dikabulkan oleh Allah S.W.T.
_______________________________________________________
dan aspek psikologi berdoa itu mempunyat pengaruh yang amat besar terhadap perkembangan kejiwaan. Berdoa menbuatkan jiwa kita kuat dan tenteram, menambahkan semangat berjuang (al-jihad) dan memberikan penghargaan kepada manusia yang berdoa itu......
_______________________________________________________
Doa diibaratkan sebagai radio aktif yang mengandungi sumber kuasa (tenaga) yang bercahaya dan membangunkan. Di dalam din manusia apabila ia sedang berdoa bererti manusia itu berusaha untuk menambahkan tenaganya yang terbatas dengan jalan kembali kepada "Sumber Tenaga" yang tidak ada batasnya itu.
Apabila manusia berdoa maka manusia berhubung dengan tenaga penggerak yang menggerakkan alam semesta, manusia berdoa supaya sebahagian daripada kekuatan itu dicurahkan untuk keperluan manusia.


Memohon Harapan
Berdoa ialah jalan mengatasi kekurangan manusia kerana berdoa ialah "Memohon kepada ‘Allah" untuk menyampaikan hajat kita disamping usaha yang bersungguh-sungguh, Insya-Allah apa yang kita pohon akan dikabulkan Allah S.W.T.
Doa seperti itu, ialah kepercayaan yang sangat teguh serta harapan yang sangat dalam, bahawa Allah akan menjauhkan segala halangan yang mendalangi tercapainya maksud kita dan hanya Allah dapat memberikan petunjuk tentang sebab-sebab yang nyata dan tersembunyi yang tidak jelas kelihatan oleh kita.
.....berdoa merupakan fitrah manusia ianya ialah satu hajat rohaniah yang daperlukan dalam kehidupan manasia itu sendiri.....
Dengan demikian dalam kalimah doa itu tersimpan berjuta-juta kekuatan rohaniah yang membangunkan, setiap manusia itu mempunyai tujuan pokok dalam kehidupannya yang mengarahkan seluruh fikirannya membimbing seluruh perbuatan dan harapannya di samping berusaha sclama sebab dan helah masih dapat kita usahakan.
Islam datang untuk memperbaiki akhlak dan jiwa manusia serta mengangkatkan kesempurnaan yang mungkin baginya, Islam menjelaskan tujuan akhir kepada manusia sehingga manusia bergerak menuju cita-citanya yang luhur.
Doa Merupakan Fitrah Manusia
Doa yang kita maksudkan di sini ialah permohonan atau permintaan iaitu permohonan seseorang hamba kepada Tuhannya, Allah Yang Maha Pencipta. Pada hakikatnya doa itu adalah percakapan seseorang individu atau jemaah yang dihadapkan kepada Allah S.W.T.
Berdoa merupakan fitrah manusia, ianya ialah satu hajat rohaniah yang diperlukan dalam kehidupan manusia itu sendiri, lebihlebih lagi ketika ditimpa musibah kesulitan dan lain-lain, tetapi bukanlah bererti berdoa itu hanya waktu ditimpa kesulitan atau kesusahan sahaja, bahkan hendaklah sentiasa diucapkan baik waktu susah mahupun di waktu senang ibarat aliran darah yang mengalir dan denyutan nadi yang menggerakkan seluruh tubuh badan kita. Allah sangat-sangat mencela sikap manusia yang berdoa kepadanya di kala ia mendapat kesusahan sahaja, tetapi apabila keadaannya menjadi senang, jangankan hendak berdoa malah terus melupakan Allah S.W.T. yang telah mengumiakan nikmat-nikmat yang banyak.
Oleh yang demikian marilah kita bersama-sama berdoa dan carilah atau bacailah doadoa yang al-Ma’thurat yang diamalkan oleh Rasulullah saw. dan para sahabatnya, telah disusun khusus oleh ulama’-ulama’ seperti yang terdapat di dalam kitab-kitab al-Azkar yang ditulis oleh Imam Nawawi.
Ibadah sembahyang membimbing akhlak manusia supaya sentiasa mengingati Allah -
"Dan ingatlah Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadat kepada-Ku. Aku tidak sekah-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian daripada mereka, dan aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepada-Ku"(az-Zaariyat ayat 56 - 57)