Pembuka Bicara

Kesetiaanmu Kuhargai

Penyambut tetamu

Penyambut tetamu
Bismillahirrahmanirrahim...Assalammualaikum semua.Selamat datang dan aHLAN wasahlan ke blog ala2 Diari Hikayat Putera Nazrin ini.hahaha...Blog ini mengandungi kisah-kisah menarik,dan cerita-cerita suka dan duka dalam layaran kehidupan saya....Siapa yang x berkenan dengan blog ni,bley blar skrg eh ataupun tekan close terus.....huhu (x masal)..sekian terima kaseh!!..teruskan membaca dan selamat menziarahi blog saya ini...ngeh3...

Dimulakan Dengan...

Wednesday, March 31, 2010

PBAKL 2010 EP 2

sambungan daripada cerita dalam entry yang lepas.....

beratus-ratus wang aku habis gara-gara oleh Pesta Buku ini,huaaaa....
mcm mana aku nk mkn n byr hutang org ni,tolooongg!!!
xde sape pon yg tolong aku...hehehe...

ramai gak yg tolong aku dari sudut kewangan sebenarnya terutamanya kakak2 aku.
aku bersyukur kerana dapat kakak2 yg semuanya dah bekerja..huhu...
pada masa yg sama,aku ada juga berhutang dgn beberapa kawan kerana kesempitan wang..
namun kini aku sudah berjaya melunaskan hutangku kpd mereka...

dalam2 susah ada senang...dalam2 senang ada sukar...
hurmmm....sebab itulah hidup itu diwujudkan...
segalanya sudah suratan takdir...lalala...


Plastik PBAKL
sebagai tanda kenang-kenangan...
plastik ni semua jgn dibuang taw!!!
simpan!!!
jgn cemarkan alam sekitar...boleh kitar semula
plastik2 tu semua
dan boleh dibuat bukti lawatan ke PBAKL,huahuahua..
(POYO)


Plastik ni aku dapat masa beli 2 buah buku
keluaran ANDALUS.
Kedua-dua buku tersebut ada kat bawah ni....


Buku yg pertama tentang MARI KENAL ISLAM..
Yg Kedua tentang DOA ZIKIR DAN SURAH..
Buku2 ni aku boleh jadikan bahan bantu mengajar dan
rujukan mini aku sepanjang masa..
Dapat diskaun 30% masa beli buku2 ni....


Keempat-empat barang di atas ni aku kaut kat
Booth Telaga Biru..
Walaupun aku bukan pencinta novel,aku ada sebab tersendiri
mengapa aku beli novel DENYUT KASIH MEDIK (karya DR FARHAN HADI)
dan novel TAUTAN HATI (karya Fatimah Syarha Mohd Noordin)...

Kalu nak tahu,Dr Farhan dan Fatimah Syarha ni ialah suami isteri...bestkan??

Selain itu,aku beli buku nota kale hijau tu
dan dapat kaset nasyid SNADA percuma..
(kat mana lah aku nk pasang nanti,kat laptop x bley plak...kat mana ek??)

Aku beli novel DENYUT KASIH MEDIK sebab
ada ramai pelanggan yg dtg kat situ kata novel tu bez giler...
aku pon baca belakang novel tu...(mcm bez je)..
tambahan pulak novel ni mengandungi ilmu fiqh perubatan,fiqh wanita,fiqh ibadah dan sebagainya...sebab tulah aku beli...huhu...

Aku beli novel TAUTAN HATI sebab
kawan baik aku yg bernama Khairunnisa' bt Kamarudin (ex-SMKBM)
menyarankan kpd aku agar membeli dan membaca novel tersebut...
novel ni agk tebal sedikit...(bper tahun lah aku habis baca ek??)


Seterusnya aku beli buku BAHAGIAKANLAH HATIMU
kat Booth PTS Publications...
booth ni mesti ramai org...apesal ntah!!
sebab byk buku bez2 kat situ...dah lah buku2nya menarik dengan
ilustrasinya yg cemerlang...pasti menggamit pelanggan yg masuk bertandang!!
lebih2 lagi diskaun ditawar buat pelajar2..huhu....


Suasana sekitar kedai buku yg lain...


Apasal tiba2 ada gambo makanan ni...
hobi aku ialah suka mengambil gambo makanan...
x tahu knape??
dah minat kan,ape blet buat...lalalala...

Makanan ni sebenarnya aku makan
dengan Nurhafiz,Zamir dan Asyraaf kat The Mall (dpn PWTC)
hari tu...
disebabkan kelaparan,terpaksalah kami makan kat restoran tu..
Apa ntah nama mknn ni??aku pon x tahu..yg penting halal,
berpatutan,bersih,perut kenyang dan duit pon terbang...


Sementara menunggu makanan yg lama giler
nak sampai,aku dgn zamir pon sempat
bergambar...hehehe....


Nurhafiz dgn Asyraaf mempamerkan muka
kebosanan kerana menunggu makanan
yg sampai2 lagi...
lama weyh!!! makanan die nak sampai...
beli beras kat luar ke ape??!!



Sekian Wassalam...


No comments: