- teringin nak dpt pointer tinggi mcm abg2 senior tuu...
- saya seronok bile bilik saya meriah kerana adanya Haziq,Daus,Hakim,Razi dan yg lain2...
- Seronok sbb berkesempatan jalan2 cari mkn bersama kereta MyVi Razi berserta rakan2 roomate sementara saya..
- ade keje ekonomi yg bertangguh2 lagi ni...tention giler aku!!!serius!!!aku nak free je tahun dpn!!xnak terlibat ape2 jawatan~ (selalunya x boleh elak)
- sabtu ahad ni nak buat ape ek????
- teringat kat rumah...dan org tersayang...huuuu.....
syukuri apa yg ada,hidup adalah anugerah,tetap jalani hidup ini,melakukan yg terbaik...Tuhan pastikan menunjukkan kebesaran dan kuasanya, bagi hamba-Nya yg sabar dan tak kenal putus asa...Jgn Menyerah.....Jgn Menyerah....
Penyambut tetamu
Bismillahirrahmanirrahim...Assalammualaikum semua.Selamat datang dan aHLAN wasahlan ke blog ala2 Diari Hikayat Putera Nazrin ini.hahaha...Blog ini mengandungi kisah-kisah menarik,dan cerita-cerita suka dan duka dalam layaran kehidupan saya....Siapa yang x berkenan dengan blog ni,bley blar skrg eh ataupun tekan close terus.....huhu (x masal)..sekian terima kaseh!!..teruskan membaca dan selamat menziarahi blog saya ini...ngeh3...
Thursday, November 11, 2010
Sedikit Cerita After Exam PA 1
Monday, November 8, 2010
Ape Saya Buat Sekarang??
- Akidah
- Sirah
- Rasm Uthmani
- Tamadun
- Ulum Hadis
- Akhlak
- Ilmu Qiraat
Sunday, October 31, 2010
You can do it

Friday, June 25, 2010
result exam
Monday, May 17, 2010
experimentaL

Friday, May 14, 2010
Exam Mei 2010
Minggu depan saya exam! jadual dah dapat! taklimat pun dah pergi!
adakah engkau sudah bersedia??,jwpannya hmm....hehehe...
adakah engkau sudah stadi??,jwpannya roh exam blm dtg...bce awl tkot lupe...
Monday, April 26, 2010
si bujang sorang
Wednesday, November 11, 2009
kembali beraksi
Thursday, November 5, 2009
akan tiba..
“Peperiksaan?... ala.. Janganlah cakap tentang hal ni.. saya takut..”
“Mestilah belum bersedia.. Aku rasa kalau aku cuba sedaya upaya pun, aku tahu, tak akan sempat aku habiskan ulangkaji semua subjek tu…”
Inilah luahan-luahan yang sering dan mungkin selalu kita dengar apabila menjelangnya peperiksaan. Apabila menjelang peperiksaan, hati semakin berdebar-debar.
Tahap kerisaun mula meningkat. Pemikiran pun mulalah memikirkan pelbagai perkara-perkara negatif yang mungkin akan terjadi. Pemikiran itu kemudiannya pula ditafsirkan oleh otak dan diubah kepada gambaran-gambaran.
Ana, yang juga merupakan salah seorang mahasisiwi amat memahami keadaan yang digambarkan di atas dan turut jua melaluinya.
Peperiksaan adalah lumrah kehidupan. Kita sememangnya tidak dapat melarikan dirinya. Walau apapun jua, jika kita masih lagi memegang “title” sebagai seorang pelajar atau mahasiswa,mahasisiwi, peperiksaan itu memang tidak dapat dielakkan.
Ya,benar, kita tidak dapat lari darinya, tetapi, tidak mustahil kita tidak dapat mencuba untuk menghadapinya dengan sebaik-baik kemampuan kita. Peperiksaan bukanlah sebuah beban.
Peperiksaan merupakan kayu ukur untuk mengukur sejauh mana tahap pemahaman kita akan sesuatu perkara yang sudah dipelajari.
“Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran”
( surah Al-Asr: 1-3)
Masa itu ibarat pedang, sekiranya kita tidak mencatasnya, ia pula akan memotong kita. Masa ibarat senjata tajam yang bernilai apabila dimanfaatkan dengan sebaiknya, tetapi sebaliknya akan berlaku sekiranya masa dibazirkan begitu sahaja.
Menurut teori as-Syahid Imam Hasan Al-Banna, masa merupakan kehidupan. Sesiapa yang mengisikan masa dengan hal-hal yang tidak berfaedah, maka dia telah membuang kehidupannya. Hidupnya seperti tiada erti dan nilai.
Masa kian suntuk. Peperiksaan semakin hampir. Bagaimana kita hendak menghadapinya? Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk kita mencuba melakukan yang terbaik dalam peperiksaan adalah dengan menggunakan masa yang singkat itu untuk melakukan ulang kaji pantas.
Berikut adalah langkah-langkahnya:
1. Semak bahagian yang sukar. Fahami dan kuasai topik tersebut. Buat latihan yang berkaitan dengan subjek tersebut dan semak jawapannya. Lihat dan fahami rangka jawapan yang diberi
2. Bagi topik yang mudah, bukanlah perlulah diabaikan. Tetapi, buat banyak latihan dengan pantas. Ini dapat menambahkan keyakinan pada hari peperiksaan itu nanti
3. Ulang kaji kembali nota-nota ringkas yang dibuat sebelum ini. Jangan baca nota yang panjang lebar. Ini dapat mengelakkan perasaan panik apabila melihat isi kandungan yang banyak yang perlu dibaca
4. Jangan terlalu bimbang atau resah. Teruskan mengulangkaji dengan kaedah yang betul. Selain mengulangkaji pelajaran, masa yang masih lagi ada itu, haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyiapkan diri dari segi fizikal,emosi, mental dan rohani.
Persiapan fizikal termasuklah dengan mengambil makanan yang seimbang dan mengikut waktu makan yang betul. Hal ini dapat menjaga kesihatan dan turut memberi tenaga dan stamina kepada badan untuk terus mengulangkaji pelajaran. Aktiviti-aktiviti riadah juga tidak patut diabaikan.
Dari segi mental pula, fikirkan yang positif dan yakin pada diri. Percaya bahawa kita telah berusaha dan kita yakin untuk menghadapinya. Fokuskan diri pada apa yang diinginkan dan buang perasaan risau dan resah. Elakkan daripada memikirkan perkara negatif yang dapat terjadi.
Emosi turut juga terganggu apabila menjelang peperiksaan. Maka emosi kita turut juga perlu disiap sediakan untuk bertempur di medan peperiksaan nanti. Kawallah emosi dan cuba elakkan daripada melibatkan diri dengan konflik-konflik yang dapat menjejaskan “mood” belajar kita.
Muhasabahlah diri selalu dan fikirkan setiap kejadian ada hikmahnya. Dekatkan diri kepada-Nya dengan amalan-amalan solat-solat sunat, dan membaca Al-Quran.
Sesunggunhnya Allah mengatakan hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang. Dari segi rohani adalah dengan memperkukuhkan lagi hubungan kita dengan Maha Pencipta.
Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Maka berhubunglah dengan-Nya dan panjatkanlah doa kepada-Nya dengan seikhlas-ikhlas hati dan serendah-rendah diri ini sebagai hambanya.
Berdoalah agar dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.
Seelok-eloknya, sebelum mula ulangkaji, maka lakukanlah ibadat solat taubat dan hajat, pinta moga mudah memahami dan mengingati pelajaran tersebut. Selain itu, pohonlah restu dari ibubapa dan guru.
Jangan melukai hati mereka. Percayalah wahai pejuang di medan pertempuran peperiksaan, kerja yang dilakukan hari ini akan menyelamatkan kita hari esok. Tiada yang dilakukan di dunia ini sia-sia kecuali perkara yang sia-sia itu sendiri.
Maka gunalah masa yang suntuk ini dengan sebaik-baiknya. Jadilah seorang penuntut ilmu yang cekal hatinya, yang teguh pendirian dan azamnya, yang tidak mudah dipatahkan dengan cabaran yang menimpa. Jadilah seoarng penuntut ilmu yang patuh dan tunduk kepada Yang Maha Pencipta, yang mempercayai dengan sebulat keyakinan akan kekuasaan Azza Wa Jalla yang menentukan segala-galanya.
Usahlah resah dan gelisah, tetapi bangkitlah, wahai mujahidin, mujahidah. Janganlah gentar dalam berjihad menuntut ilmu dalam mencari keredhaan-Nya. Study itu jihad. Selamat berjaya dalam peperiksaan.
Wednesday, November 4, 2009
ko pahal Naz??
Assalammualaikum ana lafazkan,
sebagai awal rentak utk ana mulakan bicara
kali ni...
ana pon x tahu ape yg ana fikirkan sekarang ni,
seminggu sebelum exam ni
begitu membuatkan ana teragak-agak
utk belajar,
x tahu knape...
seolah-olah ana xde rase risau langsung
utk menghadapi peperiksaan
mingu dpn...
10/11/2009
ENGLISH LANGUAGE
11/11/2009
ALLUGHOTUL AROBIAH
18/11/2009
PENGAJIAN ISLAM 1
19/11/2009
PENGAJIAN ISLAM 2
Sikap ana sejak belakangan ni
mcm x tentu arah...
jadi pendiam x pasal2,jadi
serius plak tibe2...
entahler...
ape yg ana nk cari dlm minggu ni
pon ana x tahu..
Melihat kerajinan rakan2 classmate ana
mengulangkaji pelajaran di dlm kelas
membuatkan ana tersentap seketika...
*bdk2 pmpuan memang rajin belajo.
bdk laki selamber je...
dh pandai kot...
huhu...
''Naz,,,bile ko nak study Naz???
Minggu dpn dh nk exam,bley plak ko wt dek je.
Ko ingat ko dh pandai sgt ke weyhhh???
Ko jgn belagak ar naz...
Jgn jadikan xde mood nk belajo sbg alasan!!
Jgn ar anggap ko berada di atas...
Belajo ehh naz....ko kn nk jadi ustaz yg baik..huhu"
(sifat pemarah dalaman aku menggelodak secara tibe2)
After that,ana pon mulekan rentak study
dgn sbjek Bahasa Arab dulu kt kelas....
bace2...then fhmkan....then kt bilik wt nota cket...
"belajo jgn tention2 sgt...
be smart!!"
hari ni plan nk belajo English
tapi bile dh jumpe laptop Amar
dlm beg die,tros x ley dok diam...
msti nk bukak blog....
ish3...
"troknye ko naz!!!"
walau ape pon,
ana akan wt yg terbaik
dlm mase terdekat ni...
study molek2 + semangat + azam nk dpt pointer bagus...
tu je ar yg ana pkir..
TAPI
yg palinnnnnnnnnggggggggg penting!!!
belajar kerana Allah...
bukan utk exam semata-mata!!
ingat tuuu....
ckp pasal pointer/CGPA..
mlm smlm ana ade belek2
slip keputusan pekse abg senior sorg ni..
die skang SEMESTER 6 kos PengajiaN Islam...
die ni memang seorang yg aktif giler bab2 sukan....
namenye ana xnk bagitahu ar...
tapi ana memang rapat dgn die pon...
die memang baik ar...
(bkn abg angkat ehhh!!
jgn salah fhm!!)
bile tgk sijil2 die,memang tergamam ar...byk btol...
tu bakat yg dikurniakanNYA utk die...
alhamdulillah....
berbalik kepada CGPA tadi...
CGPA abg tu memang bley dikatakan best ar...
bertambah semangat ana utk belajo...
maybe tu petunjuk dari Allah utk ana
rajin belajo kot...
''Naz!!!bangun ar Naz...tunjukkan yg ko the best,
kt cni memang ramai persaingan,so ape lagi??
Jgn leka,,teruskan berusaha,jgn malas,
jgn asyik tido mkn jek!!
Tunjukkan sifat baik ko tu Naz...
bukan utk riyak,bkn utk
ke arah keburukan secara umumnye..
tapi utk diri sendiri,utk ALLAH,utk ank bangsa kelak,utk
family tercinta kt Kampung,utk kwan2 jgk..."
itu perjanjian aku...
tapi xde tandatangan ar mcm
borang perjanjian guru tu...
hehehe..."
Semoga Berjaya semuanya....
Ma'a ila najah fi imtihan dunia wa akhirat...
Semoga Allah memberi kita kemudahan
dalam segala urusan2 kite ye kawan2ku sekalian...
amiiinnnn.....
Sekian
Wasalam~
Saturday, October 24, 2009
Ujian TaraNum
taklimat Ujian Amali Taranum
yg disampaikan oleh Ustaz Hashim di dataran Gerko IPG KPI.
(bersama rakan2)
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kali ni saya nak kongsikan sedikit cerita sesaat sebelum dan selepas
menghadapi Ujian Amali Taranum yang berlangsung pada:
Tarikh: 22 oktober 2009/3 Zulkaedah 1430H
Hari: Khamis
Masa: 8.30 pagi -12.00 tengahari
Tempat: Bilik Kuliah masing2
(PPISMP 1.01-1.05)
Secara jujur tanpa berasa bangga diri,saya dan rakan2 ada membuat latihan
taranum bersama,berpandukan kepada Modul Taranum oleh Ustaz Hashim....
Surah: Al-Fath 1-7/8
Lagu: Bayati-soba-Hijaz-Bayati (penutup)
- Kami hanya mengalun dan mempersembahkannya berdasarkan perkara di atas -
Penilai kelas saya,PPISMP 1.03:
Ustaz Hashim (pakar dalam bidang ni dan memiliki byk sgt pengalaman)
Perasaan 'cuak' melanda semua rakan2 termasuklah diri saya sendiri.Giliran saya nombor 2 kalau mengikut senarai nama kelas.kalau ikut Angka Giliran Peperiksaan (2009202310042) merangkap orang ke 4 pelajar kelas saya.
Ujian Taranum masa tu ikot senarai nama kelas.So, saya orang kedua lah kan.
Malam sebelumnya,saya hanya melakukan latihan biase2 saje.Selebihnya saya hanya membuang masa melayan YM kerana pada malam tersebut wireless clear 'giler'...
(maaf!bahasa agk kasar)...kuang3~
Saya sangat suka belajar taranum!!!Walaupun saya x memiliki suara yg agk baik,dan pengawalan nafas yang agk lemah...namun saya tetap yakin dan percaya,do the best beat the rest! dan Usaha itu Tangga Kejayaan.Hasil yang baik, lahir dari minat yang padu.wow!!
Lepas giliran Amar (first name in the list),giliran saya plak masuk
ke kelas ujian tersebut untuk menghadapi Ujian Taranum.
Saya berasa sedikit gelabah dan huru hara tatkala menjejak masuk ke
kelas ujian itu.Tangan saya menggeletar ketika menulis angka giliran dan tanda tangan pada
kedua2 kertas yg tersedia di atas meja tu.huh~~
Pada hemat saya,saya telah melakukan ujian tersebut dengan agak rapuh.
Tapi,Ustaz just berkata"Bagus!!.Ada belatih taranum tak dengan kawan2??"
Saya pun menjawab,"Ya,ada.Selalu juga belatih waktu2 jumpa kat masjid n tengah berjalan ke..ape ke..."
(ye ye jerk??)
komen saya terhadap bacaan dan taranum saya:
- suara tidak sesuai pada tempatnya.
- tajwid kurang bermutu.
- lagu ada kt certain2 tempat je.
- suara tak sampai pd harkat pertama lagu Hijaz.
- agak gugup.
- kena byk lagi belajar dan jangan malu2...
- tu je kot...byknye komen!!!
Alhamdulillah..
Lega yang teramat bila lepas...rakan2 perempuan saya yg berada di luar kelas
berkata bahawa muka saya merah.
Jawapan saya="segan dowh...tah pape ntah yg aku wt tdi..! dah lah suara tak sampai!!haha..."
(yeah3 dh lepas..)
Tu lah serba sedikit cebisan cerita yg boleh saya kongsikan di sini.
Saya x pandai nak susun ayat ar...
Sekalung apresiasi kepada Ustazah Syamsinar atas segala bimbingan yg diberikan kepada kami,pelajar2 PPISMP 1.03 selama ini.Jasamu dikenang sampai ke akhir hayat!!
-sekian-
tirai pon ditutup....
p/s: jgn kecewa jgn berputus asa, perlu bersabar walau sering dicerca, dia x faham kita cuba fahamkan, dgn penuh kasih sygkn umat, nabi tunjukkan....(lirik lagu Firman-Nya)
Friday, October 16, 2009
Ujian Amali Bahasa Arab 2
iQra'!!!mukjam bergambar ni byk jgk mmbantu aku...pendek kata,mukjam ni menjadi sumber inspirasi,dan rujukan aku lar..
(BM-Bi-BA-Jawi)
Biqulubil amin,,soalan yg ditujukan tidaklah sesusah yg aku sangkakan..Soalan2nya mengingatkan aku kepada format soalan PMR...(ada gambar,ada peta jalan,dan cara membuat kopi)..tol x???aku telah memberikan yg terbaik utk diri aku sendiri...selebihnya,aku hanya mampu bertawakal kepada Allah sahaja...
p/s: rasa lega sgt bila dh lps....huuu~
Tuesday, October 13, 2009
Ujian Amali Bahasa Arab 1
huhuhu....
Di pagi Isnin yang cerah nan indah,
Setelah tirai perhimpunan pagi di dataran dilabuhkan,
Kami pelajar-pelajar
kos Pengajian Islam & Al-Quran/Bi/BA
membuat persiapan untuk menghadapi satu
UJIAN AMALI BAHASA ARAB 1
(MAHARATUL ISTIMA')
=kemahiran mendengar=
Tempat:Dewan Besar Nik Muhyideen Musa IPG KPI
Tarikh:12 Oktober 2009
Hari: Isnin
Masa:9.30 a.m-11.00 a.m (1 Jam 1/2)
Kuliah2 yg terlibat: PPISMP 1.01-1.05
Jumlah Calon: 98 "kot...." (kurang pasti)
Sesungguhnya inilah pengalaman pertama kami menghadapi peperiksaan
yang berformat sebegini...Bagi diriku,pengalaman tersebut sangat2 manis dan bermakna..
Bahasa Arab Bahasa Syurga,Bahasa Al-Furqon..
Biqulubil amin,aku tidaklah 'nervous' sgt...bkn sbb dh pndai,bkn juga sbb dh cukup bersedia,barangkali tidak sabar untuk menimba pengalaman pertama
menjawab soalan tersebut....(ceh wah,,,mcm yakin plak aku ni)
Bagaimana pergerakan peperiksaan tersebut dijalankan??
Tidak perlulah untuk diulas panjang lebar...Cukup sekadar ekspresi dan kata hatiku saja yg berkalam di ruang ini.....Yg penting peperiksaan tersebut,aku xde nk komen ape2....sebab,ia akan kelihatan mudah bagi yg berusaha,dan mengingatinya....dan kelihatan sukar bagi mereka yg tidak/kurang berusaha....
Bak kata Ustazah Nor BaiyYah,penceramah bebas yg
aku sendiri kagumi ,"ANDA BUAT,ANDA DAPAT"
Alhamdulillah ujian tersebut selesai pada pukul 11.00 pagi...
Keluar dari dewan dan terus fokus pada komitmen & t/jwb2 lain yg ternyata membuat
kepala ku "demam" buat seketika waktu...
Aku hanya mampu berusaha,,,berdoa dan bertawakkal saja...padaMU Ya Allah Ya Karim..
p/s: keesokan harinya,ada UJIAN AMALI BAHASA ARAB 2 (MAhiratul Kalam)...
