Pembuka Bicara

Kesetiaanmu Kuhargai

Penyambut tetamu

Penyambut tetamu
Bismillahirrahmanirrahim...Assalammualaikum semua.Selamat datang dan aHLAN wasahlan ke blog ala2 Diari Hikayat Putera Nazrin ini.hahaha...Blog ini mengandungi kisah-kisah menarik,dan cerita-cerita suka dan duka dalam layaran kehidupan saya....Siapa yang x berkenan dengan blog ni,bley blar skrg eh ataupun tekan close terus.....huhu (x masal)..sekian terima kaseh!!..teruskan membaca dan selamat menziarahi blog saya ini...ngeh3...

Dimulakan Dengan...

Showing posts with label PeNdiDikaN::. Show all posts
Showing posts with label PeNdiDikaN::. Show all posts

Monday, October 18, 2010

exam mendatang


Pohon melati dibelai pawana,
Tumbuh melata tepian paya,
Peperiksaan kembali menggamit suasana,
Berjuang sama meraih jaya.

Bermuram durja sang pujangga,
Menatap seroja tepian titi,
Semester akhir semester tiga,,
PPISMP berlabuh PISMP menanti.




p/s: baru habis ujian amali qiraat sebenarnye ni...lepak dgn geng dkt bilik kaunseling....teringat masa kat SMKBM dulu,aku selalu ponteng kelas dan melepak di bilik kaunseling...best3...kat bilik tu jgk lah aku berlatih forum,pantun dan sebagainya....huhu...

ujian qiraat aku berlalu dgn agak sederhana....alhamdulillah....

Wednesday, October 13, 2010

Teks Pidato 3 minitkU


Bismillahirahmanirrahim,

999 bukanlah satu nombor misteri dan bukan juga nombor kecemasan.Nombor tersebut apabila ditambahkan dengan 1 akan menjadi 1000, dan apabila dikalikan dengan 1000 akan menjadi sejuta. Maka, jutaan terima kasih saya kuntumkan buat saudara/saudari pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, rakan-rakan seperjuangan serta hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Pada pagi Jumaat yang mulia ini, saya ingin menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU. Sesuai dengan slogan 1 Malaysia, kita juga seajarnya menguar-uarkan slogan 'Bahasa Melayu Didahulukan,Pencapaian Diutamakan.' Sesuai juga dengan statusnya sebagai bahasa rasmi dan digunakan secara meluas di negara kita, Bahasa Melayu sememangnya perlu diutamakan dan dipertahankan. Tambahan pula, Bahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan sebagai alat perpaduan kaum di negara kita. Selain itu, kita juga berharap agar Bahasa Melayu akan menjadi bahasa yang dinamik dan sentiasa mengalami proses penambahbaikan untuk menjadikannya relevan mengikut arus perubahan zaman.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Indikator saya yang pertama ialah memupuk kesedaran kepada anak-anak sejak kecil. Antara usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu adalah dengan cara memupuk kesedaran tentang betapa pentingnya Bahasa Melayu kepada anak-anak sejak kecil lagi.Oleh itu, kesedaran ini perlulah dipupuk dan dijana oleh ibu bapa dan guru-guru. Sebagai tamsilan, ibu bapa perlulah menggunakan Bahasa Melayu yang betul ketika bertutur dengan anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa wajarlah menerangkan tentang kepentingan Bahasa Melayu di negara kita dan sejarah Bahasa Melayu yang dijadikan lingua franca pada zaman keagungan kerajaan Melayu Melaka pada kurun yg ke-15. Sekiranya, kesedaran ini berjaya dipupuk kepada anak-anak kecil, ibarat pepatah Melayu 'Melentur buluh biarlah dari rebungnya', sudah pasti hasilnya akan terus berkekalan sehingga dewasa mahupun bila-bila.

Tak tumbuh tak melata,
Tak sungguh saya tak kata.

Indikator saya yang kedua pula ialah fakta yang mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan menerusi Akta 32 iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 pindaan 1994 perlulah diperkasakan. Dengan kata lain, kerajaan perlulah menguatkuasakan akta parlimen ini iaitu akta yang mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu di dalam urusan rasmi. Secara tidak langsung, sektor swasta perlulah akur dang patuh dengan undang-undang ini. Dalam pada itu, Pejabat Peguam Negara sedang meneliti pindaan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan Akta Pendidikan 1996 untuk memberi kuasa kepada Dewan Bahasa dan Pustaka mengenakan denda kepada sektor awam dan agensinya yang tidak menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan mereka, seperti pengendalian mesyuarat,penyediaan minit mesyuarat, urusan surat-menyurat dan majlis rasmi. Perkara ini haruslah dipandang serius oleh semua pihak keran kesalahan penggunaan bahasa tersebut boleh menyebabkan mereka didakwa dan seterusnya didenda. Justeru, Bahasa Melayu dapatlah dimartabatkan di negara kita.

Hadirin dan hadirat sekalian,
Secara totalnya, usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu perlulah dipergiatkan dari sekarang dan semua pihak juga perlulah sama-sama berganding bahu dan bersinergi dalam usaha memartabatkannya tanpa mengira kaum. Baka kata pepatah Melayu, bagai aur dengan tebing. Sekiranya perkara ini tidak diberi penekanan, takut-takut nanti Bahasa Melayu akan dipinggirkan pula.mahukah anda melihat kondisi ini?Sudah tentu tidak bukan. Maka,secara izharnya marilah sama-sama kita menggagahkan Bahasa melayu di persada dunia dan sama-sama menguarkan slogan Bahasa Melayu Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Sekian wabilahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.



p/s: testing2....pidato sempena Minggu Bahasa Kebangsaan (Abg Maula yg suruh aku perform)...pada hari Jumaat ini dan di cafe katanya...entahler....kalau ada rezeki dapatlah perform....huhu...alhamdulillah....Ya Allah....


Tuesday, August 3, 2010

Team Choral Speaking Kelas Saya


Pengalaman yg menyeronokkan buat diriku dan
sahabat2 PPISMP 3.03

Berlatih CHORAL SPEAKING bersama2 di kelas,
sgt2 menggembirakan dan menggamatkan suasana

walaupun kami x hebat seperti pasukan2 lain,
kami try utk berikan yg terbaik....

Terbaik wooo.....hohohohoiiii~

Let's check it OuT~~


Jadual Pertandingan..


Asyraf-conductor
Yatt-Director

Farah Husna-Team Manager


Ketekunan dan keseriusan...


peka bukan pekak


inilah kami....


yeah!!!!gambar aku ade....heee....


hopefULLY kite akan bergembira lagi seperti ini ye...haha...
malasnye aku nak taip pnjg2...tunjuk gmbo2 sudah....



p/s: tgh geram sbb xde bas utk pi PWTC utk Majlis Penutup Tilawah Quran.ishhh!!!




Wednesday, July 21, 2010

Lawatan Muhibbah JPP ke Afzan Lipis

Pada 18-19 Julai 2010,Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan AJK Biro Disiplin & Keselamatan
IPG Kampus Pendidikan Islam telah membuat satu Lawatan Muhibbah ke
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,Kuala Lipis,Pahang.

Perjalanan agak jauh jugak lar...tapi bez...sebab dpt tdo dlm bas...x masal....

Tujuan lawatan ni adalah untuk berkongsi maklumat dan resolusi
disiplin para pelajar dan pada masa yg sama untuk biro2 yg lain juga....

Selain itu,dapatlah kam i mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.Kami bermalam 1 malam di sana...selesa...Terima Kasih Afzan!!

Lanskap ini kelihatan sgt indah,dan menggoda
aku agar untuk mengambil gambarnya...huhu...


Situasi ini dirakam semasa sesi jalan2
di bilik diraja (Bilik VIP)...
depa kata bilik ni bukan senang2 nk masuk...tapi
senang je kitorang masuk....xde susah pOn...


Amende ni???
entah ler...aku x sempat nak bace apapepon...
bergambo je keje aku....
Tempat ini adalah Pusat Sumber...
dah mcm muzium dah aku tgk...lawah~


Lanskap ini cantik dan menyamankan...
Sebab tu lar aku amek gmbo ni...


Bersama Firdaus (Exco Kebajikan JPP IPG-KPI)
merangkap sahabatku....
di Dewan Kuliah....


Bersama Fazli,sahabatku juga...
merangkap AJK Biro Disiplin & Keselamatan IPG-KPI
di Dewan Kuliah....


Bersama Si Farah Husna..
beliau Naib Exco Kolej Kediaman JPP IPG-KPI...
This is my classmate also...


Saya di jambatan gantung AFzaN...
Jambatan ni adalah identiti utama IPG-KTAA...
bez giler....
Pelajar Lelaki kalau dari Kolej Kediaman nak p kelas,
wajib lalu sini lah....
Pelajar pempuan lalu tmpt lain....


Depan Blok Pentadbiran.....


Identiti yg dimegahkan oleh
warga IPG KAmpus Tengku Ampuan Afzan,Kuala Lipis...
Pusat Kecemerlangan PEdagogi Peribumi...
Pusat Kecemerlangan Bahasa Melayu...


Saya di jambatan gantung....


Blok pentadbiran ataupon kelas2....???
Saya x tahu.....


Blok diorang cantik sebab antara yg latest
kat malaysia ni...
x silap saya Tahun 2002 kot....


Di depan pintu masuk Pusat Sumber


Saya bersama Saudara Muhd Syafiq bin Abd Manaf
(YDP JPP IPG-KTAA)
beliau Semester 4 PISMP-Bahasa Melayu...


Kenangan beramai2....
Memori yg cukup2 indah.....


Bersama Pengarah dan Pensyarah IPG-KTAA.
Puan Kamsiah,En. Md Zin dan Ustaz Ismail Che Ku
pon ade jugak...


Kami pulang ke IPIS pada petang Isnin (19 Julai 2010)
dan sampai pada jam 9.15 malam....

Pengalaman yg sgt best berada di sana....mcm2 dpt tgk...huhu...


Sekian terima kasih!!


p/s:-byk lagi gambar yg x sempat aku amek...
-gambo kat Hutan lipur sebelah Afzan tu pon x sempat amek...
-tercetus satu konflik dalaman antara aku dan salah seorang sahabat aku mse kt afzan tu.Sampai sekarang, hubungan kitorang dah x seindah dulu....



Friday, May 14, 2010

Exam Mei 2010

Minggu depan saya exam! jadual dah dapat! taklimat pun dah pergi!

adakah engkau sudah bersedia??,jwpannya hmm....hehehe...

adakah engkau sudah stadi??,jwpannya roh exam blm dtg...bce awl tkot lupe...


Jadual peperiksaan saya adalah seperti yang berikut....

SELASA (18 mei 2010 ) : ENGLISH
RABU ( 19 mei 2010 ) : BAHASA ARAB
RABU (26 mei 2010 ) : PENGAJIAN ISLAM 1
KHAMIS (27 mei 2010 ) : PENGAJIAN ISLAM 2

ehem2..ade jadual tambahan hokeyh!!

5-10 JUN 2010 / 6-11 JUN 2010 kena g BTN....
sakit ati betul lar...

Wednesday, May 12, 2010

Memori berseri di PICC

Sesi bergambar bersama kelas saya PPISMP 2.03...
Terharu saya bile kite semua dpt join program ilmiah cm ni.
Pada masa yg sama,gembira saya melihat semuanya pakai blazer.
Serius cantik,cun,hensem....Mcm ni lah bagus....Kite kan cikgu...


Bersama Kita Mengintegritikan Diri Kita Masing-masing!!!
1 Kelas Berintegriti,Ustaz-ustazah 2.03 Melestari~


Merakam memori berseri di PICC
bersama sahabat2 yg lain...
Flowergurls and Flowerguys....
*Bunga2 cabut kt tepi2 pentas tu je...free saje...
Sekarang bunga yg saya amek tu tgh 'bugar' bernafas di bilik saya...huhu...


Pasukan Nasyid/Debat/Guru Cemerlang PPISMP 2.03...
(lawah gambor nie...kalau lelaki ramai kan bagos..lalala...)


Bersama Kepimpinan JPP2010/2011 IPG-KPI
yg turut serta dlm Kongres Integriti ini...


Tuesday, May 11, 2010

Kongres Integriti Di PICC

Assalammualaikum,Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia
(itulah lafaz yg acap kali telingaku dengar tatkala ucapan dimulakan sepanjang berlangsungnya kongres itu...)

kongres ape ni??

KONGRES INTEGRITI PEMIMPIN MAHASISWA 2010
yg bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC)
pada 11 Mei 2010...dengan tema
1 Malaysia Berintegriti:Mahasiswa Melestari
Ucap Utama oleh Y.B. Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin (Menteri Pengajian Tinggi)

semua ni anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Kementerian Pengajian tinggi...

Banyak IPTA,IPG dan Politeknik hadir dalam kongres tersebut.IPG Kampus Pendidikan Islam telah menghantar sebahagian besar Pembimbing Rakan Siswa dan Kelas PPISMP 2.03 ke sana.

Selama ini,asyik dengar je kalimah INTEGRITI tu,tapi x tahu ape maksudnye kan??Masa kat kongres ni lar kami berpeluang mendengar ceramah,forum dan bengkel berkenaan INTEGRITI....(owh ye kerw??)

Ni lah Aturcara Majlisnya...

7.45-8.30 pagi-Ketibaan peserta Kongres Integriti Pemimpin Mahasiswa.

8.45 pagi-Taklimat kongres oleh urus setia.

9.00-9.50 pagi-Sidang Plenari (ceramah Khas) dengan tema:"Memperkasa Integriti Mahasiswa-Isu dan Cabaran"..disampaikan oleh Prof.Dato' Ir Dr.Zaini bin Ujang (Naib Canselor UTM)

10.00-11.00 pagi-Sidang Plenari (Forum) dengan tema:"Integriti Pemimpin Mahasiswa:Merealisasi Harapan 1 Malaysia Berintegriti"...ahli panel 1-Prof Madya Dr.Asyraf Wajdi Dasuki Dato'Hj.Dasuki (Ketua Pengurusan Penyelidikan ISRA)..ahli panel 2-YB Dr.Sarjit Singh (Felow Utama Institut Penyelidikan Belia Negara- UPM)

11.15-12.10 tengah hari-Bengkel Integriti,Pembentangan Resolusi Bengkel...

1.10-2.15 petang-Makan tengah hari dan Solat Zohor

2.15-4.00 petang- majlis Bersama Y.B Menteri Pengajian Tinggi
-Ucapan alu-aluan Y.Bhg Tan Sri Mohd Sidek Haji Hassan (Pengerusi IIM).
-Ucap utama YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin (Menteri Pengajian tinggi)
-Pelancaran Rakan Integriti Mahasiswa (RIM)
-Penyerahan Resolusi Kongres oleh wakil mahasiswa.
-Ikrar Integriti Malaysia
-Bersurai
-Minum ptg
-Balik IPG KPI..huhu...


kenangan bersama PPISMP 2.03
di kongres integriti


dah macam pasukan debat yg menang bunga
dh aku tgk gmbo ni...


kenangan di kongres integriti


kenangan bersama
farah,riha,acap,amar


Wednesday, November 11, 2009

kembali beraksi

ehem,ehem,ehem..
Assalammualaikum...


Berkurun lamanya ana x berblogging kt sini...
bukan kerana malas,bukan jua kerana internet problem,
bkn jua kerana xde cerita2 menarik....


TaPi


sebab fokus pd study utk exam....
(ceh wah,mcm bagus plak...)
biase2 je...xde yg yg bagus pon tntg ana ni...


setelah membaca cerita2 kt blog Reha,Senah Jongos,dan Zaimah,
ana kembali mulakan rentak blogging dalam fasa dan nafas baru...

manenye x nafas baru!!!dh pnt ana study n menghadap fail2 n buku2
sepanjang 2 minggu exam sblm ni...
huhu...
(rajin betul bdk ni!!!)


setelah berjaya menempuhi keempat-empat paper
yg menyeronokan,
ana nk komen2 ar cket pasal tahap kebengongan paper tu sume....



:::Paper Bahasa Inggeris:::
-peh!!!susahnyer...
mcm x caye je yg ana kene hadap subjek
yg ana x pernah dpt A tu lagi...
-blur giler mase jawab soklan summary n soklan pemahaman..
x faham pape sioot...
-hentam saje lar...
-masa sgt cemburu giler dgn ana...
mase x cukup wei..
-jwb essay kelam-kabut...grammar hanco!!
-rase2nye mrkh ana utk bi ni mcm 12/50 jerk!!
-tawakal ilaihi khoiron~



:::Bahasa Arab:::
-jeng3...agk2 sng ke susah???
-much better dari bi kot...
-objektif ok,struktur dan esei lenjan je!
-dipermudah oleh Allah utk berilham dan
menulis di ats kertas jwpn tersebut..
-whatever ana serahkan segalanya pd Allah...



:::Pengajian Islam 1
(Tajwid+Jawi+Akhlak):::
-hmmm.....nk ckp cmne ek??
-tapi yg penting soklan esei ana jwb tntg akhlak
memang pulun habis...
kalo krngn BM bley dpt 1A Satu/A++
hahaha....
-tapi ana ade wt selek cket..
yg tulisan khot nasakh n ruq'ah
ana tulis pakai pen dkwh basah je...
malas ar nk pakai pen khot betul2...
huhu...
(5 markah totally utk khot tu,
tapi mintak2 dpt poin..1/2 mrkh pon cukup ar..)
-bhagian tajwid ade susah cket je...
-overall puas ati n alhamdulillah...
-tawakkal ilaihi daiman jaiyida..



:::Pengajian Islam 2
(Tarannum+Aqidah):::
-Subjek faveret ana tuu...
-Study betol2 utk sbjek2 ni...
Walaupun last paper,perjuangan tetap diteruskan..
huhuhu...
-Soklan mudah,idea n ingatan Allah beri kt ana
dgn baik...
DIA perkenankan DoA ana
dan DIA maha pemurah dan penyayang..
-Soklan tentang hadis palsu dan pemikiran semasa paling
bezz!!
-Habis exam...
-Tawakkal,berserah dan pasrah...
hUH...
BESNYER DH HBIS EXAM NI..
bley kaco org n pkir nk balik kg...
(x yh nk pkir2 lagi cz skrg ni kt kg ar ni...hahaha)
adoiyai~
byknyer cerita ana sbnrnye spnjg
x berblogging ni...
smpai x larat nk menaip-naip ni lagi....
cukup ar utk cerita exam ni dulu..
daaa~

Thursday, November 5, 2009

akan tiba..

“Macam mana ni,peperiksaan dah dekat sangat. Ana tak habis ulangkaji lagi.. Habislah ana.. mesti tak dapat jawab. Gagallah ana nanti..”

“Peperiksaan?... ala.. Janganlah cakap tentang hal ni.. saya takut..”

“Mestilah belum bersedia.. Aku rasa kalau aku cuba sedaya upaya pun, aku tahu, tak akan sempat aku habiskan ulangkaji semua subjek tu…”


Inilah luahan-luahan yang sering dan mungkin selalu kita dengar apabila menjelangnya peperiksaan. Apabila menjelang peperiksaan, hati semakin berdebar-debar.

Tahap kerisaun mula meningkat. Pemikiran pun mulalah memikirkan pelbagai perkara-perkara negatif yang mungkin akan terjadi. Pemikiran itu kemudiannya pula ditafsirkan oleh otak dan diubah kepada gambaran-gambaran.

Ana, yang juga merupakan salah seorang mahasisiwi amat memahami keadaan yang digambarkan di atas dan turut jua melaluinya.

Peperiksaan adalah lumrah kehidupan. Kita sememangnya tidak dapat melarikan dirinya. Walau apapun jua, jika kita masih lagi memegang “title” sebagai seorang pelajar atau mahasiswa,mahasisiwi, peperiksaan itu memang tidak dapat dielakkan.

Ya,benar, kita tidak dapat lari darinya, tetapi, tidak mustahil kita tidak dapat mencuba untuk menghadapinya dengan sebaik-baik kemampuan kita. Peperiksaan bukanlah sebuah beban.

Peperiksaan merupakan kayu ukur untuk mengukur sejauh mana tahap pemahaman kita akan sesuatu perkara yang sudah dipelajari.

“Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran”
( surah Al-Asr: 1-3)

Masa itu ibarat pedang, sekiranya kita tidak mencatasnya, ia pula akan memotong kita. Masa ibarat senjata tajam yang bernilai apabila dimanfaatkan dengan sebaiknya, tetapi sebaliknya akan berlaku sekiranya masa dibazirkan begitu sahaja.

Menurut teori as-Syahid Imam Hasan Al-Banna, masa merupakan kehidupan. Sesiapa yang mengisikan masa dengan hal-hal yang tidak berfaedah, maka dia telah membuang kehidupannya. Hidupnya seperti tiada erti dan nilai.

Masa kian suntuk. Peperiksaan semakin hampir. Bagaimana kita hendak menghadapinya? Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk kita mencuba melakukan yang terbaik dalam peperiksaan adalah dengan menggunakan masa yang singkat itu untuk melakukan ulang kaji pantas.

Berikut adalah langkah-langkahnya:

1. Semak bahagian yang sukar. Fahami dan kuasai topik tersebut. Buat latihan yang berkaitan dengan subjek tersebut dan semak jawapannya. Lihat dan fahami rangka jawapan yang diberi

2. Bagi topik yang mudah, bukanlah perlulah diabaikan. Tetapi, buat banyak latihan dengan pantas. Ini dapat menambahkan keyakinan pada hari peperiksaan itu nanti

3. Ulang kaji kembali nota-nota ringkas yang dibuat sebelum ini. Jangan baca nota yang panjang lebar. Ini dapat mengelakkan perasaan panik apabila melihat isi kandungan yang banyak yang perlu dibaca

4. Jangan terlalu bimbang atau resah. Teruskan mengulangkaji dengan kaedah yang betul. Selain mengulangkaji pelajaran, masa yang masih lagi ada itu, haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyiapkan diri dari segi fizikal,emosi, mental dan rohani.

Persiapan fizikal termasuklah dengan mengambil makanan yang seimbang dan mengikut waktu makan yang betul. Hal ini dapat menjaga kesihatan dan turut memberi tenaga dan stamina kepada badan untuk terus mengulangkaji pelajaran. Aktiviti-aktiviti riadah juga tidak patut diabaikan.

Dari segi mental pula, fikirkan yang positif dan yakin pada diri. Percaya bahawa kita telah berusaha dan kita yakin untuk menghadapinya. Fokuskan diri pada apa yang diinginkan dan buang perasaan risau dan resah. Elakkan daripada memikirkan perkara negatif yang dapat terjadi.

Emosi turut juga terganggu apabila menjelang peperiksaan. Maka emosi kita turut juga perlu disiap sediakan untuk bertempur di medan peperiksaan nanti. Kawallah emosi dan cuba elakkan daripada melibatkan diri dengan konflik-konflik yang dapat menjejaskan “mood” belajar kita.

Muhasabahlah diri selalu dan fikirkan setiap kejadian ada hikmahnya. Dekatkan diri kepada-Nya dengan amalan-amalan solat-solat sunat, dan membaca Al-Quran.

Sesunggunhnya Allah mengatakan hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang. Dari segi rohani adalah dengan memperkukuhkan lagi hubungan kita dengan Maha Pencipta.

Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Maka berhubunglah dengan-Nya dan panjatkanlah doa kepada-Nya dengan seikhlas-ikhlas hati dan serendah-rendah diri ini sebagai hambanya.
Berdoalah agar dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

Seelok-eloknya, sebelum mula ulangkaji, maka lakukanlah ibadat solat taubat dan hajat, pinta moga mudah memahami dan mengingati pelajaran tersebut. Selain itu, pohonlah restu dari ibubapa dan guru.

Jangan melukai hati mereka. Percayalah wahai pejuang di medan pertempuran peperiksaan, kerja yang dilakukan hari ini akan menyelamatkan kita hari esok. Tiada yang dilakukan di dunia ini sia-sia kecuali perkara yang sia-sia itu sendiri.

Maka gunalah masa yang suntuk ini dengan sebaik-baiknya. Jadilah seorang penuntut ilmu yang cekal hatinya, yang teguh pendirian dan azamnya, yang tidak mudah dipatahkan dengan cabaran yang menimpa. Jadilah seoarng penuntut ilmu yang patuh dan tunduk kepada Yang Maha Pencipta, yang mempercayai dengan sebulat keyakinan akan kekuasaan Azza Wa Jalla yang menentukan segala-galanya.

Usahlah resah dan gelisah, tetapi bangkitlah, wahai mujahidin, mujahidah. Janganlah gentar dalam berjihad menuntut ilmu dalam mencari keredhaan-Nya. Study itu jihad. Selamat berjaya dalam peperiksaan.

Thursday, October 22, 2009

AJK Tertinggi PENDIDIK PPISMP 1.03

=====================================

AHLI JAWATANKUASA
PERSATUAN PENDIDIKAN ISLAM
(PENDIDIK)
PPISMP 1.03 AMBILAN JULAI 2009
IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

======================================


++Penasihat++
Ustazah Zulina binti Ahmad Zawawi


++Pengerusi++
Amar bin Zulkarnain


++Naib Pengerusi++
Nurul Syahirah binti Mohd Zelani


++Setiausaha++
Nur Zahriha binti Mohd Jawawi


++Naib Setiausaha++
Siti Farhani binti Abu Bakar


++Bendahari++
Nur Syafiqah binti Yakcob


Lajnah Akademik++
Mohd Izzudeen bin Othman

Lajnah Kerohanian++
Mohamad Nazrin bin Abdullah

Lajnah Disiplin++
Muhammad Nazri bin Md Yunos

Lajnah Multimedia++
M.Asyraaf Azhar bin Nor Adzman

Lajnah Kebajikan++

Siti Zurina binti Abdul Gaffar




Pertemuan diadakan pada setiap hari Khamis,
pada pukul 2.30 hingga 4.30 petang..
pelbagai aktiviti menarik diadakan...
(menarik ke??)



akhir kata....
"Bersama Menjana Ummah Gemilang"


Jangan SENGSARAKAN diri anda ke lembah kebinasaan!!!!



p/s: teringat plak kt lagu nasyid FIRMAN-NYA...


Wednesday, July 8, 2009

PPSMI dimansuhkan...

"Kita sebagai generasi muda sewajarnya mengambil info sedikit-sebanyak tentang isu semasa kini,lebih-lebih lagi dalam bidang pendidikan negara dinihari....Informasi mengenai transformasi pendidikan kini melibatkan banyak pihak untuk didiskusikan bersama bagi memberi impak positif dan kepuasan hati kepada negara mahupun rakyat jelata.." (dengarkanlah kata hati ku ini)
CoPy paSte je dari BERITA HARIAN (9/07/09):

Sains, Matematik kembali diajar dalam BM pada 2012
PUTRAJAYA: Kabinet semalam meluluskan strategi baru untuk memartabatkan bahasa Malaysia serta memantapkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan. Ini selaras dengan keputusan kerajaan untuk melaksanakan semula Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia, berkuat kuasa pada 2012. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil pula dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.
Pada sidang medianya di sini, beliau yang juga Menteri Pelajaran, bagaimanapun berkata penguasaan bahasa Inggeris akan terus ditingkatkan dengan me-nambah baik pengajaran dan pembelajaran subjek berkenaan. Pada 2003, kerajaan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), tetapi mendapat bantahan pelbagai pihak terutama pejuang bahasa yang mahu dasar itu dikaji semula. Muhyiddin menjelaskan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia akan bermula secara bertahap bagi Tahun Satu dan Empat di sekolah rendah serta Tingkatan Satu dan Empat di sekolah menengah pada 2012, tetapi tidak membabitkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi.

"Untuk memastikan pelaksanaan strategi baru itu tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti PPSMI, pengajaran dan pembelajaran untuk kedua-dua mata pelajaran itu akan dibuat dalam dwi-bahasa sehingga kohort terakhir PPSMI tamat pada 2014," katanya. Sambil menolak andaian keputusan itu dibuat akibat tekanan mana-mana pihak, Muhyiddin menegaskan: "Kerajaan mengambil keputusan ini setelah meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai PPSMI yang menunjukkan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan sebagaimana yang dihasratkan. "Apa yang dilaksanakan ialah PPSMI/BM, iaitu guru mengajar subjek Sains dan Matematik dalam dwi-bahasa, iaitu bahasa Melayu dan Inggeris."

Pemantauan kementerian pada 2008, katanya, mendapati hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. Selain pemantauan kementerian, Laporan Trends in Mathematics and Sciences Study 2007 juga menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam subjek Sains merosot daripada tangga ke-20 pada 2003 ke-21 pada 2007. Bagi subjek Matematik pula, laporan sama menyatakan kedudukan murid Malaysia merosot daripada tangga ke-10 pada 2003 kepada ke-20 pada 2007. Kajian universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah di tahap nominal, iaitu tidak melebihi tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI yang bermula sejak 2003. "Berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin bahawa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid, iaitu Melayu di sekolah kebangsaan dan menengah dan bahasa Cina dan Tamil di SJK Cina dan Tamil," katanya. Mengenai langkah untuk memartabatkan bahasa Malaysia, beliau berkata, kementerian akan melaksanakan transformasi kurikulum bahasa itu di sekolah rendah dan menengah dengan memberi fokus kepada asas kemahiran berbahasa menerusi pendekatan modular bersepadu meliputi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, penguasaan tatabahasa dan seni bahasa. "Pada peringkat sekolah menengah, transformasi kurikulum bahasa Malaysia akan memberikan penekanan kepada penghayatan dan apresiasi aspek kesusasteraan Melayu di samping memantapkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca membaca, menulis, penguasaan tatabahasa dan seni bahasa," katanya. INFO: Kelemahan PPSMI
Peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53 hingga 58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi subjek Sains dan Matematik.
Hanya sebahagian guru Matematik dan Sains di sekolah menengah dan rendah yang mengambil ujian Penilaian Tahap Profisiensi bahasa Inggeris pada 2008 mencapai tahap profisiensi.

Peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam UPSR 2008 merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus sekolah luar bandar.
Peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam UPSR 2008 untuk subjek Matematik bagi murid bandar merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus, luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus.
Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam subjek Sains dan Matematik semakin melebar.