Bismillahirahmanirrahim,
999 bukanlah satu nombor misteri dan bukan juga nombor kecemasan.Nombor tersebut apabila ditambahkan dengan 1 akan menjadi 1000, dan apabila dikalikan dengan 1000 akan menjadi sejuta. Maka, jutaan terima kasih saya kuntumkan buat saudara/saudari pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, rakan-rakan seperjuangan serta hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.
Pada pagi Jumaat yang mulia ini, saya ingin menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU. Sesuai dengan slogan 1 Malaysia, kita juga seajarnya menguar-uarkan slogan 'Bahasa Melayu Didahulukan,Pencapaian Diutamakan.' Sesuai juga dengan statusnya sebagai bahasa rasmi dan digunakan secara meluas di negara kita, Bahasa Melayu sememangnya perlu diutamakan dan dipertahankan. Tambahan pula, Bahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan sebagai alat perpaduan kaum di negara kita. Selain itu, kita juga berharap agar Bahasa Melayu akan menjadi bahasa yang dinamik dan sentiasa mengalami proses penambahbaikan untuk menjadikannya relevan mengikut arus perubahan zaman.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Indikator saya yang pertama ialah memupuk kesedaran kepada anak-anak sejak kecil. Antara usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu adalah dengan cara memupuk kesedaran tentang betapa pentingnya Bahasa Melayu kepada anak-anak sejak kecil lagi.Oleh itu, kesedaran ini perlulah dipupuk dan dijana oleh ibu bapa dan guru-guru. Sebagai tamsilan, ibu bapa perlulah menggunakan Bahasa Melayu yang betul ketika bertutur dengan anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa wajarlah menerangkan tentang kepentingan Bahasa Melayu di negara kita dan sejarah Bahasa Melayu yang dijadikan lingua franca pada zaman keagungan kerajaan Melayu Melaka pada kurun yg ke-15. Sekiranya, kesedaran ini berjaya dipupuk kepada anak-anak kecil, ibarat pepatah Melayu 'Melentur buluh biarlah dari rebungnya', sudah pasti hasilnya akan terus berkekalan sehingga dewasa mahupun bila-bila.
Tak tumbuh tak melata,
Tak sungguh saya tak kata.
Indikator saya yang kedua pula ialah fakta yang mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan menerusi Akta 32 iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 pindaan 1994 perlulah diperkasakan. Dengan kata lain, kerajaan perlulah menguatkuasakan akta parlimen ini iaitu akta yang mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu di dalam urusan rasmi. Secara tidak langsung, sektor swasta perlulah akur dang patuh dengan undang-undang ini. Dalam pada itu, Pejabat Peguam Negara sedang meneliti pindaan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan Akta Pendidikan 1996 untuk memberi kuasa kepada Dewan Bahasa dan Pustaka mengenakan denda kepada sektor awam dan agensinya yang tidak menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan mereka, seperti pengendalian mesyuarat,penyediaan minit mesyuarat, urusan surat-menyurat dan majlis rasmi. Perkara ini haruslah dipandang serius oleh semua pihak keran kesalahan penggunaan bahasa tersebut boleh menyebabkan mereka didakwa dan seterusnya didenda. Justeru, Bahasa Melayu dapatlah dimartabatkan di negara kita.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Secara totalnya, usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu perlulah dipergiatkan dari sekarang dan semua pihak juga perlulah sama-sama berganding bahu dan bersinergi dalam usaha memartabatkannya tanpa mengira kaum. Baka kata pepatah Melayu, bagai aur dengan tebing. Sekiranya perkara ini tidak diberi penekanan, takut-takut nanti Bahasa Melayu akan dipinggirkan pula.mahukah anda melihat kondisi ini?Sudah tentu tidak bukan. Maka,secara izharnya marilah sama-sama kita menggagahkan Bahasa melayu di persada dunia dan sama-sama menguarkan slogan Bahasa Melayu Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
Sekian wabilahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
p/s: testing2....pidato sempena Minggu Bahasa Kebangsaan (Abg Maula yg suruh aku perform)...pada hari Jumaat ini dan di cafe katanya...entahler....kalau ada rezeki dapatlah perform....huhu...alhamdulillah....Ya Allah....
5 comments:
Nak minta Pidato 3 minit yang best nih......Tq sebab selamatkan saya. Jenuh cari pidato untuk budak. Last minit Gb bagitahu ada HAri bahasa kebangsaan minggu depan.... Thanks ya...
ok...boleh...
uitt naz.. ko xgigil kew dri dpn pnts..
Harap2 teks pidato ni boleh bagi menang saya laa... Amin kan Yew ��
Post a Comment