Pembuka Bicara

Kesetiaanmu Kuhargai

Penyambut tetamu

Penyambut tetamu
Bismillahirrahmanirrahim...Assalammualaikum semua.Selamat datang dan aHLAN wasahlan ke blog ala2 Diari Hikayat Putera Nazrin ini.hahaha...Blog ini mengandungi kisah-kisah menarik,dan cerita-cerita suka dan duka dalam layaran kehidupan saya....Siapa yang x berkenan dengan blog ni,bley blar skrg eh ataupun tekan close terus.....huhu (x masal)..sekian terima kaseh!!..teruskan membaca dan selamat menziarahi blog saya ini...ngeh3...

Dimulakan Dengan...

Showing posts with label ::sAjaK aKu::. Show all posts
Showing posts with label ::sAjaK aKu::. Show all posts

Monday, November 15, 2010

Tangisan Dalam Perpisahan


Assalammualaikum pembuka hikayat..
Semoga semuanya dalam keadaan sihat...
Kesebakan dada mcm ner nak rawat...
Almaklumlah perpisahan tu kan sebuah hakikat..
marilah saksikan saya berhikayat...
hmmm....

Saya baru sampai di rumah ni sebenarnya.huhu...alhamdulillah...Terima kasih kepada Saudara Razi kerana sudi menghantar saya bersama2 Saudara Hafiz (roomate saya) dan saudara Najib pulang ke kg halaman masing2. Mereka pulang ke Pontian dan Johor Bahru...saya pula pulang ke Tangkak Johor yg mana ia merupakan lokasi yg agak dekat dari Bangi dan hanya mengambil masa perjalanan 1 Jam Setengah sahaja.Ya, memang sekejap...Tak jem..pandu pon secara laju...so cepat sampai lah...credit to Razi..lalala...Mereka telah berekfes nasi goreng pedas di rumah saya.Saya suka dan gembira kerana mereka sudi ke rumah saya...pastinya saya akan menanti kedatangan sahabat2 lain juga untuk bertandang ke rumahku ini...

Terima kasih kepada Daus,Hakim dan 'abang' yg sudi dan bersusah payah menhantar kami ke kereta razi dan menyaksikan keberangkatan pulang kami!!very nice very sweet...dah mcm nk hntar org gi Mekah je aku tgk...(kata2 Razi)...masing2 sebak waktu tu walaupun tgh tersenyum~

Sebenarnya setelah berlalunya peperiksaan Pengajian Islam 2 semalam, seperti biasa kegirangan dan kebebasan segar sangat jelas terpancar pada riak2 wajah saya dan teman2 lain.merdeka katanya!!!kata saya pula bagaimana???hmmm...

Tujuan sebenar entry ini dilakukan ialah untuk bercerita dan berhikayat tentang perkara2 yg berlaku semalam pada sebelah malam dan pagi tadi....(malam sebelum nak balik kampung)...

Sememangnya perpisahan itu sgt sayu dan sebak untuk dihadapi kan???Sehingga sekarang mata saya masih merah dan bersinar kelembapan...Asyik2 teringat sahaja pada dia dan dia serta mereka...Tambahan pula perpisahan itu tercanai menerusi 2 insan ataupun sekelompok insan yg kita sayangi dan rindui.Tidak kunafikan kesedihan itu sentiasa ada di atma ini bila bercakap tentang perpisahan...(teringat pula pada lagu Syahir-kebahagiaan dalam perpisahan,lagu tentang Kita,dan Sebuah pertemuan yg begitu mendalam maknanya)..Byk lagu yg berkonsepkan perpisahan,kasih sayang bermain2 di gawang minda ini...ooohhh~

Saya sayang abg2 semester 8 sgt sgt!!!

batch itulah yg saya kagumi,rapati,dampingi,sayangi,hormati,mesrai,ketawai,tangisi dan banyak lagi...Saya memang x boleh tipu diri sendiri jika saya katakan bahawa jiwa dan chemistry yg paling serasi dgn saya selepas batch saya ialah batch Sem 8/2010/final sem..
batch yg paling saya suka dan sgt selesa bila berkawan dan berbual2...gurauan melampau,gelak tawa besar tanpa rasa malu pun dgn batch sem 8 ni...

Abg Shahrel...Abg Alif Kassim....Abg Nan...Abg Yasir...Abg Ashraf...Abg Shahrin...Abg Faiz Molek..Abg Pok Nik...Abg Jang...Abg Amru...dan yg lain2...

biarpun jarak umur dan kesenioran itu agak jauh sedikit..itu bukan penghalang bagi saya,namun itulah peluang sebenar bagi saya mengenali mereka,memahami mereka,menghargai mereka,menghormati mereka,menggembirakan mereka dan banyak lagi...gembirakah mereka???hahaha....sgt2 seronok berkenalan dan berkawan dgn abg2 sem 8 ni!!!

Malam semalam saya telah meluangkan sisa-sisa masa saya dan serangkum ruang atmosfera saya bersama 2 org abang tersayang saya...mereka berdua sgt2 bermakna bagi diri saya..Jika saya sebutkan namanya di sini,sudah pasti ade segelintir pembaca blog ini mengenalinya..(sebenarnya dah ade dinyatakan namanya di atas).

Mereka berdua membawa aku kepada suatu dimensi yg aku sendiri tidak pernah lalui selama ini.Bila rasamu itu rasaku dan Bila Rasaku Ini rasamu...pastinya apa yg engkau rasa aku pun merasainya juga...serius!

Abg Shahril

Kesebakan,kesedihan,terasa akan kehilangan,terasa perpisahan,dan terasa kesayuan yg amat mendalam adalah antara emsoi yg kami rasai tatkala itu.Pastinya saya sebagai seorang insan yg berjiwa sensitif dan beremosi tinggi begitu mudah untuk saya mengalirkan air mata bercahaya yg pastinya penuh makna.Ya,penuh makna..Lebuhraya perhubungan kami sebagai abang dan adik sepanjang saya berada di IPG Kampus Pendidikan Islam ini walaupun sedetik tetap terasa begitu pantas berlalu dan semestinya meninggalkan mercu tanda bermakna bagi diri saya.Bukan konsep kekasih dan cintan cintun yg saya maksudkan,akan tetapi konsep adik beradik,dan abang adik yg saya cuba interpretasikan di sini.Dia nyanyikan untukku lagu bertemakan perpisahan..kesayuan untukku di kala aku mahu lelapkan mata..Syahdu sungguh,lantas mengalir jua air mata ini.Terkaku.Tidak berkata-kata.Terkelu lidah.Redho.Pandang ke depan.

Abg Alif Kassim

Dia pula sering kali nyanyikan aku lagu2 nasyid di depanku...asyik nasyid,nasyid je!!!aku suke...ape yg die suke insya'Allah aku suke...(kendurkan janji kita dgn melafazkan kat Insya'Allah)..betol x bang???...dia mendidikku dgn berhemah dan tenang...senyumanya mendamaikan...kemerahan matanya meresahkanku namun membahagiakan jika dihayati tujuannya...

hmmm...kalau nak dipuji kebaikkan mereka berdua ni sampai esok pun x habis aku menaip ni...so sikit2 pujian je kat sini...secukup rasa!!

Masa begitu pantas berlalu,terasa deras sekali dirasai.Mengapa??inilah hakikat yg perlu kita sama2 lalui agaknya...senyumanmu yg bersulamkan kesayuan itu tidak boleh menipu diriku untuk aku fahami apa yg tersirat di hatimu wahai abang...Usah bersedih sgt ye...

Pertemuan--->Perpisahan---->Pertemuan

Katamu,perkenalan kita singkat.Bagi saya yg singkat dan sekejap itu sudah cukup untuk saya merasai kegembiraan,merasai kesenangan,merasai gelak tawa,merasai rindu,merasai tangisan,merasai suka duka,merasai kasih,merasai sayang dan banyak lagi.
Sayang dan Rindu lebih berharga bila tiada...

Aku sayang kedua-dua abangku itu.

Kita saling berkongsi cerita dan rahsia.Banyak rahsia engkau yg aku tahu.Dan ada juga rahsiaku yg engkau ketahui.Engkau mendengarnya dgn penuh tenang dan memahami.Biarpun ada sengketa kecil yg berlaku antara kita dulu,namun bagi saya semua itu pengajaran bagi saya dan telah menambahkan rasa sayang dalam diri kita sebenarnya...Engkau semakin memahami~

Motor AGL dan KCH acap kali kurenungi.Kereta BFG juga.Namun kini sudah tiada kereta itu.Perpisahan juga timbul di situ antaramu dgn keretamu...huahuahuahua....Ku menemanimu menjual keretamu itu...ya kan???

Aku tidak cemerlang bermadah indah mengukir aksara2 mutiara cantik untukmu.Cukuplah sekadar sayang,rindu,menghargai,ingatan,doa tulus,keikhlasan,perkongsian,dan kebersamaan singkat kita itu untuk aku ingati sampai bila2.

Selepas ini,kau berdua akan meninggalkan bumi IPG KPI ini dengan penuh keberatan.Berat juga untukmu tinggalkanku di sini.Aku rasa apa yg kau rasa.kau menangis aku menangis.Aku gembira engkau gembira.Senyumanmu senyumanku juga.Tak begitu??Indahnya hubungan sayang adik beradik ini.Aku tak pernah rasa memiliki abang,tiada abang kandunglah katakan...huhu...(kasihan),,,kau berdualah yg memaknakan erti adik abang bagiku di sini dan semestinya untuk selamanya.kaulah penyeri kaulah lagu....(teringat lagu Aizat-Pergi)

Aku tidak akan melupakanmu.Aku akan ingati dan laksanakan apa yang kau nasihatkan.
Jaga diri...jaga diri...jaga diri...
Ya!!!aku akan menjaga diri aku dengan sebaik-baiknya.


Pada masa yang sama,aku pun menyayangi dan sesekali tidak akan melupakan teman2ku iaitu Firdaus,Hakim Najmi,Haziq jaafar,Razi,Akmal poland,Hafiz (roomateku) dan yg lain2.Apalah makna kebahagiaanku jika tiada kalian.Untuk korang,nak apa semua pun boleh...Tak kisah...Kita berkongsi bilik sepanjang proses wiring dilakukan..keserabutan bilikku aku abaikan dulu.Yg aku pentingkan ialah keriangan persahabatan kita,kebersamaan kita,gelak tawa beso kita,gurauan kasO kite dan banyak lagi yg kita lakukan bersama.Aku sayang dan rindukan semua itu!!!Kita akan berjumpa lagi dalam semester 1 PISMP tahun depan ye..sem depan....

Aku akan menyambung cerita suka duka ini dalam keluaran yg seterusnya.Aku sudah penat menaip dan perlukan rehat pastinya!!!Aku akan terus berhikayat dan bercerita di sini!!!

Family saya semua ade kat rumah ni...gembira saya!!!
diorang tgh sbuk2 kat dapo tu haa...saya pulak hadap laptop..hahaha...

SAYA SAYANG SAHABAT-SAHABAT SAYA!!!

SAYA SAYANG ABG SAYA!!!

SAYA SAYANG ABANG-ABANG SEMESTER 8!!!

AKhir kata daripada saya:::



Monday, October 25, 2010

Yang SempurnakankU

Langkahku ke kelas pada hari ini
Seawal 7.45 pagi secara keseorangan,
adalah perkara biasa yg aku lalui kebanyakan hari
Sudah biasa bersendiri dan berdikari
Namun tidak sesekali akan aku lupakan kpd insan yg byk memberi..

Memberi apa?
Memberi sepenuh kasih dan sayangnya untukku,
Sangat indah....
Memberi senyuman dan tawa lucunya dahulu padaku,
Waa...cerianya...
Cemburu remeh yg aku serlahkan...
Le eleh,jeles ar tu....
Senang kata,
Memberi segalanya yg indah untukku,

Memori kita sentiasa bersemadi segar
dalam minda dan hatiku ini,
Biar kau tahu bahawa
kau sentiasa bersama dalam ingatanku,sebutanku setiap hari...
Bukan umpatan keji yg kulafazkan...
namun pujian mulia yg kulafazkan untukmu...
Sepertimu jua,
tiada benci bersarang di hatiku,
Hanya rindu...dan kebahagiaan kini yg ada,
Sulaman memori kita tetap tercipta tiap detik aku bernafas...

Kau seorang arjuna hebat...
Kuat...MEMAHAMI tahap maksima...
ku pinta kau beri...ku x pinta juga kau memberi...
aduhai...betapa MEMAHAMINYA engkau...
Saat kewangan ku tandus..kaulah peminjam...
di saat ku memulangkannya semula pada kau...kau menolak....
begitu juga dgn pemberianmu padaku,
x pernah sedikit kau pinta dibalas...

Biar seketika...
Ada maknanya...
Ada manisnya....

Jika aku perkenalkan KEBAHAGIAAN PERPISAHAN padamu...
Kau juga apa kurangya..
DAN BILA ESOK nyanyian Sofaz minatmu....
Masuk kereta je dgr lagu tuu...

Di dalam hati selalu tersimpan
rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
kau diam tanpa kata
saatku ungkap semua rasa

Di saat ku ingin dekat denganmu
kau semakin jauh meninggalkanku
dan kau diam tanpa kata
saatku ucap semua rasa

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
tuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
tuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya


Pesanan terakhirmu akan ku semai suburkan dalam
nyawa ini...sampai akhir nanti...

Tidak lama lagi kau akan hilang terus dari pandanganku di sini,
Terus berjuang menyebarkan ilmu,
Mendidik anak bangsa,
Berimpian menjadi seorang murabbi,muaddib berjaya,
Sabah?Sarawak?Pahang??Kedah?????????hmmm.......

Bohong kalau aku x sedih...
Bohong kalau aku x rindu....
Bohong kalau aku xde rasa ape2....

kasih dan sayangku padamu menjadi punca,
Tetap ada..tetap wujud sebenarnya...
Biarpunku sgt egO dalam hal ini...
Kau tidak kisah kan...
Itu adalah aku....
walaupun aku begini dan begitu,
kau tetap menerimaku dengan kasih mesra...

Pertelingkahan kecil lalu kita pulihkan bersama....
ooohh......sungguh memilukan kini...

Usah kau menangis....
Aku juga tidak menangis....
Teruskan senyumanmu seperti kau senyum pada mereka....
Ku tetap anggap senyumanmu pada mereka
adalah senyumanmu padaku juga...
Menumpang sama alkisahnya....

Ini bukan luahan duka dan derita....
Ini bukan juga sekadar hikayat ADIK Nazrin...
Ini sedikit cerita apa yg daku rasa...

Kau tetap indah segar di hatiku,
Sebagai Abang...
Tak pernah yg pertama selain kau di sini....

kau bawaku ke Kedai makan atas bukit itu sewaktu awal perkenalan....
Ku ingati...
Dan kini aku jadikan tempat itu adalah tempat setiap hari aku menjamu selera malam
Bersama teman-temanku..
ternyata mereka sgt tertarik dengan promosiku...
Terpamer satu rasa rindu sekali lagi...
Duduk bersila dgn penuh sopan dan bersungguh-sungguh menikmati rezeki yg terhidang...
Setiap suapan engkau kembali membolosi gol mindaku
seperti pasukan Negeri Sembilan membolosi gol Johor FC dengan 2-0 pada perlawanan kedua lalu...
Seolah-olah kedai itu bercerita tentang kita...
Apa maknanya semua itu???

Teringat juga kali pertama bersua dan berkenalan di masjid,
bertukar-tukar nompor handphone...
Kau berbicara dengan seorang insan lain,
sehingga kau terlupa bahawa kau sedang miscallku begitu lama sekali...
Sedikit lucu...hmmm...

Aku x pandai bermadah indah...
Bukan juga pakar bahasa....
Aku bahagia jika kau membacanya....
kerna aku nak selalu berada dalam....
dalam....
dalam dakapanmu....Abang...

Terimalah pantun ini...

Tinggi-tinggi sang mentari,
Tinggi lagi bintang menjauh,
Kasih mesra engkau taburi,
Tetap kuingati biar kau jauh.



-ARIEN-



Monday, May 17, 2010

experimentaL


memandangkan aku malas nak stadi wt mse ni,ape kata aku wt entry baru utk blog jahanam aku ni...hihihi...aku pon mcm xde mood nk stadi...tgk razi sibuk stadi,tgk iqbal sibuk membaca,tgk faiz pon sama gak.boleh dikatakan semuanya ade keseriusan utk menghadapi peperiksaan.tetapi aku mcm xde nafsu utk exam kali ni.mungkin disebabkan aku 'trauma' dgn result sem lps yg ternyata mengecewakan aku sbnrnya.all out bagi exam sem lps..tapi resultnyer...hmmm...entah ler...

jadi utk exam akhir sem 2 ni,sbnrnya aku tgh wt eksperimental utk belajar ala kadar je...tanpa 'hard' sgt...nk tgk gak resultnyer cm ner...huhu...tapi apepon nk ucapkan good luck kat semua kwn2 aku...moga kejayaan milik kite bersama.Ya Allah...bantulah,bimbinglah,tunjukkan kami kebenaran dan petunjuk serta ketenangan dlm mghadapi peperiksaan ini Ya Allah...redakanlah segala ilmu2 mu...ingatkanlah kami,kurniakanlah kami ilham yg baik dan cemerlang..ameenn.......

masa tgh stadi English Language,sempat jugak aku cipta sajak merapu ni...bacalah...


PEMBANGKANG BERSUARA
oleh: mohd nazrin abdullah
tarikh:17 mei 2010
masa:11.45 p.m

Siapa engkau membantah ikut suka?
Siapa engkau membenci agenda mereka?
Kita 'pekerja' perlu berkudrat,
Menggarap sokongan melunas peranan.
Dibayar elaun,kediaman diserta.
Nikmat berjuta,alasan pembangkang di belakang tetap bersuara.
Tak bersyukur!!

Ini kisahnya,
agenda diatur buat kita,
Molek aturcara menanti mutiara murabbi
hadir memeriah,
Gempak persada ilmiah tersusun indah,
Mengapa tandus pendatang turut serta?
Pelik sungguh...
Ke mana hilangnya sokongan mereka itu?
Taburan janji awalan persetan!
Tinggal hanya debu..dilibas gelora pawana penyakit hati,
Hanya suara liar,mengutuk berdesing di belakang sana.
Tak guna!!

Dalam alunan acara belayar,
Kritikan liar ada saja membaham pendengaran ini.
Kemelut dipersoal,atasan dipersalah.
Buatlah sendiri kalau bagus sangat.
Apa gunanya kau sokong aku di awal kala dulu...?
Siapa kita?
Sedarlah...segulung ijazah pun belum tentu dimiliki..
Jauh lagi perjalanan kita,
Banyak lagi perlu dimatang dan diterokakan di sini.
Pesonakan pemikiranmu teman...




Monday, June 15, 2009

sajak 2 rasa ciptaan aku..

coklat is my lucky colour...
u knew that??



SEJADAH


Terdampar tubuh kecilku,
Meratap dedebu dosa mencanai noda hitam,
Berlapik sejadah kasih padamu Tuhan,
Memohon maghfirah,
Nur Iman jua ku pinta.

Gelora kekhilafan silamku,
Menghempas benak jiwa,
Luka terpatri menikam raga,
Dunia mayapada jamahan jahilku.
Akhirat dialpa sesat perjalanan.

Terdetik spontan
Sedarku yang menebal dari mainan duniawi,
Taubat penawar sirna bekas luka,
Mentari bertandang hidayah bertamu,
Tulus sujudku pada yang agung,
Syurga kenikmatan destinasi hasrat ku tuju.

Warkah tersurat doaku berlafaz syahdu,
Lagu penyesalan di bibir ku nyanyikan,
Mengadu hanya padamu Tuhan,
Doaku dalam lagu berirama sendu.
Tangisan pilu persembahanku…
Mengharap belas yang satu…..

iluminasiku


MERCU IDAMAN


Masyarakat Madani ibarat mutiara,
Membangun insan negara bangsa,
Tebar wacana ikhtiar bersama,
Sinergi dikerah kudrat mulia.

Hijrahkan diri bentuk peribadi,
Wajakan insani berjati diri,
Bersinar rohani mahmudah penyeri,
Maju berjaya ummah sejati.

Modal Insan teraju budaya,
Menongkah cabaran badai prahara,
Gemilang ummah di mayapada,
Kebalkan iman tempur bahana.

Berganding tenaga pelihara kubu,
Iman di atma dipudar jangan,
Durjana ditentang,azam nan satu,
Sampai syurga mercu idaman.

Negara maju impian insani,
Hijrah wahana terbilang ummah,
Syariah berpandu mencanai peribadi,
Al-Quran dan Sunnah penyuluh segala.