syukuri apa yg ada,hidup adalah anugerah,tetap jalani hidup ini,melakukan yg terbaik...Tuhan pastikan menunjukkan kebesaran dan kuasanya, bagi hamba-Nya yg sabar dan tak kenal putus asa...Jgn Menyerah.....Jgn Menyerah....
Penyambut tetamu
Sunday, May 30, 2010
kekasihku
Wednesday, May 26, 2010
habis exam...
Tuesday, May 25, 2010
Ku Ada Kamu
Kau suluhkan sinar petunjuk,
Di kala ku kesedihan,
kau ukirkan senyuman,
Dengan penuh sabar memujuk,
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh.
Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.
Di kala aku tak pasti,
Kau tampil dengan berani,
Membimbing agar lebih yakin,
Dan bila hidup penuh soalan,
Kau berikan jawapan,
Melengkap semua kekurangan...
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh,
Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.
Tidak mungkin diri ini mampu,
Hidup tanpa doronganmu,
Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.
Kenapa??
Di hati rasa berdebar
Apabila kau muncul menjelma di depan mata
Aku ketandusan kata kerana lidah rasa kelu
Ku cuba tepis perasaan tapi hati menuntut
Apakah sudah masuk musim cinta?
Katakan kenapa kau buat malamku sukar untuk tidur
Menanti esok tiba untuk berjumpa
Katakan kenapa kau buat siangku asyik mengelamun
Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa?
Ku jatuh hati padamu…
Mataku tidak lekang tak jemu-jemu memandang
Bak kata mereka ‘Yang terbaik dari ladang’
Memberikan perasaan teruja yang menggoda jiwa
Setabah mana hati akhirnya pasti mengalah
Apakah sudah masuk musim cinta?
Katakan kenapa kau buat malamku sukar untuk tidur
Menanti esok tiba untuk berjumpa
Katakan kenapa kau buat siangku asyik mengelamun
Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa? (ulang)
Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa?
Sunday, May 23, 2010
RSVP
kebahagiaan dlm perpisahan
KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN-SHAHIR AF8
Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang
Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti
Chorus:
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..
Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti
(ulang chorus)
Kebahagiaan.. dalam perpisahan..
Monday, May 17, 2010
experimentaL
Friday, May 14, 2010
Exam Mei 2010
Minggu depan saya exam! jadual dah dapat! taklimat pun dah pergi!
adakah engkau sudah bersedia??,jwpannya hmm....hehehe...
adakah engkau sudah stadi??,jwpannya roh exam blm dtg...bce awl tkot lupe...
Wednesday, May 12, 2010
Memori berseri di PICC
Tuesday, May 11, 2010
Kongres Integriti Di PICC
Monday, May 10, 2010
pabila diriku dibelanja
Sunday, May 9, 2010
balik kampung
Wednesday, May 5, 2010
lemah + lembut
Di sini saya nak kongsikan sepotong hadis mengenai sifat lemah lembut...bagus ke kalau kite memiliki sifat tersebut??jom baca kat bawah ni... Hadith : |
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut nescaya ia akan memperolehi kebaikan dalam semua hal.” -Riwayat Muslim- |
Huraian 1. Lemah-lembut adalah akhlak yang mulia yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada hamba-nya. Oleh itu orang yang memiliki sifat lemah lembut adalah orang yang sangat beruntung.2. Melatih diri untuk dapat memiliki sifat mulia ini dapat dimulakan dengan menahan diri apabila marah dan mempertimbangkan baik buruknya sesuatu perkara sebelum bertindak. 3. Orang yang lemah lembut melambangkan orang yang sentiasa sabar dan tenang (tidak tergesa-gesa). Namun sifat lemah lembut ini lebih baik diseiringkan dengan ketegasan agar seseorang itu tidak mudah dipermainkan atau diperbodohkan oleh orang lain. 4. Rasullullah s.a.w adalah contoh orang yang paling lemah-lembut dan paling baik dalam pergaulan. Sesiapa yang melihat baginda dari jauh akan berasa gentar tetapi sesiapa yang bercampur atau bergaul dengan baginda tentu akan menyayangi baginda disebabkan oleh sikap lemah lembut baginda itu. Renung-renungkan dan selamat beramal...sekian terima kasih... |