Pembuka Bicara

Kesetiaanmu Kuhargai

Penyambut tetamu

Penyambut tetamu
Bismillahirrahmanirrahim...Assalammualaikum semua.Selamat datang dan aHLAN wasahlan ke blog ala2 Diari Hikayat Putera Nazrin ini.hahaha...Blog ini mengandungi kisah-kisah menarik,dan cerita-cerita suka dan duka dalam layaran kehidupan saya....Siapa yang x berkenan dengan blog ni,bley blar skrg eh ataupun tekan close terus.....huhu (x masal)..sekian terima kaseh!!..teruskan membaca dan selamat menziarahi blog saya ini...ngeh3...

Dimulakan Dengan...

Tuesday, January 26, 2010

MaSa cEmbUru pD saYa

Aduhai,nasib den sudah lah begini,den dah tak tahu nak kate apo lagi.Penatnya memang tak terkata,tekanan kian membahang diri yang hina ini.Terasa ditusuk suatu macam rasa.Perit,berat,sakit,semua itu aku rasai dalam satu masa.Fikiranku bercelaru memikirkan tugas-tugas dan amanah yang telah diberikan kepadaku.Macam tak larat,tapi kena buat!Nampak macam meluat,tapi apa boleh buat.Amanah memang berat!Ingat tu..

Kehangatan tugas-tugas dalam kepimpinan JPP 2010/2011 baru sahaja disuntik sejenis "vaksin".Vaksin itu sebagai permulaan kepadaku untuk memulakan hidup baru sebagai salah seorang ROEIS dalam sebuah Exco yg agak bermain dengan 'wang' itu.huhu...pembahagian tugas untuk program perhimpunan Isnin nanti sudah pun diberikan.Tugasnya tidaklah sesukar mana.Yang penting aku belajar sesuatu di situ...sebagai awal tingkah pembelajaran dalam kepimpinan JPP.

JPP???ada apa pada nama??kalau kerja x seindah mana..

Kelambakan kerja dan Kesibukan memang diyakini pasti begitu sinonim dengan JPP ni.

Aku perlu bersedia dari segalanya...

Ya Allah,kuatkanlah aku dalam menempuhi segala ranjau hidup ini.

Ya Allah,permudahkanlah segala urusanku.

Aku mengharapkan yang terbaik dari-MU untuk diriku...

Nyalakanlah rasa gembira dan tenang dalam diriku agar aku mampu ukirkan senyuman manis kepada diriku,dirinya,dan diri mereka.

Kini aku bersama Naib Excoku sedang bergerak, bagi memastikan tanggungjawab dan bidang tugas dapat disempurnakan dengan sebaiknya.Aku masih baru dan masih belajar.Kelihatan agak terpinga-pinga jugak lah bagi diriku yang baru setahun jagung kat IpG KPI ni.MASIH JELAS riak wajah 'kebudakan' dalam diriku.Terasa kerdil.Namun ku pasti semua kan ada hikmahnya.Pengalaman adalah guru terbaik untuk diri kita!!

Pelajaran di dalam kelas ok tak??ada masalah??boleh kongsi??

Sejujurnya pada minggu pertama sebagai JPP di minggu ke-4 bulan Januari ni agak 'down' bagi diriku.Aku tak tahu kenapa itu perspektif aku??Negatif sangat aku ni,kadang-kadang.Padahal selalu nasihat kat orang lain itu ini.Tapi aku pon sama jugak sebenarnya.Teruk.huhu...Tapi biasalah,hidup umpama roda...kejap di atas kejap di bawah...Perlu saling menasihati antara satu sama lain dengan kesabaran dan kebenaran seperti benar jua FIRMANNYA dalam surah Al-Asr.Kita sepatotnya jgn merungut bila dpt kerja menimbun.

Penat itu biasa,pengorbanan itu biasa,kerja banyak sentiasa,walaupun agak berbisa,aku pasti bisa menempuhi segala bisa,agar aku bisa menjadi orang yang luar biasa daripada seorang insan yg biasa....

Masa macam kejar aku.Terasa macam cepat berlalu.Kerja pun bertalu-talu,sampai kepala aku pun jadi gatal walaupun xada kutu..huhu....

Jangan emosi sangat,Naz...relaks2...ingat Allah banyak-banyak k.Everythings will be okay.

Buat kerja elok-elok,one by one,step by step,doa banyak2,jangan tention2 k...x comel nanti...hahaha....

*saja-saja je wt cerita ni.nak release tention kejap.almaklumlah,blog ana ni kan medium untuk meluahkan ekspresi.huhu...maaf!sebenarnya wt entry ni mase awl minggu..tapi lmbt post sbb ade masalah wireless...hehehe...

Sunday, January 24, 2010

BeStnYeR bErisTigHfaR

Jiwa bagai dilanda suatu macam rasa,
Tenang,sayup,serta melemahkan 'sesuatu' yang keras dalam diri ini.
Ku yakin dan percaya setiap yang rumit ada petunjuk jalan mudah sebagai jalan terbaik yang ditentukan oleh Allah Subhanu Wata'ala kepada diri kita.

Pada kali ini,Tuan Blog ini ingin berkongsi sesuatu, yang barangkali boleh memberikan kita sesuatu pengajaran dan ingatan serta pengetahuan...

Astaghfirullah al-azim....
Astaghfirullah al-azim....
Astaghfirullah al-azim....

Menurut Sebuah Hadis:


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.

Subhanallah...bukan susah sangat nak beristighfar..mudah sahaja,bukan??
Ambillah kesempatan ini,dan peluang ini untuk banyakkan beristighfar...
Bukan untuk sesiapa,tetapi untuk diri kita sendiri jugak...


1. Islam menggalakkan kita agar memperbanyakkan beristighfar, selalu bertaubat kerana sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada dosa. Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda merupakan seorang rasul yang maksum atau dipelihara daripada dosa besar dan kecil.

2. Orang yang sentiasa beristighfar kepada Allah akan merasakan dirinya sentiasa dekat kepadnya-Nya. Bahkan akan timbul perasaan tenang dan dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa atau lemah.


3. Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar. Oleh itu bagi mengelakkan hati daripada lalai seseorang itu hendaklah sentiasa membanyakkan istighfar. Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya keampunan daripada Allah itu akan berlaku.


Sekian Terima Kasih



*sekalung apresiasi kepada laman web I Luv islam kerana telah berjaya menggoda diriku untuk membaca bahan ilmiah anda ini.banyak manfaat dan ilmu pengetahuan di situ!!terima kasih banyak-banyak!!



Friday, January 22, 2010

Bila kerja setinggi Gunung Ledang

Minggu ketiga dalam bulan Januari 2010 merupakan minggu yg penuh dengan bebanan tugas...pendek kata, kerja sekolah...selain itu,aku merasakan bahawa minggu ini sangat pantas berlalu.tup tap tup tap dah sampai hari Jumaat (hari terakhir kuliah dalam seminggu).Macam-macam juga lah yang berlaku dalam minggu ketiga ni.

Isnin-Berita tentang kejayaan aku mendapat kerusi dalam JPP (jawatankuasa perwakilan Pelajar) sesi 2010/2011 ini sangat membuatkan ku x senang duduk sentiasa.Aku dapat meramalkan apa yang akan berlaku nanti.Sibuk??Mesyuarat?perjumpaan?fail2??conduct majlis?dan banyak lagi...
Boleh ke buat semua tu,Naz??Tepuk dada,tanya kat aku...as its answer,dont know.Insya'Allah,
I believe that experiences are the best teacher for me in anythings.so make everythings looked great ye,Naz...You can do it..!!trust yourself..Allah decided everythings for us.

Isnin malam Jumaat hari tu merupakan perjumpaan kali pertama JPP 2010/2011 yang bertempat di Bilik JPP (bawah masjid,bukan bawah bumi,harap maklum!)
pengisian-sesi ta'ruf,pembentukan kabinet bayangan,ucapan bakal YDP JPP dan ape lagi ntah,aku pon x ingat sgt...sO,what's your 'jawatan',Naz??i'm a future leader in academic exco.but it is not true result yet.wait and wait...

Selasa Petang-Sesi perjumpaan JPP sekali lagi di Bilik Persidangan Aras 2 Blok Pentadbiran,IPG KPI.Tujuan??Bersama Ustaz Ismail untuk meminta nasihat berkenaan kepimpinan JPP yg baru ini.Selain itu,organisasi yg telah dibentuk sebelumnya telah dirombak/dibuat balik semula senang cerita atas sebab2 tertentu.YDP dan NYDP adalah orang yang sama,tapi perubahan untuk jawatan Ketua/Naib Exco jelas ketara.Sesi rombakan kabinet bayangan telah dilakukan dan menempatkan aku pada exco ekonomi.Alhamdulillah.Mungkin itulah yg terbaik dari-NYa.Tidak terlintas difikiranku untu memegang jawatan yg berkait rapat dengan kewangan ataupun senang cakap,'dwet'..adoiyai...ribuan ringgit Malaysia bakal kupegang.akaun lagi??aku x belajo akaun pon untuk SPM.Tapi masa form 3 belajo ar sebab aku bdk Kemahiran Hidup-Perdagangan,huhu...
Ya Allah tunjukkan ku jalan yg terang,jalan yg benar,jalan yg KaU redhai...

Sebenarnya,bagi aku bila kita ada karier ataupun suatu jawatan dalam organisasi bukanlah disinonimkan untuk mencari kemegahan ataupon populariti...Orang x kenal aku pon x pe...tapi aku nk org tahu aku ni sape..kita bekerja untuk memajukan,membantu,melaksanakan amanah yg berat teramat serta bermatlamat untuk mendapatkan keredhaanNYA...buat apa berjawatan,tapi kerja x jalan!!So,lepas ni aku kenalah menuntut ilmu dengan mantan exco ekonomi (abg Ikmal Firdaus),huhu...walaupun aku ni jahil dan freshy lagi,aku kena belajar!aku kene cari pengalaman!I believe that experiences are the best teacher for me as i said before..The blessfull from Allah is main objective in anythings we do.Without blessfull from God,our life is meaningless...trust yourself,Naz!!You can do it...Keep your working and walking as well..make everthing looked great,Naz!

Rabu sampai Jumaat
adalah hari penerimaan tugasan yang membanjiri diri kami..i mean'kerja sekolah'.Banyak sgt kerja yg aku dapat.makin sibuk lah lepas ni ek...dengan presentationnye lagi,buat nota lagi,asaimen2,KKP/KKBi lagi...pergh...gila kentang betol!!
Naz!!banyakkan istighfar...
Sebenarnya ada baiknya kalau kita terima lambakan kerja dengan pemikiran yang matang dan positif.Everythings will be fine if you are sincerely to accept all and you have to open minded as well.

Kesibukan mematangkan diri ini,,,ketenangan dalam melakukan kerja adalah sesuatu tindakan yg bijak..itu adalah anugerah yg diberikanNYA kepada hambanya yg terpilih.x semua org dapat dpt buat sesuatu kerja dengan tenang..step by step,one by one...the end.lagi satu kena pandai urus masa,dan rajin buat kerja dengan pantas tanpa menunggu detik2 akhir.orang yg berjaya kan org yg buat kerjanya dengan pantas,tanpa disuruh serta kreatif dan kritis...aku nak jadi mcm tu lah.huhu...baguslah..kalau kita sedar siapa diri kita.Bila timbul kesedaran,terdetik di hati untuk transform diri,bila dh sampai tobaqoh itu,kena bijak..terus bertindak mengikut direksi yg dikehendaki.Jgn lupa,syaitan selalu nak goda dan ganggu kita..mereka x syok kalau manusia buat kebaikan,dan bertindak secara bijak!!

(panjang pulak aku berceramah kt sini)

Allah kn suka kepada orang yg bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu kerja..ditambahkan pula dengan keikhlasan.lagi lah Allah suka...subhanallah...
ikhlas benda yg kita sendiri x nampak,tapi boleh dirasai...ibarat batu hitam di kelam malam yg hitam...x nampak,tapi boleh rasa...sebuah analogi spontan yg mampu aku fikirkan pada saat ini...Terima kasih!

Allah takkan bagi hambaNYA kesusahan ataupun ujian,kalau hambaNYA itu x mampu nk tempuhi..Allah tu tahu segalanya,sedangkan manusia tak tahu...

Baiklah,setakat ini sahaja yg mampu aku nukilkan.Ni pon curik2 masa wt entry ni.Ikotkan kesibukan kerja sekolah,xde masa lah aku nk wt entry baru ni.

Ingat!!bertangguh tu kan pencuri masa!!jgn jadi pencuri,k!!
org yg x memiliki tabiat mencuri sangat benci kepada org yg suka mencuri...jangan biarkan diri anda terus dibenci...hehehe...

Sekian,Terima kasih.

Wasalam...




Friday, January 15, 2010

PPISMP 2.03 dah canTik!!

Semoga dengan kondisi kelas PPISMP 2.03 Ambilan Julai 2009
yang kian indah ini,dapat memberi spirit baru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran kami semua...aminn...
Pepatah arab ada mengatakan
"InnaLLAha jamilun yuhibbul jamal"


Kedudukan Meja Kabinet Menteri-Menteri
PPISMP 2.03 Ambilan Julai 2009


Signboard nama Penulis Blog ni...
Kenapa bunga kale pink???
Persoalan yang memalukan diri sendiri sebagai seorang lelaki...


Jadual Waktu,Carta Kepimpinan PPISMP 2.03,
dan Jadual Bertugas Harian...
Terima Kasih kepada yang membuat...
Jasa Anda dikenang!!



Sibuk mengemas dan menceriakan kelas...
Pelajar muslimin xde ke???
Alamak ai!!!
*Kelas ni sangat kecil sebenarnya...
Pelajar2nya pun comel2,dan kiut2 belaka....


Sedang Kemas kini kelas...
Izzudeen tOnggak utama kelas ni...


Meja Naz dengan Amar...


Suasana Cantik dan Kondusif...
Moga dengan suasana baru dan cantik ini,
juga dapat meningkatkan kecantikan diri kita semua
dari sudut keimanan,keIslaman,ketakwaan,semangat belajar,
dan perkara2 mahmudah yang lain..


Penulis Blog ingin mengucapkan terima kasih kepada
semua penghuni kelas PPISMP 2.03 atas segala bentuk sumbangan
dan bantuan...
Tanpa mereka,nak jadi ape lah dgn kelas ni??!



Purple yang melembutkan dan menenangkan~
Terima kasih kepada pemilih warna alas meja!!
hahaha....



+Puan Mutia Sabihah Asri+
+Ustazah Rosidah Jemain+

+Izzudeen+
+Syahirah+
+Yati+
+Farah Husna+
+Nazri+
+asyraaf+
+NazRin+
+amaR+
+Naemah+
+Husna+
+adaH+
+piQah+
+aiN+
+Riha+
+Zurina+
+farhaNi+
+Zaimah+
+atiKah+
__________________________
18 pelajar=5 arjuna+13 serikandi..
__________________________



UjianNYA bertamu di minggu ke-2

Assalammualaikum...
Salam Pembuka Bicara...

Ya Allah,terima kasih kerana menguji dan memberi aku 'latihan' kejiwaan sepanjang minggu ke-2 aku di Kampus Pendidikan Islam ini.Perasaan dan ekspresiku sangat bervariasi bagi minggu ke-2 ni.Jika pada minggu pertama di kampus,'membosankan',pada minggu ke-2 pula latihan daripada Allah yang aku hadapi.Allah memberi hambaNYA ujian untuk menguat,mematangkan diri.Setiap yang berlaku ada hikmah yang tersirat.Aku sgt percaya kenyataan itu.


Tangisan,penat-lelah,pergolakan institusi jiwaku melanda,lantas melatih diri ini agar terus bertahan dan bertahan.Untuk entry kali ni,biarlah orang yg membacanya x faham,sebab entry ni untuk diri aku sendiri je utk memahaminya.
Sangat risau,gelisah dan macam2 lagi yg aku rasakan tatkala dicalon dan dipertandingkan dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) bagi merebut kerusi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) sesi 2010/2011.Adoiyai..atas dasar kepercayaan dan undian sebulat suara daripada Kelas PPISMP 2.03,aku dan farah Husna pon telah menjadi calonnya.


"Cukup bersediakah aku?,Bolehkah engkau?,Larat ke?Kehendak hati engkau ke?''


Sangat berbohong,kalau aku cakap,"nak!!",eh!mestilah nak"..hurmm....sangat berat..nasib baik aku bukan dilahirkan bukan untuk menjadi gila,(gila kuasa).biarlah jawapannya terus bertapa di dalam sanubari ini.Kalau dijawab nanti ada yang mempertikaikannya pula.Ini blog aku,terpulang lah pada aku,apa aku nak tulis..
Ini diari aku,suka hati aku lah nak catat apa pun.

Itu baru satu..

Sesi Pengajaran dan Pembelajaran aku di dalam kelas pon jadi tak menentu..Orang lain dapat jawab,aku??Orang lain aktif..aku??kalau tanya pasal hafazan,apa yang aku ada??Kalau tanya pasal kerja2 lain2??itu belum tanya pasal tajwid.Aku ada pengetahuan tentang tajwid,tapi dalam aplikasi,aku kandas!Kalau aku buat sesuatu yang baik dan kreatif,ada pula yg x menghargai??Mereka tak nampak apa yg aku rasa.Barangkali mereka boleh nampak apa yg aku ekspresikan sahaja.Tak cukup dengan itu.Kemiskinan turut melanda.Hutang sana-sini.Elaun belum masuk.
Sedih lah...Time2 aku sedih,aku xnak org lain nampak...Sebab tu aku senyum pada semua..dengan harapan mereka membalasnya dengan senyuman yg sangat bererti.Itu sedikit sebanyak dapat merawat sedikit keperitan di hati ini.

Aku hanya insan biasa,lemah...
Aku dibelenggu rasa jahil....
Aku x dapat nampak apa yg aku ada untuk berbakti...
Aku nampak yg lemah dalam diri aku je...terasa kerdil.
Aku juga 'diganggu' ketika beribadah...

Kawan-kawan sangat yakin dan percaya dengan aku..Terima kasih semuanya...
terima kasih pada pengundi2...
Tapi mcm ada something wrong yang aku hadapi dan rasai..
Agaknya Allah sedang bagi aku ujian kot..entah le...
Aku hanya mampu berdoa,berusaha dan bertawakal sahaja..
Doa itu senjata mukmin....
Allah suka kepada orang yg bertawkal...
Aku petik sepotong ayat Al-Quran untuk pedoman aku,anda,dan kita semua..
maksudnya:

"boleh jadi kamu membenci seuatu perkara,sedangkan ia baik bagimu.boleh jadi kamu menyukai sesuatu perkara,sedangkan ia tidak baik bagimu.."

(Surah Al-Baqarah ayat 216)


Ya Allah,aku jahil..pandaikanlah aku.Ya Allah,aku lemah,kuatkanlah energi fizikal,rohaniah,jasmaniku...Ya Allah,berikan aku kekhusyukan dalam melakukan solat dan ibadah.Ya Allah,tentukan segala yg terbaik untukku...


AMiNNn...Ya RobbaL alamin....





Monday, January 11, 2010

peruT kEnyaNg raSa riang

Pembukaan tirai entry kali ni ialah gambar makanan
yg aku makan masa kt ChaiYo BisTrO ari tu...
Nama makanan yg aku makan ni ialah Mi Ladna..
sangat sedap...
first time cube...
Hiasannye sangat menarik,rasanya apatah lagi...
Alhamdulillah....

There are my friends who were joined our travel that moment:
+IzzUDeEN+
+ZaMiR+
+AfwaN+
+Nurhafiz+
+iQbaL+
+FaiZ+

Boleh dikatakan ni lah team aku time makan kt ChaiYo tu..
xde muka lain agknyer...
aku pOn dh muak tgk muke mereka...huhu...(gurau je),
bukan betol2 pon...maaf~

Actually,kami tengah kemiskinan sebab dwet xde,
elaun belum masuk lagi...
Baki wang elaun aku pon dah tinggal RM 2++
Kalau time semester 1,memang agak kaya
sebab elaun masok cepat (awl2 bulan dh masok),
tapi tidak untuk semester 2 ni...adoiyai~

Hidup ni kena pandai berjimat-cermat dan bijak menabung lah...
kalau tak kewangan kita akan tidak terurus dan mudah boros,
lantas mengering-kontangkan dwet kite...huhu...


Ni namanya Mi Rebus,
milik izZudEEn...
bab2 makan beliau memang cepat habis..
hahaha...
nampak menarik je kan??


Si Zamir sudah jemu menunggu makanannya yg belom tiba2 lagi...
sabo2...kejap lagi sampai lah tu...
*selalunya kami punyer makanan akan cepat sampai,tapi masa tu lambat pulak,
tengok kt persekitaran,tak ramai orang sangat pon...
kami pon dilanda rasa pelik dan kehairanan..hehehe...


Ni namanya Afwan...
Dia pon penat menunggu jugak...
Dia memang suka makan...
tapi badan beliau tidak seperti orang yg kuat makan...
aku tidak ketahuan...
*gambar ini diambil atas permintaanya sendiri...
beliau sangat mesra kamera...


ni namanya nasi Goreng biasa...
nampak mcm sedap je...
pemilik kepada makanan ni ialah nurhafiz..
kalau tergigit cabai,memang bez...!!


Ni namanya Nasi Goreng Pattaya...
Pemiliknya ialah Faiz...
Beliau komplen makanan ni sebab nasinya cket sangat...
Menurutnya,beliau sudah 2 hari tidak makan
atas sebab ketiadaan dwet...
kasihan sama beliau...dh le kurus mcm lidi...berat 49kg sahaja...


Dah mengantok lah pulak aku ni...almaklumlah buat entry ni time petang2 selepas balik dari 'sekolah'....x sempat nk tido...x bley nk tido sebab tgh cuak nak menghadapi malam tu (malam manifesto pencalonan JPP 2010)..hanya Allah yg tahu apa yg aku rasa mse tu...
bukan atas kemahuan sendiri,tapi..mereka yg percaya padaku agknya...

cerita mengenai hal tersebut akan menyusul kemudian...
*tention!!!!!



Sekian Terima kasih!!!

Wassalam...