Minggu ketiga dalam bulan Januari 2010 merupakan minggu yg penuh dengan bebanan tugas...pendek kata, kerja sekolah...selain itu,aku merasakan bahawa minggu ini sangat pantas berlalu.tup tap tup tap dah sampai hari Jumaat (hari terakhir kuliah dalam seminggu).Macam-macam juga lah yang berlaku dalam minggu ketiga ni.
Isnin-Berita tentang kejayaan aku mendapat kerusi dalam JPP (jawatankuasa perwakilan Pelajar) sesi 2010/2011 ini sangat membuatkan ku x senang duduk sentiasa.Aku dapat meramalkan apa yang akan berlaku nanti.Sibuk??Mesyuarat?perjumpaan?fail2??conduct majlis?dan banyak lagi...
Boleh ke buat semua tu,Naz??Tepuk dada,tanya kat aku...as its answer,dont know.Insya'Allah,
I believe that experiences are the best teacher for me in anythings.so make everythings looked great ye,Naz...You can do it..!!trust yourself..Allah decided everythings for us.
Isnin malam Jumaat hari tu merupakan perjumpaan kali pertama JPP 2010/2011 yang bertempat di Bilik JPP (bawah masjid,bukan bawah bumi,harap maklum!)
pengisian-sesi ta'ruf,pembentukan kabinet bayangan,ucapan bakal YDP JPP dan ape lagi ntah,aku pon x ingat sgt...sO,what's your 'jawatan',Naz??i'm a future leader in academic exco.but it is not true result yet.wait and wait...
Selasa Petang-Sesi perjumpaan JPP sekali lagi di Bilik Persidangan Aras 2 Blok Pentadbiran,IPG KPI.Tujuan??Bersama Ustaz Ismail untuk meminta nasihat berkenaan kepimpinan JPP yg baru ini.Selain itu,organisasi yg telah dibentuk sebelumnya telah dirombak/dibuat balik semula senang cerita atas sebab2 tertentu.YDP dan NYDP adalah orang yang sama,tapi perubahan untuk jawatan Ketua/Naib Exco jelas ketara.Sesi rombakan kabinet bayangan telah dilakukan dan menempatkan aku pada exco ekonomi.Alhamdulillah.Mungkin itulah yg terbaik dari-NYa.Tidak terlintas difikiranku untu memegang jawatan yg berkait rapat dengan kewangan ataupun senang cakap,'dwet'..adoiyai...ribuan ringgit Malaysia bakal kupegang.akaun lagi??aku x belajo akaun pon untuk SPM.Tapi masa form 3 belajo ar sebab aku bdk Kemahiran Hidup-Perdagangan,huhu...
Ya Allah tunjukkan ku jalan yg terang,jalan yg benar,jalan yg KaU redhai...
Sebenarnya,bagi aku bila kita ada karier ataupun suatu jawatan dalam organisasi bukanlah disinonimkan untuk mencari kemegahan ataupon populariti...Orang x kenal aku pon x pe...tapi aku nk org tahu aku ni sape..kita bekerja untuk memajukan,membantu,melaksanakan amanah yg berat teramat serta bermatlamat untuk mendapatkan keredhaanNYA...buat apa berjawatan,tapi kerja x jalan!!So,lepas ni aku kenalah menuntut ilmu dengan mantan exco ekonomi (abg Ikmal Firdaus),huhu...walaupun aku ni jahil dan freshy lagi,aku kena belajar!aku kene cari pengalaman!I believe that experiences are the best teacher for me as i said before..The blessfull from Allah is main objective in anythings we do.Without blessfull from God,our life is meaningless...trust yourself,Naz!!You can do it...Keep your working and walking as well..make everthing looked great,Naz!
Rabu sampai Jumaat
adalah hari penerimaan tugasan yang membanjiri diri kami..i mean'kerja sekolah'.Banyak sgt kerja yg aku dapat.makin sibuk lah lepas ni ek...dengan presentationnye lagi,buat nota lagi,asaimen2,KKP/KKBi lagi...pergh...gila kentang betol!!
Naz!!banyakkan istighfar...
Sebenarnya ada baiknya kalau kita terima lambakan kerja dengan pemikiran yang matang dan positif.Everythings will be fine if you are sincerely to accept all and you have to open minded as well.
Kesibukan mematangkan diri ini,,,ketenangan dalam melakukan kerja adalah sesuatu tindakan yg bijak..itu adalah anugerah yg diberikanNYA kepada hambanya yg terpilih.x semua org dapat dpt buat sesuatu kerja dengan tenang..step by step,one by one...the end.lagi satu kena pandai urus masa,dan rajin buat kerja dengan pantas tanpa menunggu detik2 akhir.orang yg berjaya kan org yg buat kerjanya dengan pantas,tanpa disuruh serta kreatif dan kritis...aku nak jadi mcm tu lah.huhu...baguslah..kalau kita sedar siapa diri kita.Bila timbul kesedaran,terdetik di hati untuk transform diri,bila dh sampai tobaqoh itu,kena bijak..terus bertindak mengikut direksi yg dikehendaki.Jgn lupa,syaitan selalu nak goda dan ganggu kita..mereka x syok kalau manusia buat kebaikan,dan bertindak secara bijak!!
(panjang pulak aku berceramah kt sini)
Allah kn suka kepada orang yg bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu kerja..ditambahkan pula dengan keikhlasan.lagi lah Allah suka...subhanallah...
ikhlas benda yg kita sendiri x nampak,tapi boleh dirasai...ibarat batu hitam di kelam malam yg hitam...x nampak,tapi boleh rasa...sebuah analogi spontan yg mampu aku fikirkan pada saat ini...Terima kasih!
Allah takkan bagi hambaNYA kesusahan ataupun ujian,kalau hambaNYA itu x mampu nk tempuhi..Allah tu tahu segalanya,sedangkan manusia tak tahu...
Baiklah,setakat ini sahaja yg mampu aku nukilkan.Ni pon curik2 masa wt entry ni.Ikotkan kesibukan kerja sekolah,xde masa lah aku nk wt entry baru ni.
Ingat!!bertangguh tu kan pencuri masa!!jgn jadi pencuri,k!!
org yg x memiliki tabiat mencuri sangat benci kepada org yg suka mencuri...jangan biarkan diri anda terus dibenci...hehehe...
Sekian,Terima kasih.
Wasalam...
No comments:
Post a Comment