Pembuka Bicara

Kesetiaanmu Kuhargai

Penyambut tetamu

Penyambut tetamu
Bismillahirrahmanirrahim...Assalammualaikum semua.Selamat datang dan aHLAN wasahlan ke blog ala2 Diari Hikayat Putera Nazrin ini.hahaha...Blog ini mengandungi kisah-kisah menarik,dan cerita-cerita suka dan duka dalam layaran kehidupan saya....Siapa yang x berkenan dengan blog ni,bley blar skrg eh ataupun tekan close terus.....huhu (x masal)..sekian terima kaseh!!..teruskan membaca dan selamat menziarahi blog saya ini...ngeh3...

Dimulakan Dengan...

Wednesday, October 20, 2010

Jamuan Kelas Hari tUu...


Wah!!!bukan main lagi ye blog Reha,Orec dan Ina...
Takkan Hikayat Putera Nazrin nak berdiam diri je kot...
Ape lagi,update r blog...huahuahuahua.....

Bukan apa,juz nk tunjuk je gmbr2 mase Jamuan Mesra PPISMP 3.03 kat Bangi Steamboat Village Seksyen 7 hari tu...wat mase 19 Oktober 2010 sebelah ptg....pagi tu ade jamuan gerko...perut kitorg pon jadi bunceT secara automatiknyer...terima kasih kpd Puan Mutia yg merupakan naqibah kami kerana menyapot jamuan ni semue...budimu kami junjung setinggi langit....

inilah steamboat yg kami masak sendiri...
wah~gasak ko budak!
berasap~


nampak mcm menarik je....
kalo lapo terasa mcm nk mkn lagi je....


Nazri,Deen dan Amar tgh bergurau2 senda di situ...
Deen dan Amar adalah wirawan yg menaiki motor ke tapak jamuan...
Yg lain2 naik kereta,anak org kaya lah katakan....
motor Iqbal pon adalah salah satu watak dalam gmbr ni...thniah bal!!


saya ngade2 nk bergambar dgn Acap dpn kek bezday
diorang...sebelum memotongnya alangkah baiknya jika kita bergambar dulu kan...


sape punyer ABC tah ni....
ABC kitorang buat sendiri...rase pon x bper nk sdp...
xde feeling....


Kek Hari Jadi
Orec-Zai-Acap
Selamat Hari Lahir semuanya....
Semoga panjang umur,murah rezeki dan berjaya dlm hidup dunia akhirat...


Suasana meja makan kami...


macam2 kami bubuh dalam periuk steamboat tu...
layan~


Kenangan bersama
yg x mungkin aku lupakan sampai bile2....
5 muslimin PPISMP 3.03 yg memiliki mcm2 ragam...


keriangan PPISMP 3.03 di dpn Bangi Steamboat Village seksyen 7....
Gambar ramai2 cm ni bkn mudah utk dirakamkan....
almaklumlah ade bdk pemalu nak !$#$%$ bile bergambar....
hahaha...semuanye kelihatan sgt gembira mase ni...
bestnyer!!!!


pozing maut kat Pokok Pinang sebatang ni....
dgn kesan khas yg dibubuh akan menambah sedikit seri gmbr ini....


selepas berakhirnya jamuan itu,
aku dipaksa oleh budak2 muslimat utk join diorg pi
Tasik celaka tu...eh!!!silap plak.
Taman Tasik Cempaka lah....
byk gmbr yg diambil kat situ....yg malangnya aku sowg je laki
dlm ramai2 muslimat tu...astagfirullah...
malu 150%....
ish3.....
ape2 pon itu semuanye pengalaman dan kenangan terindah
yg pastinya akan terpasak teguh dalam ingatan ini buat selamanya...

Terima Kasih PPISMP 3.03 yg memberikan kebahagiaan kpd saya!!


Monday, October 18, 2010

exam mendatang


Pohon melati dibelai pawana,
Tumbuh melata tepian paya,
Peperiksaan kembali menggamit suasana,
Berjuang sama meraih jaya.

Bermuram durja sang pujangga,
Menatap seroja tepian titi,
Semester akhir semester tiga,,
PPISMP berlabuh PISMP menanti.




p/s: baru habis ujian amali qiraat sebenarnye ni...lepak dgn geng dkt bilik kaunseling....teringat masa kat SMKBM dulu,aku selalu ponteng kelas dan melepak di bilik kaunseling...best3...kat bilik tu jgk lah aku berlatih forum,pantun dan sebagainya....huhu...

ujian qiraat aku berlalu dgn agak sederhana....alhamdulillah....

Wednesday, October 13, 2010

Teks Pidato 3 minitkU


Bismillahirahmanirrahim,

999 bukanlah satu nombor misteri dan bukan juga nombor kecemasan.Nombor tersebut apabila ditambahkan dengan 1 akan menjadi 1000, dan apabila dikalikan dengan 1000 akan menjadi sejuta. Maka, jutaan terima kasih saya kuntumkan buat saudara/saudari pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, rakan-rakan seperjuangan serta hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Pada pagi Jumaat yang mulia ini, saya ingin menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU. Sesuai dengan slogan 1 Malaysia, kita juga seajarnya menguar-uarkan slogan 'Bahasa Melayu Didahulukan,Pencapaian Diutamakan.' Sesuai juga dengan statusnya sebagai bahasa rasmi dan digunakan secara meluas di negara kita, Bahasa Melayu sememangnya perlu diutamakan dan dipertahankan. Tambahan pula, Bahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan sebagai alat perpaduan kaum di negara kita. Selain itu, kita juga berharap agar Bahasa Melayu akan menjadi bahasa yang dinamik dan sentiasa mengalami proses penambahbaikan untuk menjadikannya relevan mengikut arus perubahan zaman.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Indikator saya yang pertama ialah memupuk kesedaran kepada anak-anak sejak kecil. Antara usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu adalah dengan cara memupuk kesedaran tentang betapa pentingnya Bahasa Melayu kepada anak-anak sejak kecil lagi.Oleh itu, kesedaran ini perlulah dipupuk dan dijana oleh ibu bapa dan guru-guru. Sebagai tamsilan, ibu bapa perlulah menggunakan Bahasa Melayu yang betul ketika bertutur dengan anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa wajarlah menerangkan tentang kepentingan Bahasa Melayu di negara kita dan sejarah Bahasa Melayu yang dijadikan lingua franca pada zaman keagungan kerajaan Melayu Melaka pada kurun yg ke-15. Sekiranya, kesedaran ini berjaya dipupuk kepada anak-anak kecil, ibarat pepatah Melayu 'Melentur buluh biarlah dari rebungnya', sudah pasti hasilnya akan terus berkekalan sehingga dewasa mahupun bila-bila.

Tak tumbuh tak melata,
Tak sungguh saya tak kata.

Indikator saya yang kedua pula ialah fakta yang mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan menerusi Akta 32 iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 pindaan 1994 perlulah diperkasakan. Dengan kata lain, kerajaan perlulah menguatkuasakan akta parlimen ini iaitu akta yang mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu di dalam urusan rasmi. Secara tidak langsung, sektor swasta perlulah akur dang patuh dengan undang-undang ini. Dalam pada itu, Pejabat Peguam Negara sedang meneliti pindaan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan Akta Pendidikan 1996 untuk memberi kuasa kepada Dewan Bahasa dan Pustaka mengenakan denda kepada sektor awam dan agensinya yang tidak menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan mereka, seperti pengendalian mesyuarat,penyediaan minit mesyuarat, urusan surat-menyurat dan majlis rasmi. Perkara ini haruslah dipandang serius oleh semua pihak keran kesalahan penggunaan bahasa tersebut boleh menyebabkan mereka didakwa dan seterusnya didenda. Justeru, Bahasa Melayu dapatlah dimartabatkan di negara kita.

Hadirin dan hadirat sekalian,
Secara totalnya, usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu perlulah dipergiatkan dari sekarang dan semua pihak juga perlulah sama-sama berganding bahu dan bersinergi dalam usaha memartabatkannya tanpa mengira kaum. Baka kata pepatah Melayu, bagai aur dengan tebing. Sekiranya perkara ini tidak diberi penekanan, takut-takut nanti Bahasa Melayu akan dipinggirkan pula.mahukah anda melihat kondisi ini?Sudah tentu tidak bukan. Maka,secara izharnya marilah sama-sama kita menggagahkan Bahasa melayu di persada dunia dan sama-sama menguarkan slogan Bahasa Melayu Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Sekian wabilahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.



p/s: testing2....pidato sempena Minggu Bahasa Kebangsaan (Abg Maula yg suruh aku perform)...pada hari Jumaat ini dan di cafe katanya...entahler....kalau ada rezeki dapatlah perform....huhu...alhamdulillah....Ya Allah....


Monday, October 11, 2010

A Nice Weekend


Keindahan dan kebahagiaan serta kedukaan dan ujian sentiasa silih berganti...
Kata orang hidup ni x selalunya indah,mcm laNGit jgk x selalu cerah,
waktu mlm pon x selalu ade bintang,kdg2 x nampak...kdg2 suram...kdg2 hujan...

begitu juga dgn kehidupan saya....
kebahagiaan dan kegembiraan yg x disangka dan dirancang menjelma secara pantas
dan pastinya membuatku tersenyum mengukir keriangan....

apa yg berlaku sebenarnya ni,Yen???

mcm ni ceritanya...minggu lps, aku balik kampung...
dlm perancangan awal nak balik naik bas sahaja..nak naik/tumpamg org pon
xterlintas di fikiran ini....

sdg asyik2 tertekan menguruskan sisa2 KKP Emosi di kelas pd tgh hari Jumaat itu, aku menerima satu panggilan dari seorang sahabat yg bernama Asyraaf...

Acap: Assalamualaikum...
Yen: Waalaikummusalam...
Acap: Ko kat mane?
Yen: Aku kt kelas lagi ni...nk anto KKP emosi....
Acap: Ko bal;ik dgn sape ptg ni???
Yen: Aku naik bas....nape?
Acap: Nak naik kitorang x?Kitorang nak pi umah Najib kt Johor...
Yen: Ye kerw???? boleh2....dgn sape lagi?
Acap: dgn Pijan,Najib, dgn Haziq kot....Ko dh beli tiket bas belom...??
Yen: belom...weyh, kol bape??
Acap:hmm...dlm kol 3 lebih r gitu....
Yen: Ok...
(talian diputuskan)

tekanan emosi masa itu terus hilang dgn kehadiran berita gembira itu menghanyutkan tekananku...pd masa yg sama Atikah classmate aku membantu aku dan Amar menghabiskan sisa2 kerja emosi itu...alhamdulillah....


pada Jam 4 ptg barulah kitorang bertolak pulang ke Johor...
sampai umah aku kol 7 lebih....lambat???
sebab kitorang ade berhenti solat dan makan kat Infra Uniten Bangi dulu....

sesampai sahaja mereka ke rumahku,mereka berehat, solat magrib+isya', dan makan mlm di rumahku....hanya ada emak saja di rumahku ketika itu...ank2 sedaghe kt rumah diorang...ayahku pula di Masjid.....kedatangan kawan2ku di rumahku cukup bermakna walaupun sekejap dan bkn destinasi utama mereka dtg ke Johor ini....

Asyraaf jadi pemandu terhormat kami...terima kasih acap!!!

itu cerita pertama....


pada hari Sabtu keesokkannya pula,saya telah menghadiri Majlis Kenduri parents kawan aku (Nisa' Kamarudin) nak pi Haji...lokasi di Kg Tengah,Bakri....naik ape???dgn sape???
aku naik kereta Savvy milik Along aku seorang diri ke Muar...huhuhu...
gembira bkn main aku....aku bwk kete mse tu adalah sebagai latihan memandu kereta sebenarnya...aku x mahir sgt bwk kete manual ni...hahaha....tapi pemanduan aku kian cemerlang...wa3....selamat pergi dan selamat pulang.....

di rumah Nisa', kami berbual2 mengenai hal masing2....
sgt menyeronokkan....berkongsi cerita masing2....
Nisa' merupakan kawan sekolah menengah aku...die skrg blaja kt UM kos Pengajian Islam dgn Sains...hebat tuu....sempat jgk kami bergambar....baju sama tema plak tu....haha...
tapi aku xnk selitkan gambar tu kat sini...x sesuai dijadikan tontonan umum...
apa2pon aku sgt seronok pi kenduri umh die tu...manakan tidak,masa rayer manalah aku berayer umh kwn2 aku....
ade kesempatan dan peluang apa salahnya...
inilah kebahagiaan yg Allah berikan..tanpa perancangan...
kita merancang jgk,tapi perancangan DIa lebih baik....

hah!!!!lupe nak ckp....mase dh tibe sekitar Bakri/Sungai Abong tu,tibe2 aku hilang ingatan pulak...aku dh x ingat umh nisa' kat mane...hahaha...
nasib baik ade Syahmi (kwn sekolah menengah jgk,skrg die Form 6 kt SMKA Segamat)..die pon join sekali pi kenduri umh nisa' ni...dah lama x jumpe Syahmi n Nisa' sebenarnya....kenangan di SMKBM terulang kembali.....

kenduri tu berlangsung selepas Asar sehingga maghrib...so aku balik umah lps maghrib dan selamat sampai umh waktu isya'...alhamdulillah....

itu cerita kedua....cerita ketiga????
x sabar nak cerita....wa3....

hari Ahd pulak, aku bersama-sama anak2 sedaghe aku pi Kolej Matrikulasi Johor utk bermain Squasy...wah!!!biar betol???ye, memang betol pon....
inilah pertama kali aku main squasy...best dan agak seronok...
rase cm nk main lagi dan lagi...
yg lucunya, dlm gelanggang tu sampai 7 org sekali gus masuk dan bermain...termasuklah aku sekali...mcm bdk2 tol aku ni....xpe2....mesra kanak2 lah katakan....
malangnya,gambar xde masa nak amek....gmbr kt bwh ni je yg ade....
hehehe...eeh,suke plak....sepak kang!!

suasana gelanggang squasy KMJ...ade 2 gelanggang je...
naseb baik xde org sgt..xperlu r nk menunggu or rebut2...

memandangkan KKP pon dh habis...so hepi ar aku...
hahaha...
sekian wassalam....

heee............


Jamuan melantak

erghhhh..!!
kenyangnyer mkn...
kehidupanku asyik dilimpahi dgn godaan makanan dan makanan
elaun yg baru saja menerpa awalan bulan menjadi sumber kewangan utama melantak
makanan ni sume...

hobi saya makan...
sape je yg x suke mkn kn??
dgn mknn lah bdn ku berisi...
dgn mknn lah aku bisa berenergi...
dgn mknn lah aku dpt melupakan duka lara lalu yg menyakitkan hati...
riang dan senang sekali hati ini...

setinggi2 kesyukuran kpd Allah atas kurnia rezeki
yg Kau berikan selama ini...
aku bahagia dgn kehidupan kini....alhamdulillah....


memori mkn kat KFC bersama hakim najmi
dan faiz....mkn kfc ni adalah cadangan hikayat putera nazrin sebenarnya...
atas pujuk rayu utk mkn di kfc warta itu, akhirnya mereka bersetuju...yahuuu!!!


saya dan firdaus...
dua jejaka kuat makan...
jejaka????
hahaha.....


ini set kfc yg aku pilih...
X-MEAL.....
yg penting ade cheezy wedges...


pelanggan setia SOHO...
bestnyer time ni...
nanti kite pi lagi ye...