Pembuka Bicara

Kesetiaanmu Kuhargai

Penyambut tetamu

Penyambut tetamu
Bismillahirrahmanirrahim...Assalammualaikum semua.Selamat datang dan aHLAN wasahlan ke blog ala2 Diari Hikayat Putera Nazrin ini.hahaha...Blog ini mengandungi kisah-kisah menarik,dan cerita-cerita suka dan duka dalam layaran kehidupan saya....Siapa yang x berkenan dengan blog ni,bley blar skrg eh ataupun tekan close terus.....huhu (x masal)..sekian terima kaseh!!..teruskan membaca dan selamat menziarahi blog saya ini...ngeh3...

Dimulakan Dengan...

Saturday, October 17, 2009

Al-fatihah buat rakan seperjuangan...

Al-fatihah buat Allahyarhamah Humairah Jalil...
yg telah kembali ke Rahmatullah pada 17 Oktober 2009/28 syawal 1430H..
arwah telah menghembuskan nafasnya yg terakhir pd wktu ptg,
di Hospital An Nur Kajang,
akibat penyakit Asma..


arwah berasal dari Batu Pahat,Johor...
merupakan rakan seperjuanganku yg belajar di Kelas PPISMP 1.01,,
walaupun aku tidak sempat mengenalinya...
namun perasaan ini seolah-olah telah mengenali dirinya berkurun sudah,
apatah lagi bagi mereka yg rapat dgn arwah...=(
sama-samalah kita tabah dengan pemergiannya..
Allah lebih menyayanginya...
setiap yg hidup pasti akan pergi,,begitu juga dgnku,
kamu,mereka,kita semua...takkan terlepas dari kematian...


Takutlah...
Risaulah....
Jgnlah leka....
bangkit....
Mohonlah...
pintalah....
Tunduklah pada DIA...yang Satu.....
Bukan 1 Malaysia yg diagungkan....
Kejarlah Satu Matlamat---
Allah-syurga-akhirat-amal soleh-kebaikan dunia akhirat...


++++++++++++++++++++++++++++


p/s: Ya Allah...aku rasa sgt3 bersalah padaMu...


Friday, October 16, 2009

Ujian Amali Bahasa Arab 2

koleksi gambar2 semasa 2 hari Ujian Amali Bahasa Arab berlangsung
(12 & 13 oktober 2009)
ada yg tgh wt diskusi...ade yg berborak,baca buku,menghafal dan sebagainya...

++++++++++++++++++++++++

Setelah berlalu Ujian Amali Bahasa Arab 1 (maharatul istima'),,,pada hari keesokkannya pula (selasa) dijalankan pula Ujian Amali Bahasa Arab 2 (maharatul kalam)...


bley caye ke aku mutakalim fi arabiah ni???huhui......hebat2...


Pelajar2 dikuarantinkan di sebuah bilik khas sebelum masuk ke tempat perujian syafawi arabiah (kelas).Masa tu,,aku sempat ar jgk belek2 balik ape yg telah aku pelajari dengan Ustazah Aishah..segala nota2 yg aku catat barangkali cukup membantu aku untuk berkalam arab nnti.huhu...Mengikut kuliah PPISMP 1.03,aku berada pada giliran nombor 4...Aku berasa sdikit 'cuak' ar mase tu...sbb takot2 xde idea nk kalam nnti...tmbhn plak giliran aku awal jgk tu...


Tapi dengan keadilan,kebaikan,ketentuan Allah itu mengatasi segala-galanya.DIA telah memberi ketenangan dan curahan ilham untuk aku berkalam arab dan menjawab soalan dengan cukup hasan.Alhamdulillah byk2......aku telah membuat yg terbaik dlm syafawi ini.Usaha dan persediaan telah aku lakukan beberapa hari sebelum syafawi tu...agak berbaloi jgk ar usaha aku selama ni.alhamdulillah...
lupe nk ckp,,,
Ustaz Rahmat bin Othman yg jadi 'examiner' kelas kami (PPISMP 1.03) masa tu..



Ujian tersebut telah bermula
pada pukul 8.00 pagi sehingga waktu tengah hari (13/10/2009).


++++++++++++++++++++++++++


iQra'!!!mukjam bergambar ni byk jgk mmbantu aku...pendek kata,mukjam ni menjadi sumber inspirasi,dan rujukan aku lar..

(BM-Bi-BA-Jawi)

Biqulubil amin,,soalan yg ditujukan tidaklah sesusah yg aku sangkakan..Soalan2nya mengingatkan aku kepada format soalan PMR...(ada gambar,ada peta jalan,dan cara membuat kopi)..tol x???aku telah memberikan yg terbaik utk diri aku sendiri...selebihnya,aku hanya mampu bertawakal kepada Allah sahaja...



Terima kasih kepada sahabat2 yg telah banyak membantu.....koranglah
yg slalu mmbangkitkn semngat dan kegembiraan aku kt cni...
korang memg bez!!!(kene sebut ke nama2 korg???)
x yah lar....hahaa...............



p/s: rasa lega sgt bila dh lps....huuu~



Tuesday, October 13, 2009

Ujian Amali Bahasa Arab 1

afwan....aku.....zamir
(sempat bergambar sebelum masuk ke Dewan)
huhuhu....



++++++++++++++++++++++++++++++

Di pagi Isnin yang cerah nan indah,
Setelah tirai perhimpunan pagi di dataran dilabuhkan,
Kami pelajar-pelajar
kos Pengajian Islam & Al-Quran/Bi/BA
membuat persiapan untuk menghadapi satu

UJIAN AMALI BAHASA ARAB 1
(MAHARATUL ISTIMA')
=kemahiran mendengar=


Tempat:Dewan Besar Nik Muhyideen Musa IPG KPI
Tarikh:12 Oktober 2009
Hari: Isnin
Masa:9.30 a.m-11.00 a.m (1 Jam 1/2)
Kuliah2 yg terlibat: PPISMP 1.01-1.05
Jumlah Calon: 98 "
kot...." (kurang pasti)


Sesungguhnya inilah pengalaman pertama kami menghadapi peperiksaan
yang berformat sebegini...Bagi diriku,pengalaman tersebut sangat2 manis dan bermakna..
Bahasa Arab Bahasa Syurga,Bahasa Al-Furqon..


Biqulubil amin,aku tidaklah 'nervous' sgt...bkn sbb dh pndai,bkn juga sbb dh cukup bersedia,barangkali tidak sabar untuk menimba pengalaman pertama
menjawab soalan tersebut....(ceh wah,,,mcm yakin plak aku ni)

Bagaimana pergerakan peperiksaan tersebut dijalankan??
Tidak perlulah untuk diulas panjang lebar...Cukup sekadar ekspresi dan kata hatiku saja yg berkalam di ruang ini.....Yg penting peperiksaan tersebut,aku xde nk komen ape2....sebab,ia akan kelihatan mudah bagi yg berusaha,dan mengingatinya....dan kelihatan sukar bagi mereka yg tidak/kurang berusaha....
Bak kata Ustazah Nor BaiyYah,penceramah bebas yg
aku sendiri kagumi ,"ANDA BUAT,ANDA DAPAT"


Alhamdulillah ujian tersebut selesai pada pukul 11.00 pagi...
Keluar dari dewan dan terus fokus pada komitmen & t/jwb2 lain yg ternyata membuat
kepala ku "demam" buat seketika waktu...

Aku hanya mampu berusaha,,,berdoa dan bertawakkal saja...padaMU Ya Allah Ya Karim..





p/s: keesokan harinya,ada UJIAN AMALI BAHASA ARAB 2 (MAhiratul Kalam)...


Saturday, October 10, 2009

GroUp bOwLing PPiSmP 1.03/1.04 (GERKO)

kami bermain bowling pada setiap hari Selasa,pada pukul 2.30-4.30 p.m.
______________________
Gambo dak2 laki xde ke wei???



Kami pelajar muslimin
PPISMP 1.03/1.04
Ambilan Julai 2009

Bas IPG KPI yg byk berjasa...
huhuhu...
membawa kami ke tempat main bowling
Warta..

Bosannya tunggu bas lama2...
(kesabaran kami sentiasa diuji)


Pelajar Muslimat
PPiSMP 1.03..
(dak2 pmpuan kelas aku ni)
Patut ar mcm kenal je...

Ustazah2 ni semua terer main bowling...
Mumtaz!!


Hahaha....


p/s: aku pengerusi group ni,dibantu oleh Aqilah (PPISMP 1.04)..

CeriTa LebarAn yG tELaH LaMa b'LaLu

-antara gambar2 yg sempat diambil...
gambar yg tertera hanya ada beberapa sahaja tu.......-writer-
_________________________________________


Walaupun hanya seminggu sahaja kami diberikan cuti untuk berhari raya bersama keluarga,namun aku tetap dapat merasai nikmat kebahagiaan di hari lebaran itu.Sama juga seperti lebaran tahun2 yg lalu.Frasa "sederhana" begitu sinonim sekali dengan perayaan keluarga kami.Dalam Islam sangat dituntut mengamalkan kesederhanaan dalam segala aspek kehidupan.Allah tidak menyuruh kita melakukan sesuatu perkara secara melampaui batas,berlebih-lebihan ataupun membazir.Sesungguhnya,membazir itu feberet syaiton.betol x??
Islam itu cantik,jangan dihodohkan degan sifat-sifat yang dilarang oleh-Nya.
Walaupun entry ini sepatotnya sudah lama diterbitkan,namun atas sebab2 tertentu penerbitan cerita raya ni tergendala buat seketika....(kuang3)...
Aku x tahu ar nk cerita apa...Hahahah..



Raya pertama


:::Mandi sunat Aidilfitri:::
:::Pakai baju melayu kale coklat:::
:::Pergi Solat Sunat Aidilfitri kt Masjid :::
:::Makan hidangan berupa ketupat,sate,n yg seangkatan dengannya:::
:::Pergi beraya umh atok sebelah mak,kt Sagil..::
:::Beraya umh2 bpk,mak saudara kt sekitar Sagil n Tangkak:::
:::Dok umh lepak2,lyn tetamu,mkn kuih2 raye:::
:::Dh pnt.......tdo ar::
:::x tgk tv sgt,,cZ xde ape2 yg menarik n penting...Semuanya 'laghoh' belako:::
selesai raya pertama,kita beralih pula kepada hari..


Raya Kedua


:::Mandi..then,dengo radio kot...(x ingat ar wt pe mse ni),,ngeh3:::
:::beraya bersama family ke umh2 saudara kt sekitar Tangkak,n mUoO..:::
:::dpt dwet raye cket...huhu...dlm kira2 RM5.00 saja,hahaha:::
:::lagi wt pe ek???hmmm...ntah le...x ingat:::


Raya Ketiga


:::pLAN bersama membe2 f4-f5 utk beraya umh2 mmbe kt sekitar Ledang/Tangkak:::
:::isi minyak motor RM4.00::
:::destinasi-Bukit Gambir (umh Fiha),Panchor (jauh giler jgk ar,umh Fithrah tu) dari umh aku,then umh FuaD kt Serom,umh sape lagi ek???alamak!!!!!!!lupe lagi....astagfirullah3...:::
:::meriah btol konvoi raya kami mase ni.almaklumlah dh lame kami x bertemu dan beramah mesra antara satu sama lain,...(kuang3)...:::
:::lupe nk ckp,,,konvoi kitorg dari tghari hingga ke ptg...tapi rumah2 yg kitorg gi cket aje...tah pape ntah..::
:::perot kami sangat kekenyangan,mane taknya...tiap2 rumah ade je makanan yg dihidNGKn khas buat kami berupa MEE goreng,SpaGheti,n byk lagi...alhamdulillah sajalah yg mampu aku lafazkan tatkala itu::::
::destinasi terakhir kami ialah ke umh aku kt KG Payamas,Tangkak...huhu...:::
(seronok ar diorg dpt dtg umh aku utk rye kali ni,,,sgt2 terharu...huhu)
hrp2 thun dpn,,dpt kite konvoi lagi cm ni...hehehe.....
p/s: kami byk borak2 tentang kegiatan masing2 setelah berpisah sekian lama...mcm cerita Jejak Kasih pulak...hahaha...



Raya Keempat


:::kali ni,konvoi kami masuk kepada episod kedua::
(yg mase knvoi raye ketiga tu sbnrnya episod pertama konvoi kami)
:::raye umh mmbe2 sekitar mUoo:::
:::Destinasi-umh syasya dan Ejah kt Tg Gading,umh Nisa' kt Kg Tengah Bakri,umh Limah Mahat,Bella,Piqah kt Pt Amal...,umh Pizah kt Pt Nawi pon kami pergi (jaoooooooohhhhhhhhhh sgt2...dh nk dkt Batu pahat dh..::
:::kepenatan yg teramat,,,wktu mahgrib baru nk balik...astagfirullah...~:::
p/s:kali ni pon kami byk mkn n minum...pendek kata,rezeki mencurah-curah.Hanya lafaz alhamdulillah saja yg boleh aku lafazkan...



Raya Kelima


:::entah:::
:::x tahu wt pe:::
hahaha


Raya keenam


:::solat Jumaat kt Masjid:::
pergi rumah Angah kt Bukit Pasir,MuO bersama family::
wt jamuan family cket...(sderhana saja)


Raya Ketujuh


:::Raya umh along pulak kt Taman Sialang,Tangkak:::
ade jamuan family episod kedua pulak...huhuhu...
bes...
bes...


Raya Kelapan


:::balik IPG Kampus Pendidikan Islam:::
alkisahnya.....



p/s:pehh.....x puas ar beraya...aishhhh~


Thursday, October 8, 2009

Berkurun sudah~

Assalammualaikum kepada semua yg beragama Islam,dan Salam Sejahtera kepada mereka yg tidak beragama Islam... Dah berkurun lama aku x update blog ni...Tiada kesempatan masa langsung untuk meluahkan apa yg aku rasa,menceritakan sesuatu yg menarik di IPG KpI ini,melepaskan keseronokan,kedukaan dan sebagainya...Namun pada hakikat yg sebenar, sepanjang aku x update blog ni,dh byk sgt kesedaran dan perkara yg aku tempuhi sejak bergelar Guru Pelatih di sini..Penat perkara biasa,Aktiviti@Program di sini sentiasa berlarutan,Kerja Kursus+Asaimen perkara wajib,dan banyak lagi ar....Aku cukup yakin dan percaya bahawa semua itu kekuatan,semua itu keperluan,juga penambahbaikan ke arah kehidupan yg lebih membahagiakan berbaur kemanisan kelak.hanya padaMu Ya Allah aku meminta,memohon,menangis,mengadu,menyembah,tunduk sujud hanya pada engkau Yg Satu.. Alhamdulillah,,dapat juga aku curi sedikit masa ini dengan sedikit kata-kata pada ketika ini.Pada masa yg akan datang,aku akan menceritakan pula apa2 event@perkara yg terjadi di sini.Setakat ini,aku ketiadaan ruang waktu untuk blogging2 ni..X berapa signifikan sgt ar benda2 ni semua... Allah itu palinnnnnnnnnnngggg penting!!! Ingat tu NaZz~


Sekian sahaja bicara dariku
, Naz...



p/s: penat,letih,x larat...tapi kena kuat,kena tabah,perlu matang!!