Pembuka Bicara

Kesetiaanmu Kuhargai

Penyambut tetamu

Penyambut tetamu
Bismillahirrahmanirrahim...Assalammualaikum semua.Selamat datang dan aHLAN wasahlan ke blog ala2 Diari Hikayat Putera Nazrin ini.hahaha...Blog ini mengandungi kisah-kisah menarik,dan cerita-cerita suka dan duka dalam layaran kehidupan saya....Siapa yang x berkenan dengan blog ni,bley blar skrg eh ataupun tekan close terus.....huhu (x masal)..sekian terima kaseh!!..teruskan membaca dan selamat menziarahi blog saya ini...ngeh3...

Dimulakan Dengan...

Thursday, July 9, 2009

3 days befOre sTepPinG inTo caMpuS LifE..

salam....
tinggal 3 hari je lagi aku bakal melangkah ke alam kampus,( tatkala aku menulis ceritera ringkas ini...)
huh~emosi dan ekspresiku ketika ini bercampur-baur...ada suka,ada kesedihan,kesyukuran,dan ada juga beberapa ranting persoalan yang tersangkut di kotak pemikiranku ini...bagi seseorang yang lebih lama makan garam daripada aku,sudah tentu mereka akan berkata:"biase lar tu,dah nak sambung blajo,memang begitu,dulu...aku pon mcm tu jgk"
(tah pape ntah yg aku melalut!,hahaha)
ketika aku menulis entry ini,aku sudah persiapkan 85% barang2 dan dokumen2 yg diperlukan ke IPGM Kampus Pendidikan Islam Selangor pada 13/7 ini...(Isnin)..
cepat kn??kuang3...
Tinggal beberapa perkara je lagi masih belum sempurna lagi..InsyaAllah Sabtu ni(11/7) segalanya akn siap...ngeh3~
aku berazam dengan diri ku sendiri,aku akan belajo rajin2 kt IPGM nnti dlm sbjek2 yg akanku ambil nnti (Pengajian Islam&Al-Quran,Bahasa Inggeris,Bahasa Arab...)
kalau ada rezeki,aku nak juga masuk pertandingan2 berunsur kurikulum seperti Pesta Pantun,Bahas ke...ape2 lah...
doakan aku eh....
hihii~
Yeh Yeh...dah nak masuk alam baru...huhu...
(gedik plak aku ni)....
sekian wasalam....


" i beLieVe i cAn fLy"

KeAzaMan kUnci segaLa perkAra (pepaTah AraB)


Wednesday, July 8, 2009

PPSMI dimansuhkan...

"Kita sebagai generasi muda sewajarnya mengambil info sedikit-sebanyak tentang isu semasa kini,lebih-lebih lagi dalam bidang pendidikan negara dinihari....Informasi mengenai transformasi pendidikan kini melibatkan banyak pihak untuk didiskusikan bersama bagi memberi impak positif dan kepuasan hati kepada negara mahupun rakyat jelata.." (dengarkanlah kata hati ku ini)
CoPy paSte je dari BERITA HARIAN (9/07/09):

Sains, Matematik kembali diajar dalam BM pada 2012
PUTRAJAYA: Kabinet semalam meluluskan strategi baru untuk memartabatkan bahasa Malaysia serta memantapkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan. Ini selaras dengan keputusan kerajaan untuk melaksanakan semula Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia, berkuat kuasa pada 2012. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil pula dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.
Pada sidang medianya di sini, beliau yang juga Menteri Pelajaran, bagaimanapun berkata penguasaan bahasa Inggeris akan terus ditingkatkan dengan me-nambah baik pengajaran dan pembelajaran subjek berkenaan. Pada 2003, kerajaan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), tetapi mendapat bantahan pelbagai pihak terutama pejuang bahasa yang mahu dasar itu dikaji semula. Muhyiddin menjelaskan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia akan bermula secara bertahap bagi Tahun Satu dan Empat di sekolah rendah serta Tingkatan Satu dan Empat di sekolah menengah pada 2012, tetapi tidak membabitkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi.

"Untuk memastikan pelaksanaan strategi baru itu tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti PPSMI, pengajaran dan pembelajaran untuk kedua-dua mata pelajaran itu akan dibuat dalam dwi-bahasa sehingga kohort terakhir PPSMI tamat pada 2014," katanya. Sambil menolak andaian keputusan itu dibuat akibat tekanan mana-mana pihak, Muhyiddin menegaskan: "Kerajaan mengambil keputusan ini setelah meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai PPSMI yang menunjukkan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan sebagaimana yang dihasratkan. "Apa yang dilaksanakan ialah PPSMI/BM, iaitu guru mengajar subjek Sains dan Matematik dalam dwi-bahasa, iaitu bahasa Melayu dan Inggeris."

Pemantauan kementerian pada 2008, katanya, mendapati hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. Selain pemantauan kementerian, Laporan Trends in Mathematics and Sciences Study 2007 juga menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam subjek Sains merosot daripada tangga ke-20 pada 2003 ke-21 pada 2007. Bagi subjek Matematik pula, laporan sama menyatakan kedudukan murid Malaysia merosot daripada tangga ke-10 pada 2003 kepada ke-20 pada 2007. Kajian universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah di tahap nominal, iaitu tidak melebihi tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI yang bermula sejak 2003. "Berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin bahawa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid, iaitu Melayu di sekolah kebangsaan dan menengah dan bahasa Cina dan Tamil di SJK Cina dan Tamil," katanya. Mengenai langkah untuk memartabatkan bahasa Malaysia, beliau berkata, kementerian akan melaksanakan transformasi kurikulum bahasa itu di sekolah rendah dan menengah dengan memberi fokus kepada asas kemahiran berbahasa menerusi pendekatan modular bersepadu meliputi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, penguasaan tatabahasa dan seni bahasa. "Pada peringkat sekolah menengah, transformasi kurikulum bahasa Malaysia akan memberikan penekanan kepada penghayatan dan apresiasi aspek kesusasteraan Melayu di samping memantapkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca membaca, menulis, penguasaan tatabahasa dan seni bahasa," katanya. INFO: Kelemahan PPSMI
Peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53 hingga 58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi subjek Sains dan Matematik.
Hanya sebahagian guru Matematik dan Sains di sekolah menengah dan rendah yang mengambil ujian Penilaian Tahap Profisiensi bahasa Inggeris pada 2008 mencapai tahap profisiensi.

Peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam UPSR 2008 merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus sekolah luar bandar.
Peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam UPSR 2008 untuk subjek Matematik bagi murid bandar merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus, luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus.
Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam subjek Sains dan Matematik semakin melebar.

Monday, July 6, 2009

MajliS AkaDemiK SMKBM

MAJLIS ANUGERAH AKADEMIK
SMK BANDAR MAHARANI
TarikH:2 Julai 2009
Tempat:Dewan SMKBM (kt blok baru)
Masa:11.00 pagi
Aku menaiki motorsikal ke sekolah bersama Syahmi tepat pada jam 8.45 pagi..
Cuaca ketika itu agak mendung (mcm nk hujan je)...hujan RAHMAT tu...InsyaAllah..
Kitorang jumpe cikgu-cikgu dgn bdk2 SMKBM...huh~ amat meletihkan...
berjalan ke sana dan ke mari...Terlalu byk transformasi di sekolah lama aku itu...Suatu yg harus dipuji dan dibanggakan...Tahniah!!
Dalam pada yg sama,hati aku 'terasa' dengan transformasi itu (time aku keluar sekolah ni,mcm2 ada)...
Majlis bermula pukul 11.00 pagi...Ada persembahan pelajar,Ucapan Pengetua (En.Puniran Bin Denan)-pengetua baru tu....dgn ucapan wakil PPD sekali...
Mase tu tibe2 cuaca mendung berubah hujan...(sejok btol)...
Kitorg yg dpt ANUGERAH SPM/PMR 2008 berpeluang menjadi generasi pertama pakai baju graduat kale purple tu..terasa bangga cket lh...(cket je)
Dak SPm yg dtg,aku dgn Aida je,PMR pOn 2 org je dtg...Selebihnya wakil je...
(masing2 sibuk dgn komitmen masing2...)
gambar ni je yg sempat diambil,hahaha:::



aku dgn aida...
(dpt PlaK,SijiL PenghargaaN)
Duit pon dpt jgk,tapi xde dlm pic kt ats kn??
Dh simpan awl2 dh...tkot korg amek..
hahaha..
(tah pape ntah!)



PRAISE BE TO GOD...
Bagi aku,ini rezeki Allah...Masing2 ade rezeki masing2...
lambat atau cepat dan tempat rezeki itu dikurniakan,hanya itu yg menjadi percaturannya...
itu yg terbaik dtgnya dari ALLAH...
Tidak janggal andainya aku mengatakan kejayaan ini milik kwn2 semua,ibu bapaku,cikgu2...
walaupun result SPM x brape nk baek,,kite terima dgn hati yg terbuka...
InsyaAllah aku akn dpt pakai baju graduat lagi
pd Tahun 2014/2015..hehehe..
(ketika berumur 24 thun kot)
18+5 1/2=23 1/2

Sunday, July 5, 2009

hanG oUt dGn AmrUn kE MUAR

PROGRAM JALAN-JALAN DGN AMRUN P SUARASA TV9
tarikh:4/07/09
masa:11.30a.m-4.00p.m
kenderaan:naik bas
planner:amrun..
follower:aku...(hahaha)
destinasi utama:Suarasa TV9,Tg Emas MUar
tujuan:saje jln2 n update S.O.X/U.O.X kt booth Celcom
pengunjung:ramai siooot..
cuaca:panas terik...x tahan btol aku!!
kewangan kitorg:terkawal dan stabil
LeT sEE::
pix ni diambil selepas solat zuhur di masjiD
kt TAnjung Emas tu...
amrun sempat pozing kt kereta TV9 di hatiku ni...
mse ni camera aku wt hal bhai,,sbb tu pix aku xde kt cni...
nyirap gler!

aku beli kasut Hitam ni kt HOOVER..
(prepare utk msuk IPGM 13/7 ni)
harga:RM29.90
(jujur sey aku ni)

amrun yg kacak...
hahaha...
lokasi:kdai mkn kt bus stand MuO

muka yg kepenatan..
minum2 jap...(air sirap limau ais)
+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+
lps hbis je minum2 kt c2,kitorg pn bla...
naik bas kol 4.30p.m...
kesimpulannya,Program Jln2 ni saje2 je,almaklumlah lps ni dh jrg jumpe...
Amrun Form 6 kt SMKA Segamat...aku plak dh nk smbng blajo nnti...
ish3...sedihnyer....^~^

Thursday, July 2, 2009

niTe b4 majlis anugerah akademik 2009 SMKBM.

fresh orange-2
mee tiaw hailam najib punye...
nasi greng kmpung aku punyer(dh x tahu nk mkn ape lagi,,so blur %#$%&^^&*^*&^^^%)
kt pic atas ni x de pic nasi greng kmpung kn???
sbbnye blom sampai lagi...kakakaka...
kitorg gi Medan Ikan Sabak Awor ni:
Tarikh-1/7/09
Masa-lepas isyak...
Kenderaan-Motorsikal..
Kos-Rm9.50...+Otak2 Rm5.00
total=Rm14.50
cube teka sape blnje???
u guess??
biarlh jdi persoalan sampai bile2 pOn...hahaha...

NajiB skang form 5RkA sMkbM..
this year he 'll face to
spm

aKu suke baju hijau ni...kale fveret...
tu spek pinjam...najib punye...hahaha...
jam tu aku punyer...mlm tu aku tdo umh dia(najib),sbb esknye kt sekolah aku ade jemputan ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik..kononnye aku penerima anugerah lh tu...pasal anugerah tu aku blom sempat nk entry lgi sbb ade teknikal prob cket...InsyaAllah ade mase aku tulis cerite pasal majlis tu