Pembuka Bicara

Kesetiaanmu Kuhargai

Penyambut tetamu

Penyambut tetamu
Bismillahirrahmanirrahim...Assalammualaikum semua.Selamat datang dan aHLAN wasahlan ke blog ala2 Diari Hikayat Putera Nazrin ini.hahaha...Blog ini mengandungi kisah-kisah menarik,dan cerita-cerita suka dan duka dalam layaran kehidupan saya....Siapa yang x berkenan dengan blog ni,bley blar skrg eh ataupun tekan close terus.....huhu (x masal)..sekian terima kaseh!!..teruskan membaca dan selamat menziarahi blog saya ini...ngeh3...

Dimulakan Dengan...

Monday, March 22, 2010

hOlidaY wiTh piZza


Masa cuti seminggu yg lalu apa yg aku buat?
aku dok umah je,x wat amende pon.tapi x bosan pon sebab
ada byk makanan kat rumah.huhu....aku x boleh hidup tanpa makanan.
sekurang-kurangnya aku tidaklah
kelaparan seperti selalu.hahaha...akak2 aku x semua balik kampung waktu cuti tu.
so aku lah yg menjaga rumah itu,bersama dengan parents dan ank2 saudara tercinta...huhu..

Kak As aku balik kampung kejap.Dia nak belanja kitorang makan pizza hut.
Pilihan pizza dibuat oleh aku dan ank saudara aku (Hakimah)..
aku dgn dia lah yg pergi Pizza Hut membeli pizza tersebut.
Kami telah memilih Pizza 10 lapis yg ada keluar kt iklan tV tu dengan Pizza Hawaian Tuna.


Hafizullah (Uda) ialah ank saudara aku.
Dia tgh makan pizza 10 lapis tu..
sedap weyh~
dia sangat pandai menunjukkan aksi mkn ketika bergambar.haha..


kitorang bungkus bwk balik umah..
2 pizza large dengan harga RM47.00
(pakej)


Inilah Pizza 10 lapis yg aku maksudkan tadi.
sedap sangat...ade keju,ade daging,ade sayur-sayuran,ade roti
dan sebagainya..
1 large pizza divide by 8 parts.


Ini pulak pizza Hawaian Tuna.
Rasanya biase2 je..
x sedap sangat bagi aku...
tapi alhamdulillah,ade org belanja-mkn free tu...
hehehehe.....


Dalam masa yg sama,sepupu aku yg baru sahaja mendapat result SPM
telah membuka sebuah gerai burger kt sebelah kedai milik keluargaku.
hari2 aku mkn burger,sebab tu lah perut aku pon dah mcm burger weyh~
hahaha....


Kat sebelah kedai keluargaku,ada kedai milik mak saudaraku...
beliau bersama keluarganya membuka kedai makan pd sebelah pagi sahaja.
kedai ni dah beroperasi selama lebih kurang 2 tahun lebih lah...
perniagaan ini boleh dikatakan laku jugaklah..


ade 2 motor yg aku nk cakap kt sini,iaitu
yg pertama motor wave 100 kale biru
dan yg kedua motor wave 100 kale merah tu.
motor biru tu aku dah bawa pergi kampus,baru je ambil dari pjbt pos,huhu...
motor merah tu motor baru...baru je beli hari tu utk kegunaan ayahandaku.


Ini sahaja lah cerita penghilang tekananku buat masa ini...

Laptop

Seronoknyer bile laptop dah normal balik,alhamdulillah.sekian berbulan2 lamanya aku merana gara-gara laptop aku yg tidak dpt berfungsi dgn betul.cuti seminggu yg lalu aku jadikan medium untuk memformat laptop aku yg sengal ni..akhirnya dpt juga aku tatap wajah paparan suci laptop aku.Terima kasih,Tuhan kerana memberikan aku sedikit kebahagiaan itu.

Laptop merupakan benda yg paling aku idam-idamkan sejak di tingkatan 5 lagi.Memasang harapan dan impian merupakan satu penantian yg aku sendiri tidak pasti kapan aku akn memilikinya.huhuhu...

Dengan kerjasama dan kebajikan akak aku yg ke-3,akhirnya aku dapat memiliki laptop ini.Alhamdulillah...aku berjanji dengan diri aku sendiri,bahawa aku akan menjaga laptop ini dengan sepenuh jiwa ragaku.hahaha...aku sgt sayang kt laptop aku.kenape??aku x mampu utk meluahkan apa yg terbuku kt hati ini.

Memang tak dinafikan,semua pelajar kat kampus ni memiliki laptop masing2 dan menjadi benda normal bagi semua pelajar.Tapi sedarkah kita bahawa ada ramai orang di luar sana tidak berkemampuan dan tidak berpeluang untuk memiliki laptop??Kemudahan ini bukan semua mampu untuk membelinya.Jadi,bila kita dah ada laptop kita seharusnya bersyukur dan menggunakannya dengan cara yang betul.

Harapan aku agar laptop aku tidak memberikan aku masalah lagi.Bila laptop aku 'rosak' mesti aku tention.Aku x nak tention,nanti aku bad mood.Nak belajar pon susah...hehehe...

(pOyO)

Aku sebenarnya saje je wat cerita yg membosankan ni,
sebab xde idea nk cerita tentang apa buat masa ni..hahahaha....

buah favourite saya

Nak kongsi maklumat mengenai kelebihan buah tembikai, kpd semua...
sumber adalah daripada i luv Islam....
terima kasih kerana memberi info berguna kepada saya...

Buah Tembikai adalah buah tempatan favourite aku dan yg paling bertakhta di mulut aku...
sangat sedap dimakan tatkala sejuk (yg baru keluar drpd refrigerator),huhuhu....



Nabi Muhammad SAW turut memakan buah tembikai selain daripada buah tamar. Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi merekodkan, Aisyah RA berkata: “Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama buah tamar basah”.


Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula. Ia juga mengandungi antioksidan lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser. Hal ini dilaporkn di laman web Centers for Disease Control and Prevention, Atlanta. Mengikut para pengkaji dari Universiti Harvard, lelaki yang banyak mengambil makanan yang mengandungi lycopene mempunyi risiko rendah menghidap penyakit kanser prostat. Selain itu, buah ini juga kaya dengan vitamin C dan beta karotena. Kedua-dua ini merupakan antioksidan yang diperlukan dalam memperbaiki sel-sel badan yang rosak di samping mencegah kanser. Menurut satu kajian yang dijalankan di Universiti Harvard, beta karotena berfungsi membunuh sel-sel kanser dan mampu mengubah protein yang diperlukan oleh sel-sel kanser itu lantas dengan itu mencegahnya daripada terus tumbuh.


Tambahan daripada itu, tembikai kaya dengan kalium (potasium). Apabila seseorang mengambil separuh sahaja daripada buah tembikai, dia memperoleh lebih kurang 825 mg kalium, iaitu zat logam penting yang berperanan merendahkan tekanan darah. Hal ini pernah dinyatakan oleh Dr. George Webb, Prof. Madya dalam bidang fisiologi dan biofizik dari Universiti Vermont College of Medicine. Kalium juga berfungsi menghalang kolesterol jahat daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri.


Di samping kalium, ia juga mengandungi asid folik, sejenis vitamin B yang diperlukan oleh ibu bagi menghalang bayi dalam kandungan daripada mengalami kecacatan dan penyakit jantung. Mengikut Prevention’s New Food for Healing Guide, kajian yang dilakukan ke atas 4 000 orang mendapati, bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil asid folik dengan kadar yang berisiko 60 peratus lebih rendah mengalami kecacatan otak dan saraf tunjang berbanding bayi-bayi lain.

bila MQA menjelma??

Keserabutan dan tsunami kesibukan telah melanda kami di PPISMP 2.03.Mana taknya,kami kena sediakan fail2 setiap subjek bagi pemantauan pihak MQA.masing2 sibuk menghabiskan duit elaun,mengerah tenaga,memerah keringat dan segalanya demi menjayakan proses menyiapkan fail2 tersebut.

Alhamdulillah... semuanya berjalan dengan lancar...huhuhu...
nasib baiklah aku simpan fail2 masa semester 1 dulu.senang cket keje aku
(senang lah sgt,lalalala)

Sifat rajin tertanam subur di dalam diri kami semua semenjak dikomen oleh
pihak berwajib IPG KPI berkenaan kekurangan di kelas kami.
Semoga sifat rajin ini tersemai-subur dengan malar dalam diri kami semua.Amin!!
hidup PPISMP 2.03!!!


antara kawan-kawanku yg sedang bertungkus-lumus mengupdate fail2..
sanggup datang ke kelas pd waktu malam semata-mata utk melunaskan tanggungjawab tersebut...ngeh3....


keadaan kelas masa penghuninya tiada...
x tahu lah kalau 'makhluk lain'ada yg tumpang sekejap kt sini...
hehehe...


suasana kelas yg kian ceria menambah keghairahan kami utk meneruskan
pembelajaran di sini.walaupun dibebani dengan banyak sgt KKP dan sebagainya,kami tetap tabah!!!


Dalam masa yg sama,tugasan untuk membuat satu exhibition berkenaan Basic Maths-Polya's Model turut harus dilunaskan oleh kami.
Maaf lah sebab aku sempat ambil gambar group aku punye je.hehehe...lawah x???
dah lama aku x buat kerje2 cm ni...tapi jgn x tahu,keje2 cm ni adalah minat aku sejak kecil lagi...huhuhu....


Sibuk betul diorang ni kan??
bagus2....teruskan kerja2 kamu...


Papan Kenyataan Setiap Subjek
di kelas kami...


fail ini semua adalah milikku...hahaha...
saje2 amek gambo ni sebagai tanda kenang-kenangan dan bukti bahawa
ni aku punye...( x masal)


Sekian terima kasih!!


geng petanque

Assalammualaikum...

Dah berbulan-bulan lamanya aku x update blog berkarat ni.rindu sgt2 nak memiliki masa lapang utk mengupdate blog.Akhirnya dpt jgk aku mencuri masa ni utk update blog.Terima Kasih Ya Allah...DIA yg bagi kite segala nikmat kat dunia ni.Kesyukuran adalah perkara terbaik yg wajar kite dukung tatkala ini.

Kesibukan dan ketiadaan masa lapang yg banyak serta masalah yg menimpa-nimpa bak hujan tumbuh selepas hujan telah menjadi halangan utama mengapa aku x update blog.
Sesungguhnya byk perkara yg aku lalui sepanjang aku x update blog ni.
Nak bercerita panjang,nanti aku penat nak taip.So ni je lah yg aku mampu nk taip.hehehe...


Gambar ini diambil ketika hujan merintih lebat membasahi bumi IPIS.
Masa ni kitorang waktu GERKo-Petanque di Padang IPG KPI.
Aku dan Uwais menunjukkan lagak spontan..
(xde ape pon yg menarik kt gambo ni sbnrnye,saje2 je letak)


gambo ni agak menarik jugak lah sebab ade ramai pemuda harapan bangsa kt sini.
kombinasi mantap syabab PPISMP 2.03 dan 2.04...
semoga ukhuwah Islami kita kekal buat selamanya...amin...


Dari kiri ke kanan:

Zulfikri-hafizan-Uwais-Asyraf Zamri-Aku-Izzudeen-Nazri-
Asyraaf Azhar-Kamal-Amar



Sunday, February 14, 2010

banyak kerja=kenal syukur + nikmat

Semenjak jadi JPP ni,banyak kerja yang aku terima.Dengan kerja Exco Ekonomi,meeting2 nya lagi.Pergh!!!memang pada awalnya berat sgt nak terima...sampai jatuh sakit aku dibuatnya.huhu...tapi bila dah lama2 ok kot,Insya'Allah.Bukan setakat itu sahaja kerja-kerja nya. Banyak lagi Kerja Kursus Pendek yang terbengkalai!!Banyak!!Rumit!!!Tapi tu lah pengajaran sebenarnya.Aku banyak belajar tentang erti syukur dan nikmat.2 nikmat yang acap kali dilupakan,iaitu nikmat masa lapang dan waktu sihat.Apa yang manusia lakukan bila bertandangnya waktu2 tersebut???Tanya lah diri anda masing2...

Aku tidak berniat untuk menaip panjang untuk entry kali ni,sebab aku sudah sibuk dengan kerja2 lain yang ternyata lebih penting daripada kerja blogging2 ni.Bila aku berblogging,that's mean aku jadi pencuri masa.aku x nak jadi pencuri.aku nak jadi perompak!!eh!! xde2...gurau je...huhu...aku nak jadi diri sendiri yg matang,baik,pro,amanah,bertanggungjawab dan yg paling penting beriman dan bertakwa.Ya Allah bimbinglah hambamu yg lemah dan jahil ini,aminnn....

Siang dan malamku di Kampus Pendidikan Islam seolah-olah sangat pantas berlalu.Waktu tidur hanya tinggal 4-5 jam sahaja.Mana cukup!!!nanti kat kelas,aku longlai!!!x bleh nak fokus!!!semua ni disebabkan timbunan kerja!!.....Naz!!!!jangan salahkan sesiapa.Kita kan ada 24 Jam sehari,pandai2 lah uruskan diri dengan masa kamu tu.Istilah rehat,tidur,makan bersama sahabat2,berborak2 sudah hanyut ditelan arus kesibukan kerja.Oh tidakkkk!!!!x sampai setahun pon aku kt kampus ni,aku dah sibuk mcm YB...huhu...ape bley buat,ko dh x ley lari dah...dah terlambat...





Apa-apapun teruskan perjuangan!!Buat kerja satu-persatu!!KINI KAU BUKAN ORANG BIASA,TAPI LAIN DARIPADA YANG BIASA..ingat tu...bila dapat kerja ,jangat merungut!!

dah lah,malas nak taip banyak2...ni pon saje je sign in blog aku yg dah lama x update ni!!!
akhir kata,gunakanlah masa lapang anda dengan kerja2 yg mulia dan berfaedah...beribadah lah benda yg paling baik!!waktu sihat pon mcm tu jugak taw!

sekian,wasalam....