Pembuka Bicara

Kesetiaanmu Kuhargai

Penyambut tetamu

Penyambut tetamu
Bismillahirrahmanirrahim...Assalammualaikum semua.Selamat datang dan aHLAN wasahlan ke blog ala2 Diari Hikayat Putera Nazrin ini.hahaha...Blog ini mengandungi kisah-kisah menarik,dan cerita-cerita suka dan duka dalam layaran kehidupan saya....Siapa yang x berkenan dengan blog ni,bley blar skrg eh ataupun tekan close terus.....huhu (x masal)..sekian terima kaseh!!..teruskan membaca dan selamat menziarahi blog saya ini...ngeh3...

Dimulakan Dengan...

Friday, January 1, 2010

Transformasi Dalam Hijrah


++HijRah,Kesabaran,Pengorbanan Dan Tindakan++
++
++
++
++++
"Langit tidak selalunya cerah, sulam malam tak berbintang, itulah lukisan alam, begitu aturan Tuhan,"Indah lirik lagunya semerdu suara sang penyanyinya...
Kita perlu menerima bahawa suasana alam sentiasa berubah-ubah,ada kalanya ceria dan ada kalanya muram. Namun,adakah dengan berubahnya suasana alam,pendirian kita juga mesti berubah?(ertinya berubah daripada keinginan untuk mencapai matlamat kepada perasaan malas yang akan membinasakan diri sendiri)
++++
++++
Tahun baru Islam sudah beberapa hari berlalu dan umur kita pula semakin meningkat,sedangkan apabila bertambahnya peningkatan umur maka jangka hayat kita hidup di dunia yang sementara ini semakin hari semakin singkat. Entah esok,entah lusa atau mungkin dalam masa satu saat lagi kita akan dijemput oleh-Nya untuk kembali pulang.
++++
++++
Dan tiada sesiapa pun mampu menghindarkan diri daripada kematian sebagaimana firman Allah :"Tiap-tiap jiwa akan merasai mati dan hanya makhluk jua yang mempunyai jiwa(roh atau dalam bahasa ilmu Ushuluddin dipanggil jauhar) dan roh adalah baru dijadikan-Nya daripada tiada kepada ada,maka yang mati hanya makhluk.Allah tetap Maha Hidup Kekal."
++++
++++
Dalam perjalanan hidup ini, terkadang kita merasa penat dan letih ditambah pula dengan perasaan duka yang melemahkan jiwa,apatah lagi jika apa yang kita inginkan tidak dapat dicapai? Pastinya perasaan sedih dan keputus asaan akan lahir dalam jiwa. Namun adakah apa yang kita anggap baik untuk kita itu terbaik bagi Allah? Dan mengapa Dia tidak memperkenankan keinginan dan doa yang kita rasakan terbaik untuk kita? Sebelum persoalan di atas dijawab, ada satu lagi persoalan utama yang perlu kita jawab dahulu. Siapa yang menjadikan kita?Pasti jawapannya adalah Allah; Tuhan Pencipta Alam. Jika Allah yang menciptakan kita, maka Dia tahu yang mana baik dan yang mana buruk untuk kita. Oleh yang demikian terjawabnya persoalan di atas.
++++
++++
Sesungguhnya setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah yang terkandung di sebaliknya kerana Allah yang menciptakan kita dan Dia tahu apa yang terbaik dan apa yang akan membinasakan hamba-Nya.
++++
++++
Allah berfirman:"Mungkin kamu membenci sesuatu padahal itulah yang baik bagimu,dan mungkin kamu suka pada sesuatu padahal bahaya bagimu,dan Allah yang mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."(Surah Al-Baqarah:216)
++++
++++
++++
Selagi sang bayu masih bertiup meskipun hembusan bayunya pilu dan mendukakan, selagi matahari masih memancarkan cahayanya meskipun kadangkala cahayanya suram seketika apabila dilitupi sang awan, kita perlu terus berjalan dan terus berusaha meskipun kita diuji dengan kegagalan, musibah dan ujian yang membuatkan air mata sentiasa mengalir. Teruskan perjalanan kita, insyaAllah selagi mana kita berusaha, berdo'a dan bertawakkal kepada Allah, pasti Dia akan membantu kita. Sabar adalah sumber kekuatan dan teman sejati kita.
++++
++++
Sayyidina Umar Al-Khattab pernah berkata:"Jika engkau sabar, maka hukum Allah tetap berjalan dan engkau mendapat pahala,dan apabila engkau tidak sabar, tetap berlaku ketentuan Allah sedang engkau berdosa."
++++
++++
Ingatlah bahawa Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan apa yang mampu ditanggung oleh hamba-Nya. Pasti setiap takdir yang kita lalui ini menunjukkan bahawa kita mampu menghadapinya.Begitulah apa yang dihuraikan oleh Dr. Fadzilah Kamsah ketika menasihati seorang lelaki suatu waktu dahulu. Dan teruskanlah penghijrahan kita ke arah kejayaan dan kegemilangan yang diredhai-Nya, moga-moga perjalanan kita pada tahun ini lebih baik dari tahun-tahun lalu. Ketika peristiwa hijrah, generasi para kekasih Allah merasai keperitan, kesengsaraan dan kelaparan. Jika mereka yang paling dikasihi Allah itu pun terpaksa bersusah payah merancang dan berkorban demi mendaulatkan Islam, maka sudah tentu kita hari ini perlu bersedia untuk berkorban jika kita benar-benar mencintai agama kita.
++
++
++
Semoga dengan artikel ini,sedikit sebanyak dapat menyedarkan diri kita
tentang hakikat Hijrah itu sendiri...
++
++
++++
++
++
++++



Tuesday, December 29, 2009

Penang Mai EP AkHiR

...sambungan daripada episod 4 yg lepas....


kini tibalah pada episod akhir Penang Mai...sedihnyer 'saya'....
lalala.....


Setiap percutian yg terjadi,pasti ada pelabuhannya...
Setiap yg awal,ada akhirnya...


Episod akhir ni merangkap hari terakhir percutian kami di sana...

::20 Disember 2009::
::Hari Ahad::
::Pagi::


Pemandangan Lautan Biru serba indah
menggamit tatapan mataku..
mengenal PENCIPTA yg maha indaH!!
*bangunan2 di Pulau Pinang yg kelihatan,
semasa kami sekeluarga menaiki feri untuk ke seberang..(Georgetown)

kondisi yg sangat mendamaikan tatkala aku menikmati kedinginan
pawana yg membelai jasadku...tekanan jiwa yg melanda
diriku seolah-olah mati dibunuh pesona alam ciptaan-NYA...


Feri yg lalu dari arah bertentangan sedang berselisih,so aku mengambil kesempatan untuk mengambil gambar feri tersebut...

*tu namanya feri tau!!bukan rakit ke,kapal layar or sebagainya...


Perkhidmatan feri di Pulau Mutiara...

Koleksi gambar memori di Pulau Pinang sebagai penutup ceritera,

Sekian sudah cerita kami,Lain masa bertemu lagi,dalam cerita yg mendatang,Insya'Allah...


Sekian Terima Kasih...

*malas nk bercerita panjang2 episod akhir ni sbb penat nk menaip panjang2!!kalau rajin bleylah aku berboria ke ape ke....

selamat sampai di rumah pada jam 6 petang...alhamdulillah....




++++++++++++++++++++++++++++



TAMAT


++++++++++++++++++++++++++++



Friday, December 25, 2009

Penang Mai EP 4

....sambungan...
+
+
tup tap tup tap,dh masuk EPISOD 4 dlm hari ke-3 percutian ke Pulau Mutiara.
Rasa mcm kejap sgt masa tu berlalu...
Rasa mcm nk dok lama je kt Penang,p jln2...
hehehe...
tapi x bley!!
nanti aku rindu Negeri Tercintaku,JOHOR!!
hahahaha...
+
++
+++
++++
++++++
Tanggal 19 Disember 2009,kami sekeluarga telah memilih BUKIT BENDERA
sebagai destinasi pelancongan pada pagi itu..
kenapa pergi awl pagi?sebab ramai org ar...takot2 dpt tiket naek 'train' lambat...
berasak-asak sana sini.Sebagai langkah bijak,kami pon pergi lah awal2...
+
++
+++
++++
++++++
Pulau Pinang sgt sinonim sekali dgn sejarahnya yg tersendiri.
BUKIT BENDERA pon sgt sinonim sekali dgn PULAU PINANG.
Para Pengunjung yg bertandang ke Pulau Mutiara ini pastinya xnak ketinggalan untuk
makan angin ke situ...
Rugi x pi sana!!
+
++
+++
+++++
Selamat Datang ke
BUKIT BENDERA/PENANG HILL

Masa kt dlm train tu,
ank2 saudara aku mcm dijangkiti virus kejakonan..
termasoklah diri aku sendiri...
Pemandangan yg mempesonakan,ditambahkan dgn cuaca yg agk
kedinginan sungguh mendamaikan hati ini...
Hijau Tumbuhan Menyejuk Mata Memandang.
bagus utk kesihatan!!

Papan Tanda Bukit Bendera kt luar pintu gerbang utama..


Landasan train Bukit Bendera..
Menuju ke Puncak Bukit
yg ingin dituju...


Setibanya kami ke puncak Bukit Bendera,
kami merakamkan sedetik kenangan
dengan cara bergambar,agar memori indah
nan suria terus malar segar
dlm ingatan ini....


Berapa kali daa nk ucap Selamat Datang???


Gambar aku di Bukit Bendera...
*naseb baek aku pakai "sweter" lengan panjang tu..
sebab cuaca sejuk...tapi xde ar sampai ke tulang...
terimbas kenangan ke Cameron Highland sewaktu aku form 4 dulu (tahun 2007)
bersama rakan2 sekolah menengah dahulu.


Mini Train yg kami naiki...
mengambil masa kira2 15 minit/20 minit utk
naik/turun Bukit Bendera ni...
Pergerakan train yg agk lmbt,memungkinkan perjalanan
mengambil masa sedikit..
...sob3...


Pemandangan yg sangaaaaaaaaatttt indah!!
sampai bile2 aku xnk lupakan wajah ini...
cantik sgt...ciptaan Allah ni...
dari situ aku nmpk Jambatan Pulau Pinang yg panjang tu...
ditambahkan dgn bangunan2 yg megah berdiri,kelihatan kerdil
jika dilihat dari puncak...huhu...
Awanan yg memutih kebiru-biruan diwarnai nur sang mentari
menambah pesona mata ini...nikmat berharga yg wajar aku syukuri YA Allah!!


Memang sengaja aku mengambil beberapa klip gambar
di sini...kerna aku sudah jatuh cinta pandang pertama sama ini pemandangan...
ni baru dari satu sudut,korang belum tgk lagi dari sudut yg lain...
fuh!!memang nian ar..
gambar yg diambil ni x serupa dgn nikmat mata sendiri yg melihatnya
tatkala itu...


Sebelum balik,
kami x akan sia-siakan pengalaman
dan percutian ini tanpa merakamkan
secolet memori indah di BUKIT BENDERA ni...
Sesuatu yg sgt indah bila kita dpt pi jalan jauh2 ni...
Tambahan pula bersama keluarga tersayang kn?>
huh~
Eventhough,x semua ahli keluarga aku terlibat menyertai
holiday ke Pulau Mutiara ni,
kenangan yg tercipta masih bisa tersemai subur
dalam hati kami ini..
+
++
+
++
+
++
+++++++++++++++++++++++++
TAMAT HARI KE-3
...bersambung
++++++++++++++++++++++++++++



Wednesday, December 23, 2009

Penang Mai EP 3

....sambungan hari ke-2 daripada percutian Pulau Pinang...

sedar x sedar dh masuk EPISOD 3...

dlm hari ke-2 tu..kami sekeluarga menyambung kegiatan jalan-jalan ke :

PESTA SUNGAI NIBONG PULAU PINANG

*Aktiviti Tahunan bagi Negeri Pulau Pinang*

hmm...kami bertolak ke tapak pesta selepas maghrib.Kelihatan manusia-manusia yg berkunjung masih belum terlalu ramai lagi.Barangkali manusia-manusia yg berkunjung akan menjadi lebih ramai selepas waktu Isya' nanti. (agknyer lah)

Mataku menjadi bersinar-sinar tatkala melihat cahaya-cahaya bergemerlapan memenuhi seantero tapak pesta itu..Apa yg ade kt situ ah??itulah persoalan induk yg bermain-main dalam kotak pemikiran aku setibanya kami di sana..

Kami pon mulakan aktiviti jalan2,

ada banyak gerai2,booth2,games2 yg ada kt situ..sekadar tengok2 je,x beli amende pon..x tahu ar nak beli ape..xde yg menarik pon!

Pintu Gerbang:

SELAMAT DATANG KE TAPAK PESTA SUNGAI NIBONG

imah,haziq,uda,hazqiL

(anak2 saudara aku sempat bergambar depan binatang tu sbg kenang-kenangan)

aku turut tak melepaskan peluang bergambar di pesta tersebut..
*time ni ramai org lalu-lalang kt tepi tu,malu sey aku...tapi wt2 don no je..

Tapak fun fair pesta..
banyak betol permainan yg membuat jantung seseorang itu
mcm nk tercabut...pendek kata mcm nk mati...
cuba teka aku main permainan ape masa tu??
buaian mcm eye on Malaysia yg kt belakang tu ke?bukan...
naik kuda pusing?bukan...
*aku naik buaian pusing yg pusing laju tu...
terasa gayat giler dowh...dh ar tinggi,laju pulak dia pusing,terasa
mcm nk tercampak je!
aku naik benda tu dgn abg long aku...
malangnya bukti menerusi gambar tidak dapat dilampirkan
di sini ats sebab2 tertentu...
*ank2 saudara aku ada jugak main permainan
gayat yg lain...tapi x tahu ape nama permainan tu...
tapi yg pasti permainan tu terasa mcm nk bunuh diri ar...
lalala....

special edition
Pesta Sungai Nibong
Pulau Pinang
18 Disember 2009
...fresh in our mind...



+++++++++++++++++++++++++++++++
TAMAT HARI KE-2
bersambung...
+++++++++++++++++++++++++++++++++


Monday, December 21, 2009

Penang Mai EP 2

Assalamualaikum Pembuka Bicara....


Dalam episod pembukaan Cerita Penang Mai ini,
aku telah menceritakan serba sedikit tentang butiran percutian
dalam hari pertama..
Cerita ini memerlukan beberapa episod agar aku x penat menaip,
dan tidak kelihatan berserabut...huhuhu...

Dalam episod 1 aku telah ceritakan sedikit tentang Hari PErtama kan??
so dalam Episod 2 ni aku nk cerita plak tentang hari ke-2 percutian ini..
hehehe...

Aku bercerita bukan semata-mata nk bagi org baca,tapi telah menjadi
suatu kepuasan bila aku dpt publish sesuatu cerita kt ruang blogger ni..
rasa puas,rasa mcm indah sgt hidup ni...colourful..wonderful..amazing...interesting!
Ayuh kita sambung cerita selanjutnya...~
huhuhu...
+
+
+
Masa Hari Ke-2,iaitu pd 18/12/2009 bersamaan dgn hari Jumaat,
usrah kami telah melawat Tokong Cina yg bernama..??entah...
x tahu nk sebut...biorkan je ar..
Tokong Cina tu sgt besar dan berada di kawasan tanah tinggi...
tempat pelancongan utama bagi para pelancong ke Negeri Pulau Pinang ni...
(tapi kaum cina je yg ramai kt tmpt tu aku tgk=memang ar..kn tmpat
penyembahan mereka..ish3...)
+
+++
+++++
Byk sgt patung2 besar yg ada kt situ...
dh ar banyak,pening kepala aku!!
dgn bau asap sana sini,membuatkan diriku laksana berada di alam
yg begitu asing sekali...
++++
+++
++
+
Walau Bagaimanapun Islam tu tetap
ada 1 TUHAN iaitu Allah...
tiada yg lain,,,DIA Tunggal...
Masa tengah melihat-lihat Tokong tu,
lantas membuatku berfikir tentang kebesaran Allah Subhanu Wata'ala,
DIA hanya SATU,x banyak...
DIA tempat kita pinta,tempat kita sembah SATU-SATUNYA..
tiada pening2...malahan ketenangan yg bertamu..
hebat betol DIA!!!

Time ni kt Tokong Cina tu.....
sempat merakam kenangan walaupun x cukup bersedia utk
bergambar..almaklumlah aku ni kn pemalu orgnyer...=)
baju biru (imah),baju merah (uda)-mereka tu ank saudara aku...


eee.....pegang ular siot..
dari kiri-Haziq-Uda-Abg Long-aku (acu),
yg kecik tu namanya Hazqil...
masa ni bukan kt Tokong Cina...tapi kt Tokong lagi satu,
iaitu Tokong Ular...


Ular Sawa yg panjang...dia tgh tdo sbnrnye time tu...



Pemandangan di Tokong Cina tu...
*terasa mcm berada di negara China plak,
masa zaman2 Dinasti tu...
hehehe...
ditambahkan dengan cuaca yg agk sejuk kerana
hujan+mendung
fuh!!


ni ar The Snake Farm
kt Tokong Ular tu..
ada mcm2 jenis ular...
yg aku suka kacau mase tu ialah Ular Senduk..
cz kepala dia asyik ikot je gerak-geri aku...
ke kiri dan ke kanan...
konon2nye dia nk serang aku ar tu...
tapi x bley,cz dia kt dlm akuarium..
kakaka....
tah pape ntah aku ni!!


kt depan Tokong Ular..
sempat tangkap gambo time nk balik...


semasa mendaki ank2 tangga kt Tokong Cina..
pnt betol....!!tinggi weyh~


menara ape tah ni??
aku pon blur...maen tgkap je gambo...
sebagai collection percutian,
hehehe..


bergurau senda seketika
sebagai penambah perisa percutian..
bonda aku yg pakai baju purple tu...
kak long aku yg pakai baju purple gelap...


Pemandangan Tokong Cina dari bawah..


mengisi masa lapang dgn photoscape...
hahaha....
nk membuktikan bahawa aku x ketinggalan zaman...
kuang3...

Menara Komtar
sebagai sebuah identiti bagi Pulau Pinang...
megah berdiri di bawah awanan putih...
=
=
=
=
=
=
++++++++++++++++++++++++++++++
TAMAT SEPARUH HARI KE-2
bersambung.....dlm episod 3..
+++++++++++++++++++++++++++++++++



Sunday, December 20, 2009

Penang Mai EP 1

Assalamualaikum...


Berkurun lamanya aku ketandusan idea,kekeringan ceritera untuk berblogging..Namun begitu,tidak bermaksud aku sekadar duduk rumah sahaja spnjg cuti ini..
Boleh gila jadiknya aku nnti!!

Rezeki kita ada di mana2 sahaja...Setiap manusia ada rezeki dan bahagiannya masing2...
Rezeki berholiday ke Penang merupakan suatu perkara yg menyeronokkan bagi diriku.
Keluarga tercinta di sisi meraih bahagia,seiring mengukir keseronokan bercuti ke Pulau Mutiara.


"CUTI-CUTI MALAYSIA"

Rancangan Percutian Penang ini telah diusulkan oleh Along & Abg Long ku,
seminggu sebelum kami bertolak ke sana..
Mendengar usul tersebut bagai memberi sinar baru dlm jiwaku..Ketidaksabaran menanti detik tersebut,membuatku tersenyum seindah suria pagi hingga ke petang.Malam xde mentari,so mengharap pada cahaya mentol lampu je ar..huhuhuhu...

Memandangkan percutian ini begitu panjang sekali ceritanya,maka aku akan membuat beberapa episod Cerita PENANG MAI ini,agar kelihatan tidak berserabut.Pendek kata,bersistematik..

Sistematik sgt ke??

:::INTRO:::

Butiran lanjut mengenai percutian tersebut seperti tertera di bawah:

Ahli:9 orang (x semua terlibat sebenarnya)
Kenderaan:HelikOpter (kereta ar)
Jarak/Jauh Perjalanan: Jauh ar...dari Tangkak ke Penang??
5-7 jam..penat aku tunggu bile nk sampai!!sob3...
Medium: Highway
Hari: Khamis-Ahad (4 hari 3 malam)
Tarikh: 17-20 Disember 2009
Tidur kt mana? : Rumah Kak Maya aku (dia dok Penang)
Destinasi:Tgk je ar nnti..


Bukit/Gua Batu Kapur ni kelihatan indah
dan dapat dinikmati pemandangannya sepanjang
highway kt area Perak..x ingat tempatnyer ape.
Masa ni kan,tergesa-gesa nk tgkap gambo
takot terlepas..hahaha..
Karenah ank2 saudara aku sebagai penambah jenaka..
Membuatkan kami x kering gusi..huahuahua...


Aik!!ni kt mane ni..??jambatan eh??
owh..ni Jambatan Pulau Pinang ar..
yg panjang tu...really2 long..
masa ni mulut aku asyik ternganga je tgk kiri kanan,
melihat pemandangan laut,pulau2 serta bangunan2...
Tergesa2 kitorang amek gambo time tu..
Sesungguhnya aku sgt yakin dan percaya,
kejakonan kami sgt terserlah tatkala itu..


Terowong kt Perak punyer highway..
Masa ni telinga kitorang pekak...
knape??
x tahu nk jelaskan cz ak bkn bdk sains..
kakaka...
Namun begitu,kepekakan itu tidaklah sehebat
kepekakan time naik flight,
itu yg pasti!!


Pulau+Bukit di sekitar Penang..
Pemandangan di kala petang hari sangat mempesona,
menggambar pesona Allah Subhanu Wata'ala..


Pulau Jerejak..
terkandung sejarahnya yg tersendiri...
aku pon x tahu ape sejarahnya..
*naseb baik xde motor lalu time ni,kalau x terhalang
pemandangan aku!


Aik!!ni makeh gapo pulok ni??
ni namanya Ikan Masak Stim..
kitorang dinner bersama kt tmpt ikan bako...(ikan bakar)
hidangan ni paling sedap...
ikan ape ni,aku pon x tahu,yg penting perut aku terisi..
rasanya masam2+masin2+manis..pedas...
mcm sdp je??memng sdp pon...

ni lah tempat ikan bako yg aku mksudkan tadi...
HAMMER BAY
IKAN BAKAR SPECIAL..
dtg2 je tros tgkap gambor..mcm photographer weyh~
masa ni tibe2 aku teringat kt
MEDAN IKAN BAKAR SABAK AWOR,MuaR
(belakang hostel aku dulu)
fuh!!

JAMBATAN PULAU PINANG pd waktu malam..

Ikan masak ape ni,aku x ingat ar...
rasa die manis,pedas,masam...
habis ikan ni ditibai kami...
yg diterajui oleh aku sendiri...ngeh3...
++++++++++++++++++++++++++++
TAMAT HARI PERTAMA
Bersambung.........
++++++++++++++++++++++++++++++++++