Pembuka Bicara

Kesetiaanmu Kuhargai

Penyambut tetamu

Penyambut tetamu
Bismillahirrahmanirrahim...Assalammualaikum semua.Selamat datang dan aHLAN wasahlan ke blog ala2 Diari Hikayat Putera Nazrin ini.hahaha...Blog ini mengandungi kisah-kisah menarik,dan cerita-cerita suka dan duka dalam layaran kehidupan saya....Siapa yang x berkenan dengan blog ni,bley blar skrg eh ataupun tekan close terus.....huhu (x masal)..sekian terima kaseh!!..teruskan membaca dan selamat menziarahi blog saya ini...ngeh3...

Dimulakan Dengan...

Monday, June 22, 2009

iN mOntH oF REjaB..

SaLam PemBuka Bicara..
Semoga semuanya di dalam keadaan sejahtera,sihat walafiat hendakNya..amin...
Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana kita masih diberi denyutan nadi utk kita menghirup udara,anugerah daripada Allah Subhanahu Wata'ala...Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah...Sebagai mukmin sejati,kita seharusnya tahu apakah keistimewaan dan cerita di sebalik bulan2 Islam ini...Kali ini Naz nk kongsikan sedikit tentang keistimewaan di dlm bulan Islam RejaB.Pada 24 Jun 2009 ini,bermulalah sinar REJAB 1430 Hijrah..
Di sini ada beberapa informasi yg ingin Naz sampaikan kpd semua:
(sumber daripada Internet)
Apabila kita meneliti kepelbagaian sumber yang ada di tangan ulama, didapati Rejab ada keistimewaannya tersendiri. Tidak hairanlah inti sari (matan) hadis “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..” disokong oleh ulama muktabar.
Antaranya, Imam Hibbatullah bin Mubarak, yang meriwayatkan keistimewaan Rejab berdasarkan sanadnya yang jelas sebagaimana yang direkodkan oleh Syeikh Abd Qader al-Jaylani dalam al-Ghunyah.
Oleh itu, amat baik jika diperhatikan siapa beliau dan bagaimana kualiti sanad yang diriwayatkannya.

Tambahan pula, matan hadis terbabit tidak bertentangan dengan nas al-Quran. Sebaliknya selari dengan perisytiharan Allah S.W.T pada surah al-Taubah ayat 36 mengenai empat bulan haram yang dimaksudkan: Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam.
Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyifatkan Nabi s.a.w menegaskan Rejab adalah bulan Allah, iaitu bulan ahlullah. Dikatakan penduduk (mukmin) Tanah Haram itu ahlullah kerana Allah yang memelihara dan memberi kekuatan kepada mereka.
Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik, apabila tibanya bulan Rejab, Baginda mendoakan: “Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”

Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w tidak menyempurnakan puasa sebulan selepas berlalunya Ramadan kecuali pada Rejab dan Syaaban.
Al-Hafiz al-Haitsami dalam Majma’ al-Zawa’id turut meriwayatkan mengenai kelebihan Rejab. Walaupun dengan sanad daif, ia sudah memadai untuk menepati spesifikasi kelebihan beramal dan meningkatkan hemah diri.
Hal ini jelas sebagaimana diakui fuqaha dan ahli hadis menerusi kenyataan Imam al-Nawawi dalam kitab al-Arba’ien.

Lebih kukuh, Imam Muslim meriwayatkan daripada Uthman bin Hakim al-Ansari, beliau (Uthman) pernah menanyakan Said bin Jubayr mengenai puasa Rejab (pada bulan Rejab).
Said menjawab: “Aku mendengar Ibn Abbas mengatakan: “Rasulullah s.a.w berpuasa Rejab sehingga kami menyangka Baginda tidak berbuka (terus-menerus berpuasa) dan Baginda berbuka sehingga tidak nampak berpuasa.” (Sahih Muslim)
Imam al-Nawawi mengatakan: “Apa yang zahir daripada ucapan Sa’id bin Jubayr itu menjadi bukti tiada tegahan untuk berpuasa padanya (Rejab) kerana bulan berkenaan. Bahkan kedudukannya sama mengikut baki bulan Islam yang lain.
Tidak ada larangan untuk melakukan ibadat puasa di bulan Rejab, tidak pula disunatkan kerana bulannya. Tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunahan puasa terbabit.
Imam Abu Thayyib al-Azhim juga mengatakan: “Dalam Sunan Abi Daud direkodkan Nabi s.a.w menggalakkan kita berpuasa di bulan yang haram. Rejab adalah satu darinya.”
Al-Hakim meriwayatkan daripada Nubaisyah: “Seorang lelaki menanyakan Nabi SAW, wahai Rasulullah! Kami memberi persembahan (kepada berhala) di zaman Jahiliyah. Maka apa pula yang harus dilakukan di bulan Rejab ini. Baginda menjawab : “Sembelihlah binatang ternakan kerana Allah di mana-mana bulan sekalipun. Lakukanlah kebaikan kerana Allah dan berilah makanan.”

Imam al-Baihaqi meriwayatkan daripada Imam Syafie berbunyi : “Telah sampai kepada kami Syafie mengatakan: Sesungguhnya doa itu mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban.”
Berdasarkan kepada penyelidikan, Rejab mempunyai pengertian dalam kelasnya yang tersendiri. Sumber hukum melalui al-Quran, hadis dan keterangan ulamak salaf memberitahu kita bahawa di sana ada hadis sahih, hasan, mursal, marfuk, daif, daif jiddan, wahin (amat lemah) dan palsu berkaitan Rejab.
Oleh itu, setiap isu dan dalil harus difahami secara menyeluruh lagi mendalam agar kita tidak tersasar daripada landasan yang benar.
Dalill yang jelas, terang lagi bersuluh sepatutnya diamalkan. Dalil yang lemah boleh dijadikan bahan sokongan dan penambahbaikan dalam sesuatu amalan, sementara dalil palsu ditinggalkan.
Sempena sepertiga Rejab yang mulia, renunglah, setakat mana ilmu kita? Berapa banyak yang diamalkan dan di mana pula keikhlasan kita?

Alangkah manisnya apabila kita dapat menyatukan ibadat solat, puasa, zikir, tasbih, tahlil, tahmid, qiyam, bersedekah dan kebaikan lain di bulan Rejab. Semoga amalan Rejab ini menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah.
Pencarian hakikat Rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikan suapan, pakaian dan perbuatan kita. InsyaAllah sinar keagungan Rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya.
Selain itu,terkandung keistimewaan2 dan ganjaran2 daripada Allah Taala jikalau kita berpuasa sunat di dalam Bulan Rejab ini:



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

FIKIR-FIKIRKAN,RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL YA KAWAN-KAWAN...

Wednesday, June 17, 2009

aLkiSaH DuRiaN

Salam saujana naz ucapkan pada semua....
Kali ni naz nk critekn cket tntg durian...
korang suke durian x?ade yg jawab ya,ada yg jawab oh no!!!
x begitu??
kalo soalan itu diutarakn kpd naz,pasti naz akn jwb kdg2 suke,kdg2 tak...
(ikot mood jgk)
kdg2 muak...
mkn cket2 tu bleh lh kn...
mcm x fhm plak,dh le baunye semerbak ke sepelosok rumah anda/di mana2 anda berada..
x tahan btol!!!
lgipon durian ni kan 'panas'
bley sakit tekak/hilang suare dibuatnye....
hari tu naz dh terkene sakit tekak,nasib baeklh x demam..
selisih malaikat 44...huhu...
yg rajin mkn durian kt umh naz,
ank2 sdare naz lh dgn ayh...huh~
naz x bper minat sgt...
lupe plak nk ckp awl2 tdi,
kt belakang umh naz lh ade pokok durian...
byk gler durian ~
naz lh yg jadi perasmi mkn durian tu cz aku yg kutip durian pertame yg jatuh waktu tu
(ceh~bangga plak aku ni!)
hahahaha...

time naz nk bukak durian ni...sng jek...

(ceh belagak sey aku!)

nice looking...

nak x??
mai dtg umh naz...

a grOup oF durians
sayangilah buah-buahan tempatan!
sokonglah mereka!!

pOkok durian kt belakang umah naz...


durian baru gugur...
fresh lagi...
siap ade daun2 kering...
(lawak sey!!)


SaPe sUke dUriaN
anGkat kaki!!!!

Monday, June 15, 2009

maen boling kt MP

cm ne ni ek???

kene ke x?kene ke x??

hazqil (ank sdare)4 tahun...


akU dan imah (ank sdare)
garang sey muke aku...takot~

strike ke??u guess???

haziq...mcm nk msuk longkang je bola tu...
ha3...(x baeklh ketawekn org!!)
bdk baru blajar,kalAu slh tolong tunjukkan
ada FAHAM!!


abg long aku terer beb

woahhhh!!!


assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh semue...
jwb jgn x jwb....


kali ni aku nk cter cket pasal aku main boling ari tu...
hari sabtu 13/6/2009
kt mahkota parade,melaka...
(jaoh gler~~)
=eh,xde lh jaoh sgt wei!!=

yg gi mse tu aku,abg long(abg ipar),kak long,haziq,imah,uda,sU,hazqil dan emak aku...
pndek kate suku drpd fmili aku lh...


yg maen boling wktu tu aku,abg long dgn haziq je...
maen 2 round...


first round aku menang,2nd round aku kalah...

hahahaha...
so worst!


skornye baper korg tanyer???
malu sey nk ckp...
yg pnting korg lgi power...
(yeye jerk??)
menyampah aku!!!
oh tidaaakkkkkk!!!!!!!!!!
mls nk cter pnjg....
bknnye ko suke bace pon kn??
tgk je gmbo2 tu....

explorace+maharani's hostel_ 2008 (kisah lama)

anis dgn aku sempat lGi tuh~

sukaneka di padang ragbi High SkuL MuO..

zOmBiE kG piSaNg
(reaLLy2 suiTabLe cZ oF thaT cOlouR)

me???
kt blkg aku ade amrun lh..


sukaneka kanak2 RiBenA...


grOup ni bgus.....
btol!!

biha,eja,sha2,beLLa
kt stage hostel...

aiDa,biha,anis,tini,
eJa..mY frenz..

nazri(apex) with fuad...
konon2 blajo lh tu~

bye....
dh get lost......
hahaha...

group aspuri...
x kenal~

anis with bella...

hensem gak leader diorg ni...
cm kenal jer...
oh wan miskon ghupenyer...

group bdk2 baEk....
hebat tu kumpulan ni...

nmpk mcm prO seY...
(geli geleman aku dengo~)

group dak2 pmpuan...

mcm malu2 jerk aku tgk...

future leader lh kononnye ni...

akak2 fasi yg sntiase riang...

group ni pon baik jgk...


gambo2 ni semue mse program explorace maharani...
wt kt tanjong....
at the beginning,diorg divided to a few group......
then kt hstel kene wt presentation group diorg,
mrkah bonus akn diperolehi melalui presentation ni jgk...
so tgk je lh...
korg bkn nk bace pon ape aku tulis...
x ske bace lh katekn...
korg nk tgk gmbo je kn??
mcm aku x tahu!!
padahal aku pn same gak...
sengal btol aku ni!!!
=eh,,,xde2...aku baik lh...
hahaha...

aku syg kamu!!



jom lh tgk video 5th generation ni....

tapi lgu x bleh blar...lagu LaLaLa Kerjalah...(ade kaitan ke???)

hahahaha....

aku yg buat,,,,tapi x tahu lh bes ke x.....

tgk jer lar k...

i luv u kwn2,sahabat2....

dulu,kini dan selamanya..........

tapi kalo ade gambo korg yg xde,sori byk2 k...

(x sengaje)

hehehehe....

kem biasiswa 2008 kt Ayer Keroh::(kisah lama)

ejah,aku,asilah,bella
(kacau btol ar signbod blkg tu!!)

kawan2 sekepale,bella,ejah,aku,anor...

nk amek mknan...

najib,yerk,aeril,wak ghan,naeim..

memori trcipta....(trcipta lh sgt wei~_~)

sempat rehat jap tuh~
ni mse awl2 dtg
kT Hutan AyEr KerOh...