Pembuka Bicara

Kesetiaanmu Kuhargai

Penyambut tetamu

Penyambut tetamu
Bismillahirrahmanirrahim...Assalammualaikum semua.Selamat datang dan aHLAN wasahlan ke blog ala2 Diari Hikayat Putera Nazrin ini.hahaha...Blog ini mengandungi kisah-kisah menarik,dan cerita-cerita suka dan duka dalam layaran kehidupan saya....Siapa yang x berkenan dengan blog ni,bley blar skrg eh ataupun tekan close terus.....huhu (x masal)..sekian terima kaseh!!..teruskan membaca dan selamat menziarahi blog saya ini...ngeh3...

Dimulakan Dengan...

Tuesday, June 30, 2009

inFo LanJut KPLSPM ku di IPGM KAMPIS..


TAHNIAH!

Anda berjaya di tawarkan untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Julai 2009. Berikut adalah maklumat tawaran tersebut :-

No. Kad Pengenalan:
911227015993
Nama:
MOHAMAD NAZRIN BIN ABDULLAH
Program:
S015A0E0AP - PENGAJIAN ISLAM & AL QUR'AN /BAHASA INGGERIS/ BAHASA ARAB
Institut Perguruan:
B01 - IPGM KAMPUS PEND ISLAM
JLN SG MERAB, SEKSYEN 12, B.B.BANGI-43000 SELANGOR
Tarikh Lapor Diri:
13 JULAI 2009 (ISNIN)


Saya menerima dan bersetuju dengan tawaran yang diberikan seperti diatas.
YA TIDAK

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

sUraT taWaraN PISMP::

http://apps.emoe.gov.my/kplspm/twrkplspm/surat_tawar.cfm?nokp=911227015993

bUku PanDuaN::
ALHAMDULILLAH,
ALHAMDULILLAH,
ALHAMDULILLAH,
>TERIMA KASIH ALLAH<

Sunday, June 28, 2009

KaRNiVaL BeLiA di DaTaRaN TaNgkaK

PROGRAM KARNIVAL USAHAWAN DAN BELIA PERINGKAT NEGERI JOHOR
(perasmian oleh Menteri Besar Johor-owg Johor wajib tahu siapa beliau!)
telah dilangsungkan selama 5 hari:
Tempat:::DaTaran TanGkak,LedAng
Tarikh:::24-28 Jun 2009 (rabu till ahad)
Masa::::siang malam...(hahaha)
Pengunjung:::ramai lh jugak...
Aktiviti:::mcm2 ada such as pertandingan kompang,karaoke,
Rancangan HALAQAH,n byk lagi yg aku x ingat...hehehe..=)
Aku kunjung karnival tu masa hari Jumaat (mlm).Masa tu ada pertandingan kompang...
Gambar2 di bawah adalah gambar yg sempat diambiL..
+++++++
Preparation salah satu kumpulan kompang
sebelum 'perform'..
(dark pic,sori beb)

Menara Jam yG 'malar' tersergam indah

dan menjadi panduan masa segenap masyarakat

(huahuahua)

Lambakan aktiviti sebegini
mampu melahirkan generasi bebas jenayah
di masa hadapan..
Dalam masa yg sama,
dpt memartabatkan indusri muzik kompang melayu
ke seantero.....(entah,x tahu)

Ank saudara aku sempat beli air..
Haus le katekan...
Aku pon beli jgk...
hehehe..

KumpuLan kompang yg bestest
bgi aku cz
sarat dgn elemen kontemporari,rancak,
energetic dan adunan muzik
yg marvelous..
cUn melecUn..
(tpi x tahulah menang ke x di hati juri)

Pengunjung-pengunjung yg
menyemarakkan lagi api
kemeriahan karnival ini..
(*peh,,ayt2 aku x bley bla sey)

NegErikU JohoR,
NegaRaku.....Tanah tuMpahNya DarAhkU...
bla bla bla....
(SeManGaT pAtriOtiK yG jiTu pErLu diseMai dlM
beNak saNubaRi geNerasi muda sekarang
agar modal insan yG gemilang mampU terlaksana)
"mcm nk buat karangan BM plak...hehehe)

BoOtH2 Yg menjual
vaRiasi barangan
+fooD+
+pakaian+
+permainan bdk++
+aksesori diri+

aku x beli ape2 pon...
x tahu nk beli ape...
nk jimat...ekonomi skrg meleset...
kakakaka....


imah,hafiz (ank2 saudara) dGn aKu..
+alamak!!!!kantoi plak aku beli air...+

SeKian....

Friday, June 26, 2009

RezeKi IPGM..


Alhamdulillah.........
Alhamdulillah.........
Alhamdulillah.........
Alhamdulillah........
Alhamdulillah.......
Salam Sayang pada semua kawan2,sahabat2,teman2,kenalan2....
Hari ni (26/06/2009),Naz dpt khabar gembira...Rasanya berita ini antara berita terbaik yg pernah Naz terima dalam kehidupan Naz sepanjang tahun 2009.Terima Kasih Allah,thanks gOd,syukur sgt2 pd DIA.DIA bagi ape yg aku pinta dan harapkan selama ni...IPGM Kampus Pendidikan Islam telah berjaya ku tempatkan diri...(di Bangi,Selangor kot.Lgipon kat Laman Web KPM belum dikeluarkan keputusan rasmi)
Bermulalah sebuah kisah.......
Sedang aku syok 'melayan' internet (friendster),tepat pada pukul 12.15 tengahari,aku menerima panggilan telefon daripada kawanku yg bernama TauFiq Jamal (rakan seperjuanagan).Dia menyuruhku membuat semakan Tawaran Kursus Perguruan Lepasan SPM Ambilan Julai 2009 (KPLSPM) melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).Jasad dan mindaku tatkala itu menjadi panik secara automatik,pendek kata tidak tenteram dibuatnye...Dia (TopeK) telah berjaya mendapatkan tempat di IPGM Kampus Bahasa Melayu...(di Lembah Pantai,Selangor katanya)..alhamdulillah...(Sebelum2 ni aku ade berangan konon2nya aku nak dpt jauh2 such as at Sabah/Sarawak/Perlis/Kedah...hehehehe....)..Bagaimana pula dengan aku???berjaya kah???setelah itu,aku pon membuat semakan melalui SMS dengan penuh debaran:
"TAHNIAH!ANDA BERJAYA.
91122701####.
Kursus:S015AOEOAP
di IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM.
Info lanjut layari http://www.moe.gov.my/
from:15888 (moe)
*program Ijazah Sarjana Muda Perguruan(PISMP)*
(*Kursus-Pengajian Islam & Al-Quran/Bahasa Inggeris/Bahasa Arab)
Aku berkata:"tahniah Nazrin,engkau berjaya,Ingat ALLAH,ini Rezeki ko,apa yg ko nak dh dpt,ini yg terbaik!"
Taufiq Jamal kwnku ni lh yg byk memberi sokongan dan dorongan pada aku utk apply IPGM ni...Dialah yg suruh aku beli nombor pin awl2 dulu...huh~thanks my fren...kalau x sebab dia mybe aku skrg kt form 6/kolej/matrik....Rezeki tu namanya...ye lar,mane tidaknye,IPTA aku x berjaya,rayuan IPTA pun tidak berjaya,Rayuan Matrikulasi Program Setahun aku berjaya (namun,ku menolak dgn harapan ku berjaya mendapat IPGM disertai tawakkal kepada-NYA)
My family n my frends at frenster semua tumpang gembira..thanks to all....
"andainya ini tempatku,rezekiku,manis dariMU,bahagia dariMU,aku bersyukur Ya Allah"
Kegembiraanku tidak dpt digambarkan dengan kata2..Hanya hati yg mampu menyusun kalam2 kesyukuran ditemani aksara2 bahagia di kotak hati dan gawang mindaku...
Setelah 10 kepahitan yg ku lalui,1 berita manis ini sudah mampu mengaburi kepahitanku yg sudah berlalu ditiupi bak daun2 berterbangan...(peh,ayt jiwang sey aku ni)-untung sape dpt aku,hahahaha.....

klik=> http://www.ipislam.edu.my/index.php/page/pengambilan/24/kemasukan-pelajar-baharu

"Dalam hidup ni,kadang2 kita x dpt apa yg kite nak...namun begitu Allah sebenarnya sedang memberi ujian kpd kita...kita gagal bukan bermakna kite selamanya kite gagal...kite xkn selamanya gagal dan kalah,kalau kite bangkit berdiri dan terus kuatkan diri,mengenali kesilapan,bertindak positif,thinking positif...nescaya kemanisan bakal menjelma...tawakkalkan dirimu kpd Allah...(Bismillahi tawakkal tu alaAllah) Di sebalik semua itu,Allah lebih tahu ape yg terbaik untk kite.tol x syg???"

++huhuhu...++

k lah tu je lah ceritera aku untuk kali ini...nanti bile dh dpt surat tawaran rasmi,aku share ok...
bye...
tata...
+assalammualaikum++

Thursday, June 25, 2009

AL-DuA' SaLLaHuL MukmiN

Assalammualaikum semua..
Kali ini terdetik di benak atma dan gawang minda Naz, nak masukkan dan lampirkan beberapa definisi dan informasi tentang DOA (sumber daripada internet) .Pepatah Arab ada mengatakan "aL-Dua' saLLaHuL mUkmin"..yg membawa maksud "doa itu senjata mukmin"..(ingat lagi tu~huhu..) Setiap hari kita berdoa,namun begitu,sejauh manakah kamu faham tentang definisi doa,tujuan berdoa,matlamat berdoa dan sebagainya..
semoga informasi ini memberi manafaat kepada semua,baca pon dh dpt pahala,apatah lagi apabila kita memahami,mengamalkan,menyebarkan dan seterusnya...
Betapa PEmUrahNya yaNg MAHA KUASA kan kwn2??alhahmdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah
cHeck iT oUt!!

Pengertian Doa Dan Intisari
Doa merupakan ibadah rohaniah yang paling besar ertinya dalam Islam, di mana setiap insan akan merasakan betapa tingginya penghargaan dan pergantungan dengan kebesaran dan keagongan Allah S.W.T., setelah dilakukan usaha dan ikhtiar kemudian melakukan permohonan dengan penuh khusyu’ dan tawaduk, disertai dengan hati dan jiwa yang tenang dan mengharapkan sesuatu dan Allah Yang Maha Agong. Kerana Dialah tempat kita memohon ampun dan kemaafan. Firman Allah:"Engkau sahaja (Ya Allah) kami sembah. Dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan". (al-Fatihah ayat 5)
Kalimah "doa" ialah kalimah yang banyak sekali terdapat di dalam al-Quran dan mempunyai pengertian yang banyak pula. Mengikut pengertian ulama’ "doa" itu bermakna permohonan, ibadah, memuji, percakapan, meminta pertolongan dan sebagainya sesuai dengan tujuan susunan kalimah yang’ diucapkan.
Sabda Rasulullah s.a.w. "Doa" itu adalah ibadah. .:(Riwayat Ahmad)
Firman Allah S.W.T "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada inereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka): Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku maka hendaklah mereka menyebut suruhan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." (al- Baqarah ayat 186)
Berdoa Merupakan Perintah Allah
Sebagaimana yang telah digambarkan dalam al-Quran, Firman Allah:
Maksudnya:
"Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, menyerulah Ia kepada Kami (dalam segala keadaan), sama ada Ia sedar, berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu)" .(Surah Yunus ayat 12)
Berdoa bukanlah sekadar hanya menyampaikan permohonan dan keinginan yang terkandung di dalam hati ke hadrat Ilahi, tetapi berdoa itu merupakan perintah Allah, juga suatu ibadah rohaniah. Doa ialah suatu media yang menghubungkan antara manusia dengan Tuhannya dan merupakan cara kita berkomunikasi dengan Allah S.W.T. Oleh kerana itu tidaklah layak kita menghadapkan "doa". kepada selain daripada Allah, hal ini telah dinyatakan oleh Allah S.W.T. di dalam firmannya:
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dan Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudanat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dan orang-orang yang berlaku zalim (terhadap din sendiri dengan perbuatan syfrik itu) ." (Surah Yunus ayat 106)______________________________________________________

Doa ialah suatu media yang menghubungkan antara manusia dengan Tuhannya dan merupakan cara kita berkomunikasi dengan Allah S. W. T. Oleh kerana itu tidaklah layak kita meghadapkan "doa" kepada selain daripada Allah
Tetapi sebahagian manusia telah lupa tentang kedudukan "doa" sebagai otak ibadah. Oleh itu tidak hairanlah ramai di antara manusia te!ah sesat mengharapkan doa kepada se!ain daripada Allah bagi keperluan hajat yang di luar kemampuan mereka sendiri. Mereka memohon dengan melakukan pemujaan kepada tempat-tempat yang dianggap keramat dan kepada orang-orang yang dianggap sebagai wali serta mempunyai kelebihan dan sebagainya Kepercayaan kepada kuasa-kuasa kesaktian melalui amalan-amalan ilmu kebatinan juga tennasuk kepercayaan terhadap dukun-dukun atau bomoh-bomoh yang mendakwa mendapat ilmu kedukunan daripada mimpi-mimpi ataupun orang-orang halus mela!ui amalan cara menurun dan sebagainya, ilmu-ilmu yang seperti mi bukan berasal dad ilmu Islam. Orang-orang Islam hendaklah menjauhinya daripada terjebak atau tertipu dengan penye!ewengan aqidah daripada orang-orang yang mengambil kesempatan untuk kepentingan diii dan sebagainya.
Doa Nabi-nabi dan Rasul-rasul
Di dalam al-Quran dan hadith Rasulullah s.a.w terdapat banyak keterangan ayat-ayat yang menyuruh supaya manusia berdoa kepada Allah S.W.T.
Dengan demikian nyatalah bahawa berdoa itu merupakan perintah agama dad Allah S.W.1’. ianya juga merupakan suatu ibadah, malah berbagai-bagai doa yang pernah diucapkan oleh para nabi dan rasul di kala mereka menghadapi situasi dan masalah dapat dilihat dalam al-Quran, firman Allah seperti berikut:
Maksudnya:
"Dan di antana mereka pula ada yang (berdoa dengan) benkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka." (Surah al-Baqarah ayat 201)


"Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalud dan tenteranya, mereka berdoa dengan benrata: "Wahai Tuhan kami limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendinian kami, serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir." (Surah al-Baqarah ayat 250)

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bendoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku jadikanlah (Negeri Mekah) kami, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dan pelbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antana mereka, Allah benfirman:
"(Permohonan itu ditenima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan memberi juga Ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan mengheretkannya) keazab neraka dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali." (Surah al-Baqarah ayat 126)
Rasulullah Mengajar Kita Berdoa
Jika kita melihat kepada sunnah Rasulullah s.a.w., maka setiap detik dalam kehidupan kita setiap had bermula dad waktu pagi hinggalah kepada waktu petang seterusnya dad malam sampai kepada subuh Rasulullah s.a.w. telah mengajar kita bagaimana cara-cara untuk berdoa serta diamailcan dengan memberikan tontonan doa-doa yang hams dibaca oleh umatnya seperti doa hendak tidur, doa hendak makan, doa untuk mandi, doa ketika mengenakan pakaian, doa keluar rumah dan masuk rumah, doa ketika di atas kenderaan, doa ketika ditimpa musibah, doa apabila mendapat sesuatu kebaikan malah masuk dan keluar tandas pun ada doanya.
Kekuatan Jiwa
Jika dinilai dan aspek psikologi berdoa itu mempunyai pengaruh yang amat besar terhadap perkembangan kejiwaan. Berdoa membuatkan jiwa kita kuat dan tenteram, menambahkan semangat berjuang (al-jihad) dan memberikan penghargaan kepada manusia yang berdoa itu.
Pengaruh doa amat luas sekali, di mana berdoa itulah yang mendorong manusia untuk mencapai suatu cita-citanya, mengatasi segala macam aneka bentuk kesulitan yang merintangi di jalan kehidupan yang dilaluinya.
Kata-kata doa yang diucapkan dan lubuk hati dengan penuh kusyuk yang hanya dipohonkan (ditujukan) ke hadrat Allah Yang Maha Kuasa akan dikabulkan oleh Allah S.W.T.
_______________________________________________________
dan aspek psikologi berdoa itu mempunyat pengaruh yang amat besar terhadap perkembangan kejiwaan. Berdoa menbuatkan jiwa kita kuat dan tenteram, menambahkan semangat berjuang (al-jihad) dan memberikan penghargaan kepada manusia yang berdoa itu......
_______________________________________________________
Doa diibaratkan sebagai radio aktif yang mengandungi sumber kuasa (tenaga) yang bercahaya dan membangunkan. Di dalam din manusia apabila ia sedang berdoa bererti manusia itu berusaha untuk menambahkan tenaganya yang terbatas dengan jalan kembali kepada "Sumber Tenaga" yang tidak ada batasnya itu.
Apabila manusia berdoa maka manusia berhubung dengan tenaga penggerak yang menggerakkan alam semesta, manusia berdoa supaya sebahagian daripada kekuatan itu dicurahkan untuk keperluan manusia.


Memohon Harapan
Berdoa ialah jalan mengatasi kekurangan manusia kerana berdoa ialah "Memohon kepada ‘Allah" untuk menyampaikan hajat kita disamping usaha yang bersungguh-sungguh, Insya-Allah apa yang kita pohon akan dikabulkan Allah S.W.T.
Doa seperti itu, ialah kepercayaan yang sangat teguh serta harapan yang sangat dalam, bahawa Allah akan menjauhkan segala halangan yang mendalangi tercapainya maksud kita dan hanya Allah dapat memberikan petunjuk tentang sebab-sebab yang nyata dan tersembunyi yang tidak jelas kelihatan oleh kita.
.....berdoa merupakan fitrah manusia ianya ialah satu hajat rohaniah yang daperlukan dalam kehidupan manasia itu sendiri.....
Dengan demikian dalam kalimah doa itu tersimpan berjuta-juta kekuatan rohaniah yang membangunkan, setiap manusia itu mempunyai tujuan pokok dalam kehidupannya yang mengarahkan seluruh fikirannya membimbing seluruh perbuatan dan harapannya di samping berusaha sclama sebab dan helah masih dapat kita usahakan.
Islam datang untuk memperbaiki akhlak dan jiwa manusia serta mengangkatkan kesempurnaan yang mungkin baginya, Islam menjelaskan tujuan akhir kepada manusia sehingga manusia bergerak menuju cita-citanya yang luhur.
Doa Merupakan Fitrah Manusia
Doa yang kita maksudkan di sini ialah permohonan atau permintaan iaitu permohonan seseorang hamba kepada Tuhannya, Allah Yang Maha Pencipta. Pada hakikatnya doa itu adalah percakapan seseorang individu atau jemaah yang dihadapkan kepada Allah S.W.T.
Berdoa merupakan fitrah manusia, ianya ialah satu hajat rohaniah yang diperlukan dalam kehidupan manusia itu sendiri, lebihlebih lagi ketika ditimpa musibah kesulitan dan lain-lain, tetapi bukanlah bererti berdoa itu hanya waktu ditimpa kesulitan atau kesusahan sahaja, bahkan hendaklah sentiasa diucapkan baik waktu susah mahupun di waktu senang ibarat aliran darah yang mengalir dan denyutan nadi yang menggerakkan seluruh tubuh badan kita. Allah sangat-sangat mencela sikap manusia yang berdoa kepadanya di kala ia mendapat kesusahan sahaja, tetapi apabila keadaannya menjadi senang, jangankan hendak berdoa malah terus melupakan Allah S.W.T. yang telah mengumiakan nikmat-nikmat yang banyak.
Oleh yang demikian marilah kita bersama-sama berdoa dan carilah atau bacailah doadoa yang al-Ma’thurat yang diamalkan oleh Rasulullah saw. dan para sahabatnya, telah disusun khusus oleh ulama’-ulama’ seperti yang terdapat di dalam kitab-kitab al-Azkar yang ditulis oleh Imam Nawawi.
Ibadah sembahyang membimbing akhlak manusia supaya sentiasa mengingati Allah -
"Dan ingatlah Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadat kepada-Ku. Aku tidak sekah-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian daripada mereka, dan aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepada-Ku"(az-Zaariyat ayat 56 - 57)



Tuesday, June 23, 2009

An iNviTaTiOn fROm sKuL

Hye kengkawan dan kenalan-kenalan Naz semua..
Korang nak tahu x?,hari ni (24/06/09) aku dpt surat jemputan dari eX-secondary skul aku dulU (SMK Bandar Maharani), untuk ke Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang PMR/SPM 2008..dalam surat tu mengatakan aku antara penerima Anugerah CemerLang SPM 2008..(bukan Anugerah Bintang Popular eh!)...Rasa sebak menjelma secara tiba2 kerana aku menyangkakan bahawa aku dh x dpt nk p sekolah/asrama yg aku syg tu lagi (xde mase lh nk lawat sekolah/asrama sebelum2 ni,lgipon no have any business kalau pergi pOn)...Alhamdulillah byk2 pd Allah...Terima Kasih Tuhanku...huh~at least nnti dptlh jgk jmpe Cikgu2 dgn Kawan2 seperjuangan nnti...huhuhu...insyaAllah..Namun begitu,di sebalik kegembiraan itu,aku terasA segan plak nnti,(pemalu lh katakan),hehehe...aku segan 'bai',sbb aku blm dpt smbOng blajo mane2 lagi 'bai'...hehehe...majoriti kwn2 aku dh smbung blajo (mane aku x segan)...but never mind,i should be think it positive totally...ade rezeki nnti dptlah kn??btOl x?? Di waktu ini dan pada saat ini,hanya Allah yg tahu apa yg aku rasa,,,tiada siapa yg akn fhm aku...namunku pasti "ini semua DUGAANNYA" (mcm lirik lagu DUGAANNya-banD hujan plak,kakaka..)
hahahaha....dlm surat tu dinyatakan info invitation tu:
Tarikh: 2 Julai 2009
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Bilik MPV
Pakaian: sopan...
ok lah,tu je yg aku nk ckp...aku x pndai nk tulis byk2...bahasa aku x sdp utk dibaca...maaf byk2...
kalau ade cter bes (sweet/sour/bitter/tasteless),nnti aku cter lagi k...(ye ye jerk??)
bye2...

Monday, June 22, 2009

iN mOntH oF REjaB..

SaLam PemBuka Bicara..
Semoga semuanya di dalam keadaan sejahtera,sihat walafiat hendakNya..amin...
Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana kita masih diberi denyutan nadi utk kita menghirup udara,anugerah daripada Allah Subhanahu Wata'ala...Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah...Sebagai mukmin sejati,kita seharusnya tahu apakah keistimewaan dan cerita di sebalik bulan2 Islam ini...Kali ini Naz nk kongsikan sedikit tentang keistimewaan di dlm bulan Islam RejaB.Pada 24 Jun 2009 ini,bermulalah sinar REJAB 1430 Hijrah..
Di sini ada beberapa informasi yg ingin Naz sampaikan kpd semua:
(sumber daripada Internet)
Apabila kita meneliti kepelbagaian sumber yang ada di tangan ulama, didapati Rejab ada keistimewaannya tersendiri. Tidak hairanlah inti sari (matan) hadis “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..” disokong oleh ulama muktabar.
Antaranya, Imam Hibbatullah bin Mubarak, yang meriwayatkan keistimewaan Rejab berdasarkan sanadnya yang jelas sebagaimana yang direkodkan oleh Syeikh Abd Qader al-Jaylani dalam al-Ghunyah.
Oleh itu, amat baik jika diperhatikan siapa beliau dan bagaimana kualiti sanad yang diriwayatkannya.

Tambahan pula, matan hadis terbabit tidak bertentangan dengan nas al-Quran. Sebaliknya selari dengan perisytiharan Allah S.W.T pada surah al-Taubah ayat 36 mengenai empat bulan haram yang dimaksudkan: Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam.
Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyifatkan Nabi s.a.w menegaskan Rejab adalah bulan Allah, iaitu bulan ahlullah. Dikatakan penduduk (mukmin) Tanah Haram itu ahlullah kerana Allah yang memelihara dan memberi kekuatan kepada mereka.
Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik, apabila tibanya bulan Rejab, Baginda mendoakan: “Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”

Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w tidak menyempurnakan puasa sebulan selepas berlalunya Ramadan kecuali pada Rejab dan Syaaban.
Al-Hafiz al-Haitsami dalam Majma’ al-Zawa’id turut meriwayatkan mengenai kelebihan Rejab. Walaupun dengan sanad daif, ia sudah memadai untuk menepati spesifikasi kelebihan beramal dan meningkatkan hemah diri.
Hal ini jelas sebagaimana diakui fuqaha dan ahli hadis menerusi kenyataan Imam al-Nawawi dalam kitab al-Arba’ien.

Lebih kukuh, Imam Muslim meriwayatkan daripada Uthman bin Hakim al-Ansari, beliau (Uthman) pernah menanyakan Said bin Jubayr mengenai puasa Rejab (pada bulan Rejab).
Said menjawab: “Aku mendengar Ibn Abbas mengatakan: “Rasulullah s.a.w berpuasa Rejab sehingga kami menyangka Baginda tidak berbuka (terus-menerus berpuasa) dan Baginda berbuka sehingga tidak nampak berpuasa.” (Sahih Muslim)
Imam al-Nawawi mengatakan: “Apa yang zahir daripada ucapan Sa’id bin Jubayr itu menjadi bukti tiada tegahan untuk berpuasa padanya (Rejab) kerana bulan berkenaan. Bahkan kedudukannya sama mengikut baki bulan Islam yang lain.
Tidak ada larangan untuk melakukan ibadat puasa di bulan Rejab, tidak pula disunatkan kerana bulannya. Tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunahan puasa terbabit.
Imam Abu Thayyib al-Azhim juga mengatakan: “Dalam Sunan Abi Daud direkodkan Nabi s.a.w menggalakkan kita berpuasa di bulan yang haram. Rejab adalah satu darinya.”
Al-Hakim meriwayatkan daripada Nubaisyah: “Seorang lelaki menanyakan Nabi SAW, wahai Rasulullah! Kami memberi persembahan (kepada berhala) di zaman Jahiliyah. Maka apa pula yang harus dilakukan di bulan Rejab ini. Baginda menjawab : “Sembelihlah binatang ternakan kerana Allah di mana-mana bulan sekalipun. Lakukanlah kebaikan kerana Allah dan berilah makanan.”

Imam al-Baihaqi meriwayatkan daripada Imam Syafie berbunyi : “Telah sampai kepada kami Syafie mengatakan: Sesungguhnya doa itu mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban.”
Berdasarkan kepada penyelidikan, Rejab mempunyai pengertian dalam kelasnya yang tersendiri. Sumber hukum melalui al-Quran, hadis dan keterangan ulamak salaf memberitahu kita bahawa di sana ada hadis sahih, hasan, mursal, marfuk, daif, daif jiddan, wahin (amat lemah) dan palsu berkaitan Rejab.
Oleh itu, setiap isu dan dalil harus difahami secara menyeluruh lagi mendalam agar kita tidak tersasar daripada landasan yang benar.
Dalill yang jelas, terang lagi bersuluh sepatutnya diamalkan. Dalil yang lemah boleh dijadikan bahan sokongan dan penambahbaikan dalam sesuatu amalan, sementara dalil palsu ditinggalkan.
Sempena sepertiga Rejab yang mulia, renunglah, setakat mana ilmu kita? Berapa banyak yang diamalkan dan di mana pula keikhlasan kita?

Alangkah manisnya apabila kita dapat menyatukan ibadat solat, puasa, zikir, tasbih, tahlil, tahmid, qiyam, bersedekah dan kebaikan lain di bulan Rejab. Semoga amalan Rejab ini menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah.
Pencarian hakikat Rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikan suapan, pakaian dan perbuatan kita. InsyaAllah sinar keagungan Rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya.
Selain itu,terkandung keistimewaan2 dan ganjaran2 daripada Allah Taala jikalau kita berpuasa sunat di dalam Bulan Rejab ini:



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

FIKIR-FIKIRKAN,RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL YA KAWAN-KAWAN...

Wednesday, June 17, 2009

aLkiSaH DuRiaN

Salam saujana naz ucapkan pada semua....
Kali ni naz nk critekn cket tntg durian...
korang suke durian x?ade yg jawab ya,ada yg jawab oh no!!!
x begitu??
kalo soalan itu diutarakn kpd naz,pasti naz akn jwb kdg2 suke,kdg2 tak...
(ikot mood jgk)
kdg2 muak...
mkn cket2 tu bleh lh kn...
mcm x fhm plak,dh le baunye semerbak ke sepelosok rumah anda/di mana2 anda berada..
x tahan btol!!!
lgipon durian ni kan 'panas'
bley sakit tekak/hilang suare dibuatnye....
hari tu naz dh terkene sakit tekak,nasib baeklh x demam..
selisih malaikat 44...huhu...
yg rajin mkn durian kt umh naz,
ank2 sdare naz lh dgn ayh...huh~
naz x bper minat sgt...
lupe plak nk ckp awl2 tdi,
kt belakang umh naz lh ade pokok durian...
byk gler durian ~
naz lh yg jadi perasmi mkn durian tu cz aku yg kutip durian pertame yg jatuh waktu tu
(ceh~bangga plak aku ni!)
hahahaha...

time naz nk bukak durian ni...sng jek...

(ceh belagak sey aku!)

nice looking...

nak x??
mai dtg umh naz...

a grOup oF durians
sayangilah buah-buahan tempatan!
sokonglah mereka!!

pOkok durian kt belakang umah naz...


durian baru gugur...
fresh lagi...
siap ade daun2 kering...
(lawak sey!!)


SaPe sUke dUriaN
anGkat kaki!!!!

Monday, June 15, 2009

maen boling kt MP

cm ne ni ek???

kene ke x?kene ke x??

hazqil (ank sdare)4 tahun...


akU dan imah (ank sdare)
garang sey muke aku...takot~

strike ke??u guess???

haziq...mcm nk msuk longkang je bola tu...
ha3...(x baeklh ketawekn org!!)
bdk baru blajar,kalAu slh tolong tunjukkan
ada FAHAM!!


abg long aku terer beb

woahhhh!!!


assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh semue...
jwb jgn x jwb....


kali ni aku nk cter cket pasal aku main boling ari tu...
hari sabtu 13/6/2009
kt mahkota parade,melaka...
(jaoh gler~~)
=eh,xde lh jaoh sgt wei!!=

yg gi mse tu aku,abg long(abg ipar),kak long,haziq,imah,uda,sU,hazqil dan emak aku...
pndek kate suku drpd fmili aku lh...


yg maen boling wktu tu aku,abg long dgn haziq je...
maen 2 round...


first round aku menang,2nd round aku kalah...

hahahaha...
so worst!


skornye baper korg tanyer???
malu sey nk ckp...
yg pnting korg lgi power...
(yeye jerk??)
menyampah aku!!!
oh tidaaakkkkkk!!!!!!!!!!
mls nk cter pnjg....
bknnye ko suke bace pon kn??
tgk je gmbo2 tu....

explorace+maharani's hostel_ 2008 (kisah lama)

anis dgn aku sempat lGi tuh~

sukaneka di padang ragbi High SkuL MuO..

zOmBiE kG piSaNg
(reaLLy2 suiTabLe cZ oF thaT cOlouR)

me???
kt blkg aku ade amrun lh..


sukaneka kanak2 RiBenA...


grOup ni bgus.....
btol!!

biha,eja,sha2,beLLa
kt stage hostel...

aiDa,biha,anis,tini,
eJa..mY frenz..

nazri(apex) with fuad...
konon2 blajo lh tu~

bye....
dh get lost......
hahaha...

group aspuri...
x kenal~

anis with bella...

hensem gak leader diorg ni...
cm kenal jer...
oh wan miskon ghupenyer...

group bdk2 baEk....
hebat tu kumpulan ni...

nmpk mcm prO seY...
(geli geleman aku dengo~)

group dak2 pmpuan...

mcm malu2 jerk aku tgk...

future leader lh kononnye ni...

akak2 fasi yg sntiase riang...

group ni pon baik jgk...


gambo2 ni semue mse program explorace maharani...
wt kt tanjong....
at the beginning,diorg divided to a few group......
then kt hstel kene wt presentation group diorg,
mrkah bonus akn diperolehi melalui presentation ni jgk...
so tgk je lh...
korg bkn nk bace pon ape aku tulis...
x ske bace lh katekn...
korg nk tgk gmbo je kn??
mcm aku x tahu!!
padahal aku pn same gak...
sengal btol aku ni!!!
=eh,,,xde2...aku baik lh...
hahaha...

aku syg kamu!!



jom lh tgk video 5th generation ni....

tapi lgu x bleh blar...lagu LaLaLa Kerjalah...(ade kaitan ke???)

hahahaha....

aku yg buat,,,,tapi x tahu lh bes ke x.....

tgk jer lar k...

i luv u kwn2,sahabat2....

dulu,kini dan selamanya..........

tapi kalo ade gambo korg yg xde,sori byk2 k...

(x sengaje)

hehehehe....

kem biasiswa 2008 kt Ayer Keroh::(kisah lama)

ejah,aku,asilah,bella
(kacau btol ar signbod blkg tu!!)

kawan2 sekepale,bella,ejah,aku,anor...

nk amek mknan...

najib,yerk,aeril,wak ghan,naeim..

memori trcipta....(trcipta lh sgt wei~_~)

sempat rehat jap tuh~
ni mse awl2 dtg
kT Hutan AyEr KerOh...